Thursday, March 17, 2011

Bolehkah Bersama Selepas Kejadian Itu?


Sempurna.
Siapa yang tidak mahu menjadi sempurna? Siapa yang tidak mencari kesempurnaan dalam hidup? Semua orang mahu mengejar kesempurnaan walaupun mereka mengerti tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. Hanya Yang Maha Kuasa sahaja yang sempurna. Siapalah kita sebagai hamba mahu menjadi sempurna kan?

Walaupun begitu, kesempurnaan itu boleh dicari. Menghampiri maksud kesempurnaan pun dah mencukupi bagi sesetengah orang dengan mengelakkan kesilapan berlaku. Lompat dari satu perkara ke arah perkara lain membolehkan sesetengah dari kita yang hidup di dunia ini mencapai apa yang mereka gelar sebagai impian tanpa menyedari perbuatan mereka boleh membunuh manusia lain dengan senyap ataupun terang-terangan.

http://farm4.static.flickr.com/3647/3285298342_2791151ca1.jpg
[Gambar : Kadangkala ada orang merasakan dirinya terlampau sempurna dan mahu orang lain jadi sesempurna dia]

Kita mencari apa yang kita mahukan dalam hidup sehingga terlupa satu perkara - ketentuan takdir itu sudah lama tertulis dengan jelas. Kalau kita tidak dimaksudkan meneruskan atau mendapat sesuatu benda, betapa kuat kita berusaha ke arah itu, kita tidak akan dapat. Ya, memang usaha itu penting, memang usaha itulah tangga atau eskalator kejayaan, tapi jika tidak mendapat apa kita mahukan, apakah kita patut meratap kuat?

Tidak.
Masih banyak lagi benda yang boleh kita tumpukan. Alihkan perhatian kita. Cuma, apakah kita mahu? Adakah kita cukup kuat untuk tidak menoleh kebelakang semula - menangis kuat menyesali apa kita lakukan tetapi tidak mendapatkan pengajaran apa yang ditinggalkan? Kenyataannya, kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Peluang apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Seseorang ada bertanya sesuatu kepada aku semalam. Entah layak atau tidak aku menjawabnya, aku sendiri pun tidak tahu. Bukan kali pertama soalan ini diajukan kepada aku, tetapi setiap kali ada yang bertanya, tidak kira lelaki atau perempuan, aku akan tarik nafas dalam-dalam sebelum mengutarakan pendapat peribadi aku. Nah, aku katakan ianya bersifat peribadi sebab tak semua orang punya pandangan seperti kita kan?

D : Kalau orang yang kita suka sudah terlanjur dengan orang lain, bolehkah kami bersama?
Aku : Maksudnya?
D : Boleh tak tetap mahukan dia dalam hidup saya?
Aku : Terpulang. Kalau boleh terima kesilapan lalunya, dan dia mungkin sudah menyesal serta bertaubat, apa salahnya berikan dia peluang kan? Manalah tahu mungkin dulu itu kesilapan yang dia tidak sengaja buat.
D : Kalau dia tiba-tiba kembali kepada tabiat lama?
Aku : Sebab itu saya katakan terpulang. Ianya berbalik kepada soal hati awak sendiri. 
D : Ada tak kemungkinan dia akan balik pada kekasih lama dia?
Aku : Tak faham.
D : Dia balik dengan orang yang dia pernah terlanjur.
Aku : Ini mungkin menyakitkan, tapi kalau dia ada rasa tanggungjawab dengan kesilapan lalu, mungkin dia akan patah balik disebabkan hanya mereka berdua sahaja mengerti apa yang ditanggung. 
D : Tapi saya dah boleh terima dia.
Aku : Ini bukan mengenai awak sahaja yang terima dia, tapi ia melibatkan banyak benda.
D : Saya betul-betul cinta dia, berapa lama pun saya sanggup tunggu. Dia dah banyak berubah, saya tak nak dia kembali kepada tabiat lama.
Aku : Soal iman, soal hati - kita mampu berdoa moga perubahan itu akan kekal dan menjadi bertambah baik tentunya. Persoalan kalau dia kembali kepada kekasih lama atau apa, itu awak kena pastikan sendiri dengan dia. 
D : Saya risau. Saya tak boleh kehilangan dia.
Aku : Ada orang yang boleh kehilangan manusia yang dia sayang ke? Alangkah kalau telefon jatuh pun orang dah boleh rasa sedih, apatah lagi sesuatu yang istimewa, manusia, yang bernyawa.
D : Patutkah saya tunggu dia?
Aku : Terpulang. Kalau awak yakin dan bulatkan tekad, saya hanya mampu doakan yang terbaik.
D : Pada saya, dia antara manusia yang sempurna muncul dalam hidup saya, tak kisahlah dengan kesilapan lama sebab dia dah banyak berubah.
Aku : Awak guna perkataan sempurna.
D : Ya. Kenapa?
Aku : Sebelum awak sayang orang terlampau dalam, sayang diri awak sendiri dulu.
D : Sebab sayang diri saya, saya nak berikan yang terbaik pada diri.
Aku : Baiklah, kalau awak kata begitu. Cuma, perkataan sempurna itu datang dengan makna yang sangat mendalam. Tiada manusia yang sempurna.
D : Sekurang-kurangnya sempurna di mata saya.
Aku : Bolehlah kalau awak kata begitu. Menerima yang tidak sempurna sebagai yang sempurna di mata awak.
D : (simbol senyum)


