Friday, November 11, 2011

Mengalah Demi Mempertahankan Hubungan.




"Cakaplah dengan saya, apa-apa sahaja"
"Takpelah"

"Ada yang awak pendam ni"
"Takde"

"Apa salah saya?"
"Awak tak salah apa-apa"

"Pasal saya senyap ke? Awak marah?"
"Tak. Saya dah biasa"

"Sebab awak tunggu saya lama sangat?"
"Tak lah."
"Betul?"
"Saya dah biasa sangat"

http://farm3.static.flickr.com/2591/3876748275_3f79ab8afc.jpg
[Sumber gambar]

Pernahkah dalam perhubungan yang dilalui mengalami situasi perbualan seperti di atas? Situasi di mana, dengan anggapan untuk mengelakkan pergaduhan, atau perselisihan pendapat, salah seorang daripada pasangan akan berundur ke belakang demi memastikan perhubungan tidak akan terjejas dengan situasi yang mungkin kecil atau remeh, tetapi membuatkan sedikit hati terguris. Sebagai contohnya, isi perbualan di bawah ini.

A : "Tak suka kalau awak diam"
B : "Kenapa?"
A : "Bila awak diam, maksudnya ada benda yang tak kena"
B : "Ye ke?"
A : "Ya. Macam hari tu, yang tentang salji tu, sampai sekarang tak faham"
B : "Oh, benda tu?"
A : "Tak faham woo"
B : "Awak janji dengan saya, nak beritahu bila salji mula turun"
A : "Ada eh?"
B : "Ada. Tapi awak mungkin lupa. Awak beritahu orang lain, bukan saya"
A : "Oh, salah saya!"
B : "Takpe. Bukan satu masalah besar pun"
A : "Sekarang baru faham kenapa awak lain sangat"
B : "Takpe. Dah biasa"
A : "Kenapa awak selalu mahu mengalah?"

http://farm5.static.flickr.com/4010/4220241807_c5f255529f.jpg
[Sumber gambar]

Aku percaya sesetengah daripada sesiapa yang mempunyai hubungan, adakalanya perlu beralah demi memastikan segalanya baik. Segalanya menjadi. Mengetepikan hati sendiri, demi memastikan senyuman terus terukir. Tetapi, memendam terlampau lama juga tidak baik sebenarnya. Sendiri yang akan sakit, sendiri yang akan terpuruk geram.

Jadi, apa yang penting dalam situasi sedemikian rupa, adalah :

1 - Berbincang dengan pasangan anda. Ya, luahkan apa yang terbuku di hati dengan memberikan rasional atas tindakan yang anda lakukan. Elakkan daripada marah tidak tentu hala dan mengakibatkan hubungan menjadi lebih teruk. Sudah tentu tiada siapa yang enggan berada dalam situasi yang membimbangkan mereka sendiri.

2 - Berikan yang terbaik demi kebaikan diri dan si dia. Sudah tentu dalam apa sahaja, kita perlu memikirkan kebaikan dan juga keburukan sesuatu benda. Jadi, jangan jadi tamak tidak tentu hala. Tamak untuk kegembiraan sendiri hingga mengakibatkan anda mengabaikan si dia. Jangan.

3 - Ruang peribadi masing-masing. Kenali pasangan anda dengan memberikan ruang peribadi. Percayalah. Kalau lelaki main permainan hingga terleka, bukan dia mahu mengabaikan kita. Cuma dia perlukan ruang untuk melepaskan tekanan. Yang perempuan kalau asyik dengan kerja membeli belah, dia sebenarnya sedang berusaha menenangkan jiwa. Tetapi, dalam kita memberikan ruang peribadi kepada pasangan agar mereka selesa, jangan lupa untuk dapatkan masa berkualiti bersama.

Situasi 1

A : Sayang, saya nak main 'game'.
B : Pergilah.
A : Betul ke?
B : Betul.
A : Baiklah.


Situasi 2

A : Awak beri saya main 'game' tu sebab awak marah eh?
B : Mana ada?
A : Betul kan?
B : Sebenarnya, saya memang beri awak main 'game' sebab saya nak berikan awak ruang untuk buat kerja awak sendiri. Tapi, dalam masa yang sama, kalau awak dapat luangkan masa dengan saya dalam 10 minit pun cukuplah.
A : Oh.
B : Kenapa? Awak sangka saya halau awak ke?
A : Lebih kuranglah.
B : Tak. Ini saya berikan rasional tindakan saya.


http://farm3.static.flickr.com/2802/4339393093_86e67ac0c5.jpg
[Sumber gambar]

Jadi, anda berada dalam situasi manakah?

Nota Kaki :
Saya sayang awak.
Ya, awak.

Zara : Ada sesuatu yang buatkan aku tersenyum riang sendirian. Ada orang sudah berani menunjukkan wajahnya pada dunia. Kenapa agaknya ya?

14 comments:

Anisa Hang Tuah said...

dia menggantungkan hubungan saya

Anonymous said...

tapi selalu mengalah ni jadi sangat penat.

reenapple said...

mengalah itu memang ada kebaikan but penat if pihak yang lain tak faham apa yang kita sedang alami..

p/s-asyik mengalah buat aku penat..aku mengalah.=)

cg4dis said...

penat bila asik mengalah...

tapi lagi penat bila terpaksa berbuat untuk menjaga hati walaupon sudah jerih...

moga Allah membukakan ruang kebahagian kami bersama dan menjadikan itu satu pengorbanan :D

yongpropaghandi said...

mengalah itu menunjukkan kematangan,tapi biarlah berpada-pada...jika asyik mengalah,nanti si dia fikir,anda lgsg tak ada perasaan terhadapnya..buat ape saje pun ok je~

shafika eliza said...

susahnya bercinta =) btw, saya ada tulis tentang awak di blog saya. maaf tak mintak izin dulu =)
www.elyzazaza.blogspot.com

Eyka said...

beralah buat kite jdi lemah dan gua tak nak mengalah sebab itu cinta gua..so fight for it!!:P *positif*

gua beralah sebab gua sayangkn dia..
*LOSER*..

keh keh keh :P

roses said...

erm. erm.
perempuan mmg dijadikan untuk mengalah bukan?

barulah manis:)

cik naddya said...

klau asyik mengalah je pon x seronok jugak. kdg2 kita sakit sendiri :(

kueh bakar said...

jika sorang mahu menang
sorang kena mengalah
jika dua dua mahu menang
dua dua akan kalah
kalah dalam perhubungan

jika dua-dua mahu kalah
juga kalah dalam perhubungan

Anonymous said...

always always always comunicated conversation discussion....:)

takky said...

konsep yg sama juga saya gunakan dalam hubungan persahabatan...
tidak kira persahabatan saya ant lelaki mahupun wanita....
tapi bila saya mengalah....
mereka akan mengambil kesempatan...
mahupun memperlekeh-lekehkan saya...
bila saya mempertahankan pula, mereka akan mengata-gata mahupun mencebik muka dgn saya....
apa yg perlu saya buat kak Z?

inaks said...

penat selalu mengalah...tp terpaksa..

Anonymous said...

pnt asyik.mengalah sampai dy anggap kite perempuan murah asyik nk mglh. tp saye pon xthu klau sy xmglh bler blh baik. awak rse?