Saturday, February 26, 2011

#Memori : Sekolah Darjah Satu Tahun 1994


Salam semua.
Darjah satu adalah sesuatu yang mungkin semua orang tunggu. Tunggu dapat lari dari tadika (aku masa umur 5 tahun pun dah lari dari tadika - umur 6 tahun masuk semula sebab nak bersama rakan sebaya kononnya), tak payah duduk makan ramai-ramai, baca doa ramai-ramai, menyanyi pakai baju warna warni ataupun entah apa-apa lagi. Darjah satu dijadikan pengukur bahawa dah lepas dari kawasan sekolah yang ada taman permainan serta sesi senaman ada main buaian ataupun papan gelongsor serta jongkang jongket.

http://farm3.static.flickr.com/2184/2222244131_3aff03fd7e.jpg
[Gambar : Dulu main ni rasa hebat. Bila orang tengah naik-turun, kau lompat dan biarkan dia terhentak ke bawah. Boleh retak tulang pelvis tahu?]

Hari Pertama.
Mak bapak orang lain tunggu anak masing-masing. Semua pegang tangan mak bapak, macam takut mak bapak lari tinggalkan mereka, padahal sebelum ni belajar di tadika boleh sahaja hidup. Aku? Mak dan Abah hantar aku dan terus tinggalkan sebab masing-masing pun kerja, nak kejar hari pertama persekolahan masing-masing. Jadi, diri dan dengar arahan cikgu-cikgu. Kali pertama nampak cikgu sekolah lebih daripada dua. Di tadika, seorang cikgu dan seorang tukang masak. Cikgu Faridah (yang sampai sekarang kalau terserempak masih kenal aku - budak lari dari sekolah) dan cikgu masak yang aku lupa nama dia tapi dekat dengan sekolah agama.

Dalam sibuk-sibuk hari pertama, duduk di meja masing-masing, mak bapak orang lain jengah-jengah dari celah jaring (dulu kelas aku tiada tingkap nako sebab bangunan lama), ada budak tiba-tiba menangis sebab mak dia hilang dari pandangan. Menangis sampai terkencing. Tak campur yang ada terberak dalam seluar. Sadis. Menggelabah cikgu yang sedang mengajar. Di tadika kalau nak kencing atau berak, boleh sahaja ke tandas sendiri sebab tandas dalam kelas. Ha ha ha.

Duit dua puluh sen dan bekal.
Walaupun Mak dan Abah adalah cikgu, duit belanja aku adalah dua puluh sen sahaja. Dari aku darjah Satu hingga Tingkatan Lima, duit poket aku biasanya yang paling sedikit berbanding kawan-kawan lain. Langkah penjimatan keluarga ke apa pun aku tak tahu. Dapat dua puluh sen pun dah bangga sebab pegang duit sendiri. Budak sekarang jumpa duit seringgit atas jalan raya pun boleh dipijak lagi. Macam celaka.

Tradisi mak aku dari dulu memang bawakan anak bekal. Mak sampai sekarang pun bawa bekal lagi ke sekolah disebabkan perut Mak memang sensitif sedikit dengan makanan luar dan makanan ruji beliau adalah nasi. Ya, sesiapa yang kena makan nasi setiap pagi boleh kawan baik dengan Puan Mulia. Aku pun kalau pergi sekolah sekarang ni bawa bekal juga (kalau aku tak sempat makan di rumah - tapi Nescafe wajib aku tembak ke dalam diri setiap pagi). 

[Gambar : Memanglah bekal aku bukan dalam keadaan begini. Sumpah penuh kasih sayang kalau dapat bekal begini. Kalaulah dapat begini, memang aku cium-cium orang yang buatkan]

Bekal makanan aku selalunya jadi bahan kena kerumun dengan orang sebab Mak memang pandai masak. Selalu sembunyikan bekal, takut orang curi sebelum waktu rehat. Bekal yang selalu Mak bawakan adalah nasi lemak, nasi ayam, nasi minyak, mi goreng, bihun goreng, jemput-jemput, roti dan sebagainya. Semua Mak masak sendiri. Nah, kau kagum tak tengok jam 10 pagi, aku buka bekal di kantin dengan nasi ayam dalam bekas masa orang lain cuma makan bihun tegak?
(tabik hormat pada Puan Mulia sebab sampai sekarang dia masih begini - masak seawal pagi)

