Tuesday, March 01, 2011

Selamat Tinggal Dunia.


Diam.
Masa untuk cari ketenangan dan duduk perhatian gelagat manusia di dunia sebelah sana. Menyelami dasar perkara yang lebih menghiburkan jiwa daripada menghadapi makhluk yang dahagakan sesuatu yang tidak dapat disajikan demi satu kepuasan berlebihan. Tidak. Bukan pramusaji segala benda enak dalam dunia. Kau terasa, kau makan dalam sendiri, aku tidak mampu buat apa-apa. 

[Gambar : Adakah kita pernah berhenti dan jengah sesuatu yang perlu lebih lama atau kita abaikan sahaja?]

Aku adalah manusia beku yang mencari kepuasan dalam diri sendiri dengan bantuan sedikit perangsang kimia beraroma terbaik setiap hari. Sisipan dengan buih halus menyebabkan aku tidak kenal apa itu penat ataupun terus berimaginasi apatah lagi berhalusinasi. Aku lebih mahu tahu siapa manusia yang sedang berdiri dan cuba pegang jantung sebelah kiri. Tubuh yang bergerak, membawa roh dalam jasad sendiri. Aku lebih mahu kenal itu berbanding aku mendabik dada dan menghentam orang lain seperti seorang pengecut yang memecahkan cermin setiap kali nampak wajah mereka.

Kau boleh cakap aku macam-macam, seperti aku manusia terkenal layaknya. Bahkan aku masih seperti aku yang dulu, yang menulis hanya sebagai satu terapi, meluahkan apa yang aku tidak dapat katakan dengan orang lain walaupun cuba sembunyi. Dengan menyatakan disebabkan kelantangan dan kesarkastikan (walaupun aku rasa ini amat minimalis), kau tetap laungkan, ia yang menyebabkan sehingga kini aku tiada teman hidup di sisi. Kau mahu tahu sesuatu? Apakah kau terlupa jengah apa yang kau ada di kanan dan kiri? Jangan lupa, kita ada penjaga di sisi.

Senyum.
Aku geli hati.
Apabila manusia yang enteng dan cuba kononnya menggoyahkan sebuah hati yang dimatikan daripada tahu perasaan benci. Kau tahu? Ia buat aku semakin suka hati.

Itu sahaja kali ini.
Aku mahu pergi.
Jumpa lagi kalau aku masih tidak mati.
Salah. Kalau aku masih ada di dunia ini.

Nota Kaki :
Akan hilang lagi.

Zara : Sentiasa tersenyum kerana itu lebih baik buat diri sendiri. Ya, ini penulisan biasa-biasa, dalam keadaan tergesa-gesa. Maaf ya?

17 comments:

Frodo Baggins said...

>>____<<

sebelum pergi
terimalah eskerim beta, nah!

Anonymous said...

Gumiho...

cik ciput said...

Zara, mahu ke mana? Kembali secepat mungkin ya. Serasa kekurangan sesuatu apabila tiada entri bru di sini untuk dibaca.. =)

Orkid Edyliyne said...

akak nak pergi ke mana???

kalau senyum tu boleh mengubat hati, memang akan selalu senyum...
(n_n)

oreo oreo said...

jangan hilang lama lama lahhhh. nanti rindu! sebab saya perlukan kekuatan dari setiap penulisan kak zara tahuuu! take care okay balik cepat cepat! =]

mamafarhan said...

Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

mmm..nak pegi mana tu? oh yer..tiap pagi suka minum nescafe yer? nescafe boleh buat ketagihan..dah lama kakak x minum..kopi hitam buatan emak lebih menyelerakan..emak dah jarang buat kopi..sedih:(

♥ Juliana Violet ♥ said...

Vee adore penulisan zara. Suka sangat.
Vee tak sehebat zara untuk mengarang. :)

Qaseh Dalia said...

jangan pergi teruslah berkarya

takky said...

manusia...
mmg x puas ati dgn apa yg kita ada...
dan aku...
hanya tergamam & terngaga bila membaca...
:((

rekbing said...

siapa y selalu butthurt dgn kau ni? persetankan saja. kamu ada pembaca setia. berblog teruskan juga. pelissss

Unknown said...

tergesa2 pon best sgt ayat ni. . i like.

ishiko said...

ohh... sis zara jgn tinggak daku...
(ehhemm..hemm.. tiba2x plk ~)

najwa's said...

ek, kenapakah zara? sabar sayang.

± said...

yeah...aktiviti outdoor lebih seronok

Unknown said...

dalam...

NAZ said...

harap sihat sentiasa :)