Tidak semena-mena dihentam bila menulis tentang lelaki. Macam aku kata sebelum ini, benda ini semua hasil pemerhatian dan apa yang kawan lelaki aku nyatakan. Jadi, tulisan aku adalah berbentuk peribadi, sama ada pendapat dari kawan aku, ataupun aku sendiri. Pastinya kalau ia disandarkan dengan fakta, aku akan nyatakan dari mana fakta itu dikumpul. Noktah.
Perkara di atas sering dianggap tabu dalam masyarakat kita. Padahal, ia adalah normal dalam erti kata, jodoh itu rahsia Maha Pencipta. Tidak semestinya, bersama dengan mereka yang sebaya atau lebih berusia (bagi lelaki dalam kes ini) akan memastikan mereka bahagia. Mungkin bersama dengan wanita yang sedikit berusia adalah jodoh mereka selama ini. Tetapi anehnya, masyarakat kita menghukum dengan terus meletakkan kesalahan atas bahu wanita tersebut. Hebat bukan? Lelaki biasanya akan kurang dikecam, berbanding wanita yang dicemuh walaupun apa yang berlaku sebenarnya bukan suatu kesalahan.
Nah, perkahwinan, pernikahan adalah benda yang baik, yang mulia, kenapa harus dihentam bagaikan melakukan maksiat? Alangkah orang yang buat maksiat pun kita tegur secara berhemah dan berhikmah, apatah lagi yang mahu melunaskan benda baik, kenapa harus ditegah?
[Sumber gambar] |
Dan, benda begini bukanlah sedikit berlaku dalam kehidupan aku. Ramai sahaja dikalangan kawan-kawan aku yang bersama, dalam erti kata lain, bercinta atau bernikah dengan wanita yang lebih berusia daripada mereka. Yang sudah berkahwin lebih enak kerana, benda baik sebegitu, menutup mulut masyarakat yang entah kenapa, terus menghukum bagai nak gila, tanpa menyedari bahawa junjungan besar kita semua, Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan Saidatina Khadijah yang jauh usianya dengan baginda. Aku mungkin naif dalam membicarakan hal sedemikian rupa, tapi daripada cerita yang selalu kita baca, kita tahu bahawa perkahwinan itu bahagia sehingga ke penghujung hayat Saidatina Khadijah.
Jadi, apabila seorang rakan bertanyakan hal yang sama dengan aku, aku jujurnya gembira kerana dia memilih untuk melangsungkan pernikahan dengan wanita yang dia cinta, dengan restu keluarga - dan itu aku anggap sebagai bonus yang sangat berharga. Mari kita sama-sama perhalusi (dan juga berikan pandangan pada rakan ini, jika boleh) apa yang perlu dia lakukan, dan aku gelar dia Beto disebabkan muka dia ala Beto Kusyairy, pelakon kegemaran aku itu. Heh.
Beto : Aku nak cakap satu benda.
Aku : Apa dia?
Beto : Aku bercinta dengan perempuan yang lebih tua dari aku.
Aku : Jadi?
Beto : Kenapa kau tak terkejut?
Aku : Sebab aku tak nampak masalahnya.
Beto : Dia tua empat tahun dari aku.
Aku : Jadi?
Beto : Aku dah ajak dia kahwin, keluarga aku dah berikan persetujuan.
Aku : Tahniah! Perkahwinan benda baik, jadi apa masalah kau?
Beto : Si dia setuju, keluarga dia pun setuju. Masalahnya, aku dan dia masih tidak punya alasan kukuh untuk beritahu orang sekeliling tentang kami.
Aku : Sekejap. Adakah ini perhubungan rahsia?
Beto : Tak juga. Keluarga aku, kawan-kawan aku tahu dia wujud.
Aku : Jadi, apa yang jadi masalah?
Beto : Perkahwinan libatkan keluarga. Bukan setakat keluarga aku, keluarga dia, tapi sanak saudara, pakcik makcik dan segala jurai keluarga. Senang kata, keluarga kecil dan besar terlibat.
Aku : Baiklah. Teruskan.
Beto : Aku belajar lagi. Si dia dah kerja. Mesti orang akan tanya, apa sebab kami nak kahwin, macam mana aku nak tanggung dia, sedangkan aku sendiri pun belajar ditanggung oleh biasiswa.