Pertandingan
Nak masuk pertandingan menyanyi, suara tak sedap kata cikgu. Nak main alat muzik, baju untuk darjah satu tak sesuai kata cikgu. Nak masuk sukan, lari tak kuat. Nak masuk berlakon dan sebagainya, cikgu kata ada budak lagi comel dan lawa. Kecil-kecil lagi dunia dah kejam, menolak paras rupa aku yang hitam, gemuk dan pendek ini dari diketengahkan di persada dunia (padahal pertandingan peringkat kelas, zon dan daerah sahaja pun). Haram, kecil hati tak ingat.

Balik rumah, bila cakap dengan Mak, kena gelak. Mak kata, takpe kalau tak masuk tu semua. Yang penting, belajar kena pandai. Jadi, mulai saat dalam darjah satu, sentiasa beritahu diri sendiri, belajar lagi penting. Muka tak lawa, tak comel, tak putih macam orang lain pun tak mengapa. Asalkan belajar pandai daripada orang lain. Jadi bila dalam kelas Matematik, sentiasa jadi orang pertama siapkan kerja kira-kira, terpilih masuk pertandingan 'Bijak Sifir' peringkat daerah. Meluap bangga terpilih. Matematik tak pandang muka lawa pun kau tahu?

Masuk pertandingan daerah, naik kereta cikgu yang semput-semput, siap sesat, Abah yang lambat dari kami dah sampai, siap beritahu penganjur yang aku dalam perjalanan ke tempat pertandingan (gila kentang, Abah sampai dulu daripada kami). Peserta paling akhir masuk dalam dewan, tapi peserta pertama yang siap semua soalan, dan semua jawapan betul. Dapat johan, nombor satu. Kena panggil ke depan, kembang hidung bangga, sambil bisik dalam hati, tak lawa pun dapat hadiah pertama, orang ambil gambar.

http://farm3.static.flickr.com/2514/4048256740_c41c64af84.jpg
[Gambar : Malas nak ambil gambar piala sendiri, aku letak ini pun jadilah kan?]

Pakaian.
Sejak tadika umur 6 tahun, dah tiada skirt dibenarkan oleh Mak dan Abah kalau ke sekolah. Maka, masuk darjah satu pun pakailah baju kurung dan tudung. Orang lain dengan gaun, aku dengan baju kurung. Orang lain dengan reben warna-warna ceria, aku dengan tudung litup putih yang selamba. Gila selekeh mula-mula, muka bulat, pakai tudung kain apa entah tu, melekat tudung di muka.

Hari Penyampaian Hadiah.
Masa ini semua orang berlawan-lawan dalam peperiksaan, tak nak kalah. Yang lawa ke, tak lawa ke. Semua nak tonjolkan diri yang terbaik sebab cikgu kata, kalau dapat nombor satu ada hadiah. Budak-budak kan gila penghargaan walaupun pensel sebatang (eleh, kau semua pun sama bila dah besar ni kan? ketawa). 

Jadi, lepas belajar kononnya, padahal yang penting kalau darjah satu, mesti tahu membaca (tadika dah ajar benda ni semua), maka dapatlah nombor satu. Terbaik dalam semua mata pelajaran. Naik turun pentas berulang kali. Balik rumah, penuh bawa hadiah, buka satu persatu, semuanya buku kerja mata pelajaran untuk Darjah Dua. Bijak betul cikgu zaman dahulu, dia bagi kita buku supaya cuti sekolah kita belajar lagi, bagi dapat nombor satu lagi tahun depannya (walhal di rumah, Mak belikan lagi buku supaya tak asyik tengok televisyen dan kartun)

http://farm4.static.flickr.com/3196/2983048019_65179ebff0.jpg
[Gambar : Dulu tengok kartun begini pun dah ternganga suka.]

Oh, masa darjah satu, dapat adik lagi (adik yang ketiga, merangkap anak keempat dalam keluarga). Maka, tumpuan Mak dan Abah tak adalah pada aku yang dah sekolah. Pandai-pandai mahu belajar sendiri, tiada tempat kelas tambahan dan sebagainya. Sekarang ini yang aku tengok budak baru tadika empat tahun dah pergi kelas tambahan. Sumpah aku tak faham. Gila betul ibubapa zaman sekarang ni kan? Semua berlumba-lumba demi masa depan anak-anak. Kalau anak-anak tak hargai, lebih baik kita picitkan sampai mati. Baiklah, itu agak keji.

