Wednesday, February 15, 2012

Lelaki #02 : Bapa Mahu Menantu Lulusan Setaraf




Dalam "Lelaki #01" - kita telah membicarakan mengenai lelaki yang sedang mencari pasangan yang sekufu dari segi pekerjaan ataupun mungkin juga kewangan. Seperti yang aku nyatakan di dalam tulisan tersebut, itu hak lelaki tersebut untuk memilih pasangan hidup dia. Aku cuma berkongsi dan sedikit mengulas mengenai syarat yang dia kenakan untuk mencari pasangan hidup dia. Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan dia, selepas apa yang kawan aku ceritakan, aku jujurnya memahami juga kalau orang tidak mahukan bakal isteri mereka seorang guru atau pensyarah. Selera manusia kan lain-lain?

Jadi, selepas menulis "Lelaki #01" - tidak aku sangka pula ada ramai juga pembaca lelaki Dunia Sebelah Zara. Ingatkan perempuan sahaja yang baca blog yang tidak seberapa ini. Sebab mungkin bahasa yang agak melankolik dan juga sedikit berunsur sastera (bak kata pembaca, gaya Zara!) - aku fikir hanya sesetengah sahaja yang akan meminjamkan mata mereka menjengah blog ini. Alhamdulillah, ada juga pembaca yang sudi berkongsi cerita mereka dengan aku. 

http://farm3.staticflickr.com/2368/2933376975_2779baf2fb.jpg
[Sumber gambar]

Aku dihubungi oleh seorang kawan. Perkenalan kami unik sebenarnya. Melalui alam maya, dan sudah melebihi dua tahun. Berkawan atas kawan atas kawan, tapi kelakarnya, kawan aku pun entah di mana, dia yang tinggal di sisi aku dan saling bertukar cerita. Sudah lebih setahun memulakan alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian di luar negara dan kini bertugas sebagai seorang yang boleh dikatakan mempunyai jawatan tinggi, setaraf dengan kelulusan yang didapati dengan bersusah payah.

M : Zara, saya ada baca blog awak.
Aku : Yang mana?
M : Pasal lelaki tu.
Aku : Oh, terima kasih.
M : Tulis pasal saya pula.
Aku : Tulis apa?
M : Awak kan tahu yang saya masih bujang lagi kan?
Aku : Tahu. Kenapa? Nak suruh buat iklan cari jodoh ke? Saya kenakan harga tinggi.
M : Choi! Bukanlah.
Aku : (ketawa) Habis tu nak apa?
M : Saya ada suka orang sama jabatan, menarik jugalah perempuan tu.
Aku : Dan?
M : Saya ada cakaplah dengan keluarga bila mereka tanya saya.
Aku : Dan?
M : Bapa saya kata tak nak. Dia nak bakal menantu dia lulusan luar negara juga, macam saya.
Aku : Oh, bapa awak yang nak?
M : Sebab dia kata, nanti tak adalah orang yang macam mengata saya ke apa ke. Tapi, saya tak peduli tu semua. Apa sangat lulusan luar negara, sama je macam orang lain. Yang penting ada kerja, budi pekerti baik ke kan.
Aku : Itu mungkin ada benarnya.
M : Bapa kata takkan saya tiada kawan perempuan masa belajar. Masalahnya, kawan sekelas saya bukan ada perempuan Melayu. Kebanyakan budak negara lain dan mereka kawan sekuliah, sekelas. Tak pernah pula belajar 4 tahun bersama dan saya rasa suka. Kawan saya kan semua lelaki.
Aku : Saya ingat lagi awak dituduh homoseksual sebab tu.
M : (ketawa) Tapi saya tak. Saya suka lagi perempuan.
Aku : Perempuan pejabat awak tu lulusan apa?
M : Universiti Malaysia je. Tapi jawatan lebih kurang sama la. Oh, saya lagi tinggi, tapi bagus apa lelaki lagi baik dari perempuan kan?
Aku : Mungkinlah. 
M : Saya geram sangat. Kenapa mesti nak tengok lulusan mana?
Aku : Cakaplah dengan bapa awak elok-elok.
M : Dah cakap. Bukan dia nak dengar.
Aku : Pujuk baik-baik.
M : Dia keras kepala. 
Aku : Sama macam awak.
M : Sekurang-kurangnya saya nampak apa saya nak adalah berlandaskan agama, bukan setakat tengok sijil belajar yang entah-entah boleh dibeli tu.
Aku : Apa kata awak suruh perempuan pejabat awak beli ijazah atas talian luar negara?
M : Sewel Zara.
Aku : Lulusan luar negara juga jadinya nanti kan?
M : (ketawa) Pandai otak nak buat jahat.
Aku : Kadangkala perlu.

http://farm1.staticflickr.com/98/249845749_2b73f27b92.jpg
[Sumber gambar] - Bukan kawan aku.
Pada aku, si bapa mungkin punya alasan tersendiri. Alasan yang mungkin kita sendiri tidak akan faham kenapa dia meletakkan syarat untuk mempunyai menantu graduan luar negara juga. Mungkin juga mahu setaraf dengan si anak agar masyarakat tidak mengecam atau mengata, tetapi, apa yang ada pada nilai sijil sebenarnya? Adakah perlu diletakkan di dalam dulang hantaran dan menutup masyarakat yang tidak bertapis mulut sampai bila-bila?