Aku : Aku pernah dengar dalam televisyen, pandangan seorang ustaz tentang ini. Dia kata, kalau tak silap aku lah, tanggungan kewangan itu, kalau atas persetujuan, boleh sahaja ditangguhkan sehingga habis belajar dan mendapat pekerjaan sebagai contohnya. Kalau si dia kau setuju, itu akan bawa kebaikan pada kamu berdua.
Beto : Dia tak kisah pun hal kewangan, sebab dia pun tanggung hidup dia selama ini. Tiada masalah. Tapi pandangan orang? Mesti orang kata, aku yang makan duit isteri aku nanti.
Aku : Walaupun hakikatnya, mungkin tidak?
Beto : Biasiswa aku mampu buat aku hidup dalam keadaan senang jugalah. Nak bagi dia pun ada kalau aku berjimat sedikit.
Aku : Baiklah. Seterusnya?
Beto : Aku boleh suruh dia tunggu, dia pun mungkin boleh menunggu. Tapi, berapa lama dia mampu nak menunggu? Bukan masing-masing makin muda.
Aku : Dan dia akan lebih berusia, kau kena nampak tu Beto.
Beto : Aku anggap dia sebaya dengan aku.
Aku : Kau anggap dia sebaya, hakikatnya tidak. Di mata masyarakat pun tidak.
Beto : Itu sebab kenapa aku mahu menyegerakan perkahwinan. Aku sayang dia, suka dia, cinta dia. Aku tak mahu, bercinta begitu lama, tapi akhirnya terbuang begitu sahaja.
Aku : Faham benda itu.
Beto : Dan aku masih lagi tak tahu apa perlu aku beritahu saudara mara aku kalau mereka bertanya, kenapa aku mahu berkahwin, walaupun aku masih belajar.
Aku : Kau takut orang mengata benda yang tak betul?
Beto : Mungkin. Sebab kalau boleh, aku nak sahaja nikah dengan cepat, jadikan dia halal bagi aku, aku halal bagi dia, tapi perkahwinan bukan benda mudah. Dia akan hadapi masalah yang sama dengan aku.
Aku : Silap tu.
Beto : Apa yang silap?
Aku : Dia akan hadapi perkara yang lebih berat daripada kau.
Beto : Maksud kau?
Aku : Dia dah kerja, dia lebih tua daripada kau, orang akan lebih lemparkan benda macam-macam pada dia. Sebab dia dalam kedudukan seorang perempuan yang lebih matang, orang akan bertanya terlampau banyak benda pada dia, serta mengharapkan dia buat keputusan yang lebih baik, sebagai contohnya.
Beto : Perkahwinan bukan benda baik?
Aku : Benda baik, tapi kau sendiri tahu pandangan skeptikal masyarakat.
Beto : Usia itu sekadar angka.
Aku : Betul. Tapi dari usia, masyarakat kita menilai tahap kematangan seseorang walaupun itu tidak semestinya tepat.
Beto : Itulah pasal. Nak kahwin, buat benda baik pun orang jadikan sukar.
Aku : Sebab perkahwinan benda yang tidak mudah sebenarnya. Ada banyak yang perlu diselesaikan, dibincang, diperhalusi dan ia bukan sekadar penyatuan dua jiwa, bahkan dua keluarga yang akan ada risiko yang kita sendiri tidak akan pasti.
Beto : Faham. Jadi bagaimana?
Aku : Jujurnya, aku doakan yang terbaik buat kamu.
Beto : Aku perlu cari sebab yang baik untuk diberitahu pada keluarga. Si dia pun perlu buat benda yang sama.
Aku : Banyakkan berdoa. Benda baik begini, pasti akan dipermudahkan kalau tujuan kamu baik. Niat kamu ikhlas untuk mulakan sesuatu yang baik juga.
Beto : Kalau dari segi fizikal, aku rasa tiada siapa yang sedar akan usia kami, rupa paras kami.
Aku : Kenapa?
Beto : Sebab aku lagi tinggi, muka aku lagi matang dari dia. Kalau kau tengok si dia aku, macam aku abang, dia adik. Muda kot muka dia, lepas tu dia pendek sikit. Silap, pendek banyak.
Aku : Kemain mengata bakal isteri sendiri.