Pendidikan adalah satu perniagaan kata kawan aku.
Tapi pada aku, pendidikan adalah satu tanggungjawab sosial.
Masing-masing ada pendapat masing-masing kan?

Nota Kaki :
1. Sedang belajar sendirian untuk peperiksaan.
2. Mungkin banyak aktiviti yang perlu dilupakan, sedang bertarung untuk masa depan.
3. Kalau rajin (dan orang suka), mungkin akan ada memori darjah dua pula, kalaulah kan?

Zara : Kebanyakan kawan-kawan aku yang mendirikan rumahtangga adalah yang lahir tahun 1986 dan 1988. Orang yang lahir 1987 macam aku masih kurang bilangannya. Baiklah, itu petanda tiada benda yang perlu dirisaukan sebenarnya. Ketawa.

38 comments:

fadh ^_^ said...

pendidikan memang penting.
tapi memang kejam gile kalau bayi baru lahir,
parents dah cakap macam ni:
"haa, doktor pakar bedah in the making"
yaww~kalau bayi tu boleh paham, mau masuk balik dalam perut.
kecik2 dah ade orang atur mase depan.
=.=

Shahada Fauzi said...

sambung untuk darjah 2, 3 ,4, 5 dan seterusnya sampai ke peringkat universiti..boleh tak cikgu? hee..^_^

Mra Mastura said...

nak sepp seket! dlu skola mmg xmasuk pn ape2..hanya ptandingan bercerita dgn mewarna walhal xlawa mane. lagi kejar no dalam kelas.. hehe

and yep,dlu hadiah sentiasa buku dan kamus..balek rumah pn ada byk lagi latihan semua.. and dl start tuisyen ble djh 3 je la..xde la dr umur 4thn.. huhukk..

oreo oreo said...

nak cerita darjah dua pulak kak zaraaaaaaa! cepat cepat! =]

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@fadh ^_^

Baby lompat masuk perut tu yang aku tak tahan tu.

ha ha ha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@♥CIK SHA♥

InsyaALLAH dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Mra Mastura

Darjah 3?
Ku darjah 6~
ha ha ha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@oreo oreo

ha ha ha.
InsyaALLAH later ok?
:)

Mcjust said...

teringat zaman darjah satu dgn darjah dua.. selalu naik pentas ambik hadiah sebab dapat no 1. hehe

takky said...

mase hari pertama darjah satu...
rasa malu sgt sebab badan besar...
nak duduk dekat kursi pun x muat...
ditambah lagi dgn student ye yg ramai...
mmg sesak gile...
time 2 mmg pandang lua kelas n buat muka seposen...
"cepat la abes sekolah,, den dah sesak nafas ni"

misz aisya said...

wahhh mesti kak zara best student skolah dulu...skolah rndh mmg best kan?? zaman budak2 maen kejar2..hahah

Meera said...

Teringat lah zaman muda2.... heee

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@mcjust.lol

Darjah 3?
XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

Aigoo~
Sampai gitu sekali eh?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@miss aisya

Idaknya best student benau~
Ha ha ha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Meera

Kan?
XD

kamarukom said...

alaaa ni klu ltk gmbr time skolah rndah dlu mesti lg comel nih kekeke

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@kamarukom

Ha ha ha.
Segan daku.
XD

Anis Azalea said...

entry menarik. zara lepas ni buat first crush kau. mesti ada kan..hehehe....

padlie said...

first time datang sini..
suka ngan mouse punya pointer.. glory2..

1994, saya UPSR, entry saya ari ni pun pasal tahun tu.. Padlie masa muda-muda [Part III]

Darjah satu ni macam keletah budak ada.. Dari zaman dulu hingga sekarang, skrip dia sama.. yg beza, budak sekarang tak main la sen2 ni.. hinggit je dia pandang..

