Saturday, September 17, 2011

Laluan Lebih Mencabar


Entah sejak bila hati mula pandai berbelah bahagi dan tidak mendengar kepada kata hati sendiri. Degil dan enggan menurut dan membiarkan logik akal menentukan segala tanpa menghiraukan rasa yang semakin hari semakin dipinggirkan. Mungkinkah disebabkan beberapa kali menurut kata hati dan mempercayai hati sendiri sehingga kecewa membuatkan rasional diri digalaskan kepada akal dan minda pula?


[Sumber gambar]


Mungkin juga.

Dalam diam sebenarnya dia juga enggan mahu membuka peluang kepada sesiapa mengetuk jiwa yang sudah tepu dengan pemikiran hanya dia sahaja yang tahu. Kepayahan mengolah sendiri tulisan hati, membentuk aksara demi aksara menyedapkan pemikiran dan mengkhayalkan minda dengan kasih sayang buatan adalah sesuatu yang dia sendiri lega dan ketawa girang dengan diri sendiri. Bukan dia hirau segala kata nista yang tidak menembusi dinding tinggi yang dia bina.

Cuma sepanjang dinding yang dibina, ada satu bahagian yang diperbuat dari kaca jernih. Segala kotoran terpalit di situ dan dia duduk menekup diri sambil berharap akan datang hujan yang membersihkan kawasan yang disayangi. Dia mampu menyucikan sendiri cuma dia enggan melihat kepada sesuatu yang mungkin menyebabkan dia hilang sabar dengan sikap sesetengah manusia yang tidak pernah mahu memahami.

Kali ini dia kembali ke meja pertaruhan lagi.
Bertaruh nasib diri.
Meletakkan harga yang tinggi.
Dia tidak perlukan pembeli.
Yang dia mahukan hanya permainan diteruskan kembali.
Melihat sejauh mana kebenaran sebuah hati.

http://s2.i1.picplzthumbs.com/upload/img/e8/ba/cb/e8bacb6a16149d1e4bbe9323fd56ce0ec78c7094_wmeg_00001.jpg
Dah lama tak letak gambar sendiri di ruang Dunia Sebelah Zara kan? #senyum

"Sayang, kalau bangun pagi dan awak ada di sebelah, itu mungkin satu nikmat yang saya pernah doakan setiap hari"


Selamat kembali sebuah perasaan manusia beku.
Selamat kembali bekerja keras untuk mempercepatkan waktu.
Selamat kembali tidak menghiraukan segala kutukan manusia berhantu.
Selamat kembali kepada azali diri yang lebih banyak tersenyum dan membisu.
Selamat kembali dan jangan pernah hilang lagi di sebalik dinding sejuk berwarna biru.

Masa untuk bekerja.
Bukan untuk diri semata-mata.
Tetapi kepada kepuasan diri dan nikmat gembira.

"Saya nak belikan sesuatu untuk awak. Apa yang awak suka?" - Saya suka awak."


Nota Kaki :
1. Kesibukan membataskan pergaulan aku mungkin.
2. Maaf jika aku tidak mampu membalas segala pertanyaan. Maaf.

Zara : Bila tengok orang lain boleh berjauhan dengan suami/isteri sampai bertahun dan jumpa sekali sekala, aku terfikir apakah aku juga mampu nanti. Baiklah, ini angan-angan hari Sabtu.


6 comments:

tieha ismail said...

omaigod!!! bole tak rasa nak pengsan baca tulisan yang biru tu?? sweet sangat-sangat lorh...

Khatijah Hamid said...

"Saya nak belikan sesuatu untuk awak. Apa yang awak suka?" - Saya suka awak."

Saya sangat sangat sangat suka ini!!!

Faaein Talip Roy said...

pasti saja boleh miss zara.. (^^,)

wah.. hati tu sudah berbunga-bunga... bestnya.. saya tumpang gembira..

salam singgah.. ^^,

eiela said...

senyumm.. semoga terus menulis.

mia kaftiya said...

wah, wah, wah, Kagum!. kite suka dgn manusia-manusia yg boleh menulis sesuatu yg berkias begini, sbb kite selalu harp yg kite pun bleh tulis mcm tu jugak!.. huuuu...

hai! nme kte mia.. slamt berkenalan. peace! *ok, memng gedik!* heheh

Sofia Nin said...

saya suka zara punya gambar! hahaha :D COMEL GILAAA!

Peek-a-boo.