[Lagu ini boleh dikatakan sumber inspirasi untuk aku. Oh, ini aku letak yang versi bersih. Tapi aku lagi suka versi yang kurang bersih sebab maksud yang disampaikan boleh kedengaran lebih mendalam. Liriknya]

Sudah.
Perlu kembali dengan tugasan aku. Kalau ada yang rasa mahu berkongsi pandangan silakan. Tentang penulisan semalam tu, terima kasih atas pandangan yang diberikan. Dan ya, G itu adalah seorang lelaki. Bukan perempuan.

Nota Kaki :
Seronok dengan meja baru.

Zara : Bila baca surat khabar, tengok banyak kes melibatkan budak sekolah, aku teringatkan anak-anak murid aku.

21 comments:

Melor said...

seringkali juga aku terdiam bila sahabat bercerita ttg perkara ini.sempurna di mata kamu,sebenarnya kamu bohong diri sendiri.

hana said...

saye rase x salah nk terima mereka yg pernah terlanjur...
sume tu sejarah silam mereka...kite cume berdoa semoga mereka ni x kembali ke dunia lame tu..
=D

Vamp Mary said...

Terima kasih banyak cikgu Zara! kehkeh.

kau buat aku sedar sesuatu yang aku tak nampak sebelum ni melalui penulisan kau ini.

bagi aku, sempurna itu tidak pernah ada pada diri kita-kita kerana kita manusia ini fitrahnya tidak sempurna. untuk menerima diri orang lain seadanya dan berusaha untuk saling menyempurnakan, mungkin kehidupan akan lebih bahagia jika sentiasa berfikiran seperti itu.

Dia maha sempurna dan dia menjadikan sesuatu itu tidak pernah sia-sia.

:) lol = Lots of love. >_____<




p.s: btw, kau penyokong tegar MU ye.?
:)

DidyaJustsaythat said...

lelaki tu harus bangga ada orang mahu terima dia.

dan kalau dia kembali ke tabiat lama, maka dia sungguh rugi.

Raouf Sora said...

utk kawan kak zara: Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai..Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri..Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerna Dia mendengar pengharapanmu setiap kali, dan Dia menunaikannya dengan cara-Nya yang tersendiri..Sayangi diri sendiri..~:)

rekbing said...

Sebelum awak sayang orang terlampau dalam, sayang diri awak sendiri dulu - Zara, 2011

suko2 xD

niesa said...

Terimalah keburukan seseorang terlebih dahulu sebelum memantau kelebihannya kerana 1 keburukan mampu menutupi 99 kebaikan yang lain. Jangan dilihat pada kesilapan dan masa yang lepas. Terimalah si dia kerana dirinya, kerana hatinya, dan yang paling penting kerana agama.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Melor

kadang2 kita kena beri dia merasai sendiri pengalaman sebuah 'kesempurnaan' kan?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@hana

Tak kata salah.
semua orang layak dapat peluang masing2. Cuma bagaimana dia manfaatkan peluang yang diberikan~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Vamp Mary

Kalau semua orang mahu sempurna, bagaimana dengan orang yang langsung tak kenal dan tak endah erti sempurna kan?

:)

Yup!
Penyokong tegar~
XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@DidyaJustsaythat

kalau dia balik sebab ada perut yang terisi?

=.=

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Raouf Sora

Nak LIKE comment kamu dik.
XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@redbean

Sebelum kita makan natto, kita kena sayang natto tu dulu. Betul ke aliff?

XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@niesa

Itu yang seharusnya.
:)

lavidalabelle said...

manusia mmg akan buat kesilapan samada kecil atau besar.

kalau sudah menyayangi pasti boleh menerima. of course dgn syarat orang itu sudah bertaubat :)

Nobita Sensei said...

better pilih calon yang beriman.

APi said...

kesempurnaan itu sarkastik aku rasa..
di mata setiap manusia berlainan citarasanya..

ah manusia..
kalau dah sayang kan ..

onahchan said...

tak perlu dkenang kisah silam... semua org pernah wat silap... as long as bertaubat & jgn ulangi lagi... insyaAllah, everythg will b ok... ^_^

Raouf Sora said...

@LORD ZARA 札拉 : bole je kak..tp ayat sy still x bole nk banding ngan ayat2 power akak..still nk tuntut ilmu lg ni..hehehe..sile beri tunjuk ajar melalui entry2 yg akan dtg..~ ;)

Anonymous said...

The men, now rapturous at the thought of a pie, flee for the nearest pizzeria, promising to return with pizza for everyone.
Adults weren’t ready to cede pizza to children, though.

suffer8zine said...

carilaa yang terbaik dari kalangan yang terbaik

Terkini : Malaysia Bebas Kesan Radiasi