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

1994 me dah form 3..me x penah masuk tadika tp masuk darjah 1 tak nanges pon ditinggal abah..asyik lap botol air sbb botol air bocor..pakai gaun dan scarf kaler² kat rambut..ok..darjah 1 dan 2 me bodoh dan lembab dlm sukan..masuk darjah 3 me terus rajen belajar hinggalah tamat universiti dan lari pun dah kuat..oh ye..me comel jugek masa sekolah (agaknyalah)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Eri-chan

ha ha ha.
orang crush pada aku boleh?
LOL!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@padlie

aaa..
yup.
duit tu yang bebudak pandang lebih.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Rina AVAIL a.k.a cik betty

Mesti comel punya.
:)

M. Faiz Syahmi said...

cerita pasal lari dari sekolah., aku memang handal.

1st lari masa dajah 1. sebab bergadoh dengan kawan. sampai sekarang kalau reunion gelak ja ngan member gaduh aku tu.

2nd lari masa dajah 2. pindah sekolah baru. cuak tak kenal sorang pun. (dajah 1 sama sekolah ngan kakak aku)

3rd lari masa dajah 3. bukan lari ekceli. lebih kepada ponteng kelas. boring sangat duduk sekolah., cikgu asyik meeting. aku balik rumah bukak komputer. keh keh keh.

pastu tak lari dah. stay in school sebab upsr dah dekat. :P aku tak studi teruk-teruk pun. tapi dapat 4a1b. masuk secondary school., terus jadi cibai. kah kah kah! :P

suffer8zine said...

wahhh berwajah baru la

Terkini : Akuarium Paling Kecil Di Dunia

Lalala said...

setelah tak sempat baca berapa hari dapat juga baca.. nice edit ya blog cikgu..
saya masa darjah 1 lagi la.. pergis ekolah sendiri..abang just tunjuk mana bas je. ceh geram betul.. teruskan lah buat darjah dua sampai sekarang

Anonymous said...

1994 ----> 6 tahun. keh4.



tapi duit belanja 20sen is #sotrue..
budak2 zaman sekarang rm5...



jauh gila beza.

Orkid Edyliyne said...

yang OE ingat masa OE darjah satu, OE dapat nombor satu dari belakang...
lepas tu bangga sebab dapat nombor banyak dan ingatkan nombor banyak tu the best...

dan tak ada lagi yang OE ingat...
entah disebabkan banyak sangat perkara berlaku atau disebabkan tak ada benda yang berlaku...
entahlah...
(n_n)

Orkid Edyliyne said...

yang OE ingat masa OE darjah satu, OE dapat nombor satu dari belakang...
lepas tu bangga sebab dapat nombor banyak dan ingatkan nombor banyak tu the best...

dan tak ada lagi yang OE ingat...
entah disebabkan banyak sangat perkara berlaku atau disebabkan tak ada benda yang berlaku...
entahlah...
(n_n)

Unknown said...

Indahnye zaman persekolahan :)

ima said...

sambung lagi r kak zara.
sebab tgh syok2 baca, tiba2 'eh, da abes?'
:)

seven_eleven658 said...

berwajah baru!! layout lari dari tema cinta ya??simple.nice(~_^)

zara fauzee said...

bile da jadi cikgu mesti terfikir kan betape susahnye nk didik orang..
huuu~

Raouf Sora said...

time skola dulu sy slalu btekak ngan mmbr2 psl bola..hehe..ktorg buat pertandingan hafal name player2 Man U...huhu..dan udah semestinya sy yg mnang...hehehe...

fira said...

saya juga 1987, saya belom kawin, SAYA OKE!!

mamafarhan said...

tahun 1987... sekarg dh 24thn... kalu masa akak dulu...24 muda lagi... masih bertarung dgn buku dn sukan di IPT... x perlu di risaukan.. jodoh pertemuan ajal maut semua ALLAH swt dh tentukan... lambat atau pun cepat jer...

(^___^)

Unknown said...

duit banjer 20sen?oke, aku lbh sikit..dapat lar rm1...

time tuh nasik lemak sepinggan 30sen jerk!pastuh air 20sen...belen ayh aku soh simpn dlm tabung..

eh..ptg aku ada skola agama..
kiranya klo ikot logik, xdela byk atau sikit sgt duit banjer aku

rindu ler plak zaman tuh...nek bus seri jaya pown 20sen jerk, tp bus mini mahal sikit 30sen!wah, aku ingt smua!syabas**terus jd gila! -.-"