Showing posts with label Airul Farish. Show all posts
Showing posts with label Airul Farish. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Bila Kamu Kata Kamu Rindu Aku, Aku Hanya Mampu Senyum Sendirian.


Salam.
Bila kamu tiba-tiba kata merindui aku, aku hanya mampu senyum. Senyum sendirian sebab aku sendiri disebabkan aku rasa benda itu sesuatu yang sangat unik. Kerinduan yang kamu gambarkan selepas beberapa ketika menghabiskan masa, buat kenangan itu sesuatu yang sangat berharga. Tetapi, rindu dengan semua itu berbanding rindu kepada aku, adalah sesuatu yang sungguh di luar jangka. Ketawa.

Jahatkah aku ketawa dengan perasaan yang manusia lain rasa? Entahlah. Kebolehan aku mempercayai orang semakin terhakis apabila sering dikhianati. Aku takut, bila kamu kata kamu rindu aku, tapi ada benda lain yang kamu mahu dari aku, mendapatkan balasan atas mungkin kelalaian aku kalau terbuai dengan mainan yang menakutkan seperti yang pernah dialami dulu. Ah, kejikah hati? Tidak.

Aku percaya manusia sekeliling aku. Percaya hingga kadangkala aku sanggup menutup mata aku melihat kebenaran disebabkan asas kepercayaan yang aku pegang. Tetapi ditikam dari belakang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi, hati aku bukanlah sempurna lagi. Pernah dirobek, dikhianati dan dilukai, hati aku rapuh bagaikan serpihan kaca yang sudah calar balar. Tidak sempurna dan tidak menarik langsung.


Sekadar gambar hiasan : Peneman aku selain dari Sean di dalam kamar ini.

Kenangan itu membunuh.
Mimpi itu memburu setiap jejak yang pernah ditinggalkan.
Pautan ukhuwah itu lebih baik dipelihara dengan asas yang lebih sempurna.
Sekurang-kurangnya itu bakal buat semua orang gembira dan menikmati bahagia.
Benar, itu apa yang aku rasa.

Sudah puas mendengar mulut-mulut meminjam lidah iblis menghina aku.
Sudah jelak dengan jelingan mata yang mencemuh.
Sudah tepu dengan apa jua yang orang lemparkan pada aku.
Maka, aku lebih rela mengubat badan lenguh.
Lebih senang mengesat peluh.
Dari membiarkan hati melepuh.

Nota Kaki :
1. Masih menyudahkan proses penandaan kertas.
2. Keadaan kesihatan lebih baik hari ini.
3. Aku kekang perasaan yang membunuh disebabkan aku masih sayang diri sendiri.
4. Benar apa yang aku luahkan pada seorang teman sebelum ini.

Zara : Hatinya masih rumah yang terbaik.

Monday, November 23, 2009

Hanya Mereka Yang Tinggal Sebagai Peneman Di Ranjang Yang Sepi Dalam Kamar Yang Suram : Hati Mewangi

Salam hari Isnin semua.
Maaf jika komen-komen yang diberikan belum sempat dibalas akibat kekurangan kesihatan diri. Bila cuaca merenggut dan mengalirkan air hidung, bila daerah peribadi dijajah sehingga berlaku pertempuran darah, ya, aku hanya insan yang meredhai segala ketetapan setiap purnama.

Tiada lagi Zahrin Hakimi.
Tiada lagi Zahrin Daniel.
Tiada lagi Adam Danish.
Mereka sudah diletakkan di sebuah daerah berbentuk empat persegi.
Biar mereka dikurung didalam tempat yang mempunyai sisi yang serupa.
Panjang, lebar, tinggi yang sama.
Biar.

Ranjang ini pernah sepi.
Kamar ini pernah suram.
Tetapi hati masih mekar mewangi dan tidak akan mati.
Pasti.


Belakang : Pooh, Si Kuning, Robinson
Depan : Rayyan Zarith Hakimi, Kenny, Airul Farish.

Mereka ini tinggal kenangan.


Belakang : Zahrin Daniel, Adam Danish, Kenny , Zahrin Hakimi
Depan : Charlene

Mereka hanya kenangan.
Mereka hanya cebisan memori yang mendamaikan.
Manis, pahit, suka dan duka sudah dilalui bersama.

Daerah empat persegi adalah destinasi terakhir mereka.
Mungkinkah akan pulang ke penghantar mereka?
Mungkin.

Jangan pernah ketuk kepala.
Jangan pernah usap dagu.
Jangan biar cubitan pipi.
Itu menganggu tidur aku yang belum abadi.

Zara : Perjuangan menentang penjajah baru bermula. Bekalan dadah semakin tipis. Pil biru semakin mengempis. Pil kuning membuatkan air hidung berhenti menitis. Tuhan, aku dambakan kesihatan yang terbaik!

Thursday, September 17, 2009

Airul Farish - Matamu Besar Dan Bulat. Lingkaran Panjang Yang Muncul Dari Belakangmu Menambat Hatiku. Pelukan Dan Ciuman Buatmu Sayang!


Abang berpakaian seragam biru-putih-merah tiba lagi hari ini.
Sememangnya dia akan datang setiap hari tapi hari ini dia telah menambah sedikit lagi keriangan dalam hidup aku.

Airul Farish nama diberi.
Janji kepada penghantarnya telah termeterai agar namanya tidak akan berubah. Aku hormati janji itu. Janji seorang adik kepada kakaknya.


*Setelah aku buka pembalut kertas coklat di luarnya*
Nampak sungguh menarik bukan?



Oh, ini kartu yang disisipkan oleh Cik Ian yang baik hati dan comel itu.
Ya, dia pernah datang menemui aku di kampus selatan sewaktu hari konvokesyenku. Sumpah!
Sangat bahagia seperti telah lama mengenali