Beto : (ketawa) Bukan mengata, aku cuba untuk positifkan otak aku.
Aku : Positif sangat ke tu?
Beto : Bercakap dengan kau buat aku lega.
Aku : Kenapa?
Beto : Entah. Sebab aku rasa kau faham situasi aku.
Aku : (ketawa) Aku mengesan sesuatu dalam ayat itu.
Beto : (ketawa) Kalau kau faham, baguslah.
Aku : Sebab kau kawan aku.
Beto : Sebab kau kawan aku juga, aku berani cakap benda begini dengan kau.
Aku : Terima kasih Beto. Berusahalah ya?
Beto : Baik.
[Sumber gambar] |
Aku percaya, setiap daripada kita pastinya ada menghadapi situasi begini. Kalau pun bukan diri sendiri, orang berdekatan mungkin ada juga. Sebagai contohnya, seorang rakan aku, berkahwin dengan lelaki yang lebih muda daripada dia selepas diperkenalkan oleh saudara terdekat yang kasihan dengan dia yang sudah tiga kali putus tunang dengan orang lain. Alhamdulillah, dia bahagia, sudah punya anak dua, dan tiada sebab pada aku untuk masyarakat berkata yang tidak baik pada dia. Dia gembira, dan ya, mempunyai kehidupan yang lebih baik, tentunya.
Dalam situasi yang baik, niat yang baik, sudah tentulah sesetengah daripada masyarakat kita (dan ya, kita juga merupakan sebahagian daripada masyarakat) akan melihat contoh yang buruk yang pernah berlaku atau sedang berlaku. Tidak perlu aku tulis, sebab benda begitu ada sahaja dipaparkan di akhbar, televisyen, blog dan sebagainya, tetapi aku percaya tiada salahnya kita tengok dari aspek positif dan yakin dengan keputusan yang dibuat oleh pasangan sebegini dan juga keluarga mereka yang memberi restu dengan niat yang baik, menggalakkan anak masing-masing memulakan kehidupan berkeluarga. Walaupun aku belum punya keluarga, aku pasti, keluarga akan berikan kebenaran dan kebebasan bagi seseorang anak itu, jika mereka yakin dengan anak mereka kan?
Cukuplah dengan ayat-ayat yang menghiris hati seperti "anak ikan" - "kougar" pada mereka yang memilih untuk mengikat perhubungan mereka dengan cara baik. Siapa kita, kita semua untuk menafikan jodoh seseorang. Kalau itu yang terbaik dan ditakdirkan buat mereka, apakah perlu menghentam tanpa asas yang langsung tidak kukuh? Doakan yang terbaik buat mereka itu kan lebih baik? Sebagaimana kita boleh tersenyum melihat lelaki berusia yang berkahwin dengan wanita lebih muda (sehingga pangkat anak atau cucu), kenapa kita tak boleh buat benda yang sama pada lelaki muda yang berkahwin dengan wanita yang sedikit berusia?
Sekadar satu pandangan peribadi.
Itu sahaja.
Nota Kaki :
Kisah silam kita semua hanyalah satu kisah lampau yang punya alasan tersendiri, kerana ia mungkin bukan yang terbaik untuk dijadikan suatu kisah masa hadapan yang baik. Jadi, tidak perlulah, kita terlampau mengenang kisah lampau, jika hanya untuk menyakitkan.
Zara : Hidup kita mungkin aneh. Tiada apa yang perlu dibisingkan. Jika sesuatu itu sudah ditakdirkan menjadi milik kita, ia akan tetap menjadi milik kita. Dengan manusia yang tepat, masa yang tepat dan alasan terbaik. (Shafaza Zara, 20 Februari 2012)
26 comments:
nais . :)
setuju dgn pndgn LZ.betol, pkara mcm ni msh dianggap taboo dlm msyrkt ni.dgn pelbagai gelaran speti anak ikan n lain2 x ptt sbrnya.drpd dok mengata org baiklah doakan org, at least dpt jugak saham doa.hehe
:)
susah nak tepis pandangan masyarakat. hm yg penting kena kuatkan hati, jiwa dan kena bersedia tempuhi apa pun rintangan. sbb kalau dari segi fizikal pun yg lelaki nmpk lg matang dari prmpuan, rsanya tak jadi masalah kot. =)
kita tiada hak untuk menghentam pendapat masing-masing jika perkara itu adalah sesuatu baik...