Nota Kaki :
Kali pertama sakit sampai tidak boleh berdiri.

Zara : Jodoh itu suatu rahsia yang kita sendiri tidak akan mengerti. (Shafaza Zara, 15 februari 2012)


20 comments:

...miSS fAi... said...

first time nak comment kat cnie.... kdg2 kehendak keluarga tak sama dgn kita. tapi org selalu ckp, bukan keluarga kau yg nak kawen kan?? tapi bukankah restu keluarga itu penting..??

diba said...

mnuggu jodoh dgn sabar ye..keserasian itu pntg

mamafarhan said...

perlu ker semua tu... manusia ni mcm ragam... :)

Unknown said...

aku agak, blog kamu sudah jadi tempat cari jodoh.. :P

NIZAM said...

Hai Ms Zara,

I'm one of ur readers. dan sy lelaki. hehe :))

Taksangka plak, kes kali ni ayah. sbb kn slalu kite dengar, kita baca: mak yang slalu letakkan syarat itu ini kat bakal menantu. ayah biasa cool.

Syafiq Лomoтехн said...

harus la kene ada lulusan luar negara. baru la stail. urban kekdahnye

sebenarnya aku masih tak dapat tangkap macam mana kawan ayah dia atau jiran dia akan kata "ish apa la anak si AAA tu, bini dia belajar mesia je. tak stended"

tak dapat tangkap.

serius,
tak dapat tangkap

reenapple said...

heh. aku ingtkan mak je yang berperangai sebegitu... rupa-rupanya ayah turut sama...

betul jugak yg dikatakan oleh kawan iru.. apa sangat yg ada pada sijil?? asalkan ada kerja berlandaskan agama sudah cukup bukan???.. hehehe

PointBlankShot said...

dah pulak macam tu. selalu ibu yang kecoh soal lulusan mana i.e luar negara mahupun dalam negara ni.

kalau benda mudah macam tu pun dah disusahkan. nak buat benda baik pun jadi payah.

AkuBukanLelaki said...

ini tidak bagus

Gigi Besi said...

Jodoh itu rahsia Allah.

oranglidi said...

mak aih.. payah nye kalau bab jodoh ni makbapak masuk campur. lagi2 bile trjadi kat laki2 plak tu.. biasanya dgr crite ni brlaku kat pmpuan je kan.

Amy Anne (Unimportant person) said...

aduhai, jenuh la mcm tu...x kan pengiktirafan lulusan dlm negara berbeza dgn luar negara? so ape pula yg akn jd kepada warga negara lain yang belajar dlm negara kita? tidak sepatutnya hal2 kecik macam ni perlu dijadikan alasan utk urusan mendirikan rumah tangga. mcm ni susah la gadis malaysia yg m'punyai lulusan universiti dlm negara ingin mempunyai bkal suami yg berkelulusan dri universiti luar negara kalau ada bakal bapa mertua yg berkeinginan begitu. kasihanilah anak2mu... jgn memberi syarat yg terlalu tinggi

Lysa said...

pelik.mungkin ayah dia fikir, anak dia bersusah payah belajar oversea, maka dia pun nak menantu yg bersusah payah juga. tp sbnrnya tak perlu. kalau kahwin dpt ank, sijil tu tak boleh didik anak. Back to the parents on how they raise their children jugak :)

takky said...

nk menantu org puteh le tu...
hihihih, just kidding...
c(;

Nur_cahayamataku said...

Memang ada mak ayah yang berfikiran macam ni, kalau anak lulusan oversea, haruslah menantu juga lulusan oversea..

Tapi sebenarnya, lulusan oversea atau tak, itu bukan la jaminan kebahagiaan.

Sebagai anak, kita mestila pandai pujuk or terangkan kat mak ayah kita tentang siapa pilihan kita tu.

LAmbat laun dorang mesti faham punya.

Unknown said...

ish2x,, pelik laa org zaman skrg nie.. semua nie dunia je.. org nak kata apa pun tu nti dye tngung laa

Blog Eazy Izzuddin said...

jodoh akan sampai ..
;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

pendapat saya kalau lelaki lebih apa salahnye..

wanie_mn said...

kesian la kat anak klu mak bapak demand menantu lebih sgt.. harap soon keluarga saya tak macam tu.. hehe

p/s :
kisah member kak zara tu dah mcm kesah drama. tak sgka realiti pun ada.

Anonymous said...

pilih pasangan ikut kehendakk..nk fkir org plak dh knp?ko susah bukan org tolong..tolong kutuk, menyalahkn ko, makin susahkn ko lg adelah..pantang nmpk ko senang, diorg akan pijak2 ko..amacam?nk fkir org lg?fkir diri sendiri lah yg afdhal..keluarga ko susah, ko ngn istri yg hadap..