*setuju!!!!
jodoh tak kenal siapa
melainkan pasangan ~
I want to find a younger guy jugak la..maybe that's the answer. Hehe.
aku nak komen panjang, tp....lepas bulan 3 nnt aku komen HAHAHAHHAHAHA :p
Aku pernah berhubungan dengan wanita yang lebih berusia.Sumpah susah.Kadang2 takut dengan bayang sendiri.Aku sangat kagum dengan mereka yang berjaya.
masyarakat kita selalu pandang perkara luaran sebelum pandang perkara dalaman...
mcm yg Beto ckp, fizikal bakal bini dia nmpak lebih muda daripada umurnya yg sebenar....
jadi rasanya x ada masalah kalau perkara ini di diamkan buat sementara waktu....
ambil masa untuk bakal bini rapat dgn keluarga belah lelaki....
tapi kalau saya x ada masalah....
umur tua tapi muka muda...
buat apa nak risau....
that a bonus....
selagi org x tanya berapa umur kita, x payah la bagi tahu...
ia dianggap tabu oleh masyarakat dunia juga. bukan disini sahaja..tak caya tanya aston kucerr.kehkeh.
bumi melayu,zaman dulu-dulu ramai perempuan kawin muda..dalam awal belasan dah kawin. sebab zaman dulu perempuan tak kerja. suri sepenuh masa.ia lebih kepada cinta selepas kawin..itulah wujudnya perumpamaan 'tak kenal maka tak cinta'..
masa kini, ramai kawin sebaya sebab sama-sama belajar ditempat yang sama.sama ada sekolah atau kolej atau univ. sama-sama jatuh cinta...dan berkahwin umur sebaya.
suatu hari nanti, perempuan juga ramai akan kawin dengan lelaki yang lebih muda kerana lelaki semakin kurang kualiti..keciciran dalam pendidikan tinggi...fenomena yang berlaku di semua univ - perempuan 60:30..kenapa kawin dengan yang muda? entah.;P
er..jika takut pada tabu..sila jadi andalusia.ahaks.
beritahu beto, 'jangan takut melakukan perkara yang baik dan betul'
masyarakat kita memang pelik perangai dorg.. tp pedulikan kata2 mereka. yg penting apa pandangan Allah kpd kita. baikla kawin kan lagi bagus halal berhubung..
aku pun punya kwn, family, kazen kawin dgn perempuan yg lbh berusia tau lelaki yg lebih muda. aku tgk dorg bahagia saja..
pun masalah kat sini sebab kwn zara tu msh belajar dan temannya msh keja tu yg akan dihentam oleh org sekeliling..
tp bg aku, kawin itu satu ibadah. abaikan kata2 org lain.. bkn nak buat dosa pun kan??
aku suka entry ni :) thanks..usia itu sekadar rupa..mmg terbukk minda aku secara tetiba2..manala tau tekena dpn mata seniri kang..haha
ps-muka aku matang, aku rasa bakal suami aku muka bebdk kot :P
boyfriend aku skrg ni 2 tahun muda dari aku :')
Kebanyakan msykt masih sukr nak accept.. Selalunya hny dijudge semata2 berdasarkan usia.. Ciri2 baik yg lain terus mcm tutup mata.. :-X
Kbykn org masih sukar nak accept kes perempuan lagi berusia dr lelaki..sebut je umur,terus ciri2 lain dah x dipandang.
sy skang cuba nak buang jauh2 pemikiran kolot ttg bercinta dgn lelaki muda.. sy nk buka minda ni, supaya saya boleh terima si dia dalam hidup sy.. skarang ni masih dalam dilema.. huhuhuh
http://lindasaleh.blogspot.com/
Setiap manusia ad klebihan n kkurangan. Bg ak xde mslah brcinta dgn prempuan brusia. Skrang ak brcinta dgn prempn 4 thun lg tua dr ak. Ak hrap korg doakn hbungn kami kekal. Thanks.
Dulu saya tak boleh tgok org bercinta dgn lelaki muda, rasa jijik. Even orang muda beberapa bulan dari saya pun saya taknak. Tapi semenjak saya dah brusia ni byk plak budak muda yg usha. Yg pervert tu tolak tepi lah. Tapi yg sopan santun yg baik2 ni. Mcm terpikat lah plak kan.. hehe so basicly age is just a number. Jodoh semua dr Allah ta'ala..
Twitter @hazelbho fb pearl bho
Dulu saya tak boleh tgok org bercinta dgn lelaki muda, rasa jijik. Even orang muda beberapa bulan dari saya pun saya taknak. Tapi semenjak saya dah brusia ni byk plak budak muda yg usha. Yg pervert tu tolak tepi lah. Tapi yg sopan santun yg baik2 ni. Mcm terpikat lah plak kan.. hehe so basicly age is just a number. Jodoh semua dr Allah ta'ala..
Twitter @hazelbho fb pearl bho
Yuppp. Susah nk ttop mlot masyarakat sekeliling kn. Tp 2 mlot diowg kta xdpt nk ttop. Sy brcinta dgn pmpn brusia dr sy 7thn bezany. H0pe hbngan kami brkekalan hngga k alam pernikahan dan sterusny k akhr hyat, insyaAllah. Doa2kn kami bhgia ok kwn2.
SALAM...SAYA BARU DIPROPOSE SORG KAWAN MUDE DIE 6TAHUN DARI SAYA..TP BAHASA DAN CARE DIA NAMPAK MATANG.N SGT MATANG DRPD LELAKI SEBAYA DAN TUE YG SY KENAL..SEBELUM NI KAWA NDGN 4THN LG TUA..DUA THN RELATION LAST2 DIE CKP XNK KAWEN..YG MUDE NI XNAK HIDUP BUJANG DA.DAN BERSEDIA KAWEN. TERKJUT JG SY. SBLM NI ADE KNL SORG LAKI 6THN MUDE SY PGL ADIK. DIE PGL AKK..PNH HMPR NK BERCINTA TP MASA TU DIE BRU HBS SPM SY PLAK HBS DEGRREE .KAN PELIK.SKRG SY DA 29.DIE 23. RASA X LA PELIK SGT.MMG TAK PNH TERLINTAS NK SUKE LLKI MUDE.MMG NK LG TUW.TP ALLAH MAHA MENGETAHUI N SEBAIK PERANCANG. XTHU LA CMNE NK MAINTAIN SAMA CM DIE YG NMPK MUDE TU HIHIHIHI - CUYA
Bf aku muda 5 thn dr aku... msh dlm di lema.. dia boleh jg aku.. tp psl kwngn mmg la aku yg lebih... tp aku ok.. yg pntg laki tu boleh jaga aku...
Bf aku muda 5 thn dr aku... msh dlm di lema.. dia boleh jg aku.. tp psl kwngn mmg la aku yg lebih... tp aku ok.. yg pntg laki tu boleh jaga aku...
hai,
bagus entry ini. sy juga ada isu yg sama. sy seorg balu yg punya anak-anak bercinta dgn lelaki jauh lebih muda. beza umur kami lebih 10 thn. dr segi fizikal, tiada siapa sangka sy yg lebih tua sebab sy berbadan kecil n wajah mcm budak habis sekolah menengah. kalau sy berjalan dgn anak-anak, org ingat kami adik beradik.
pertemuan yg tak dirancang mengubah perasaan kami. walaupun sy kurang bersedia ttp bf jauh lebih bersedia wpun usia masih muda. sy terlalu byk memikirkan perkara yg akan terjadi di masa hadapan yg belum tentu pasti. seolah-olah takut pd baying-baying sendiri. sepatutnya sy guna masa n kesempatan yg ada utk mengenal diri n mencari keserasian antara kami.
solat tahajud dan doa selalu dipanjatkan agar sy ditemukan jodoh yg tetap. hati mendapat ketenangan dan fikiran dapat berfikir dgn waras. sy dpt terima kelebihan dan kekurangan dia dan harap kekurangan dan kelebihan sy dpt melengkapkan satu sama lain.
apa yg penting, bila allah dah takdirkan sesuatu itu terjadi, ia akan tetap terjadi. semua yg terjadi tiada kebetulan. semua yg terjadi adalah ketentuan dr allah.
harapan sy ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kpd org lain yg ada cerita yg sama.
Post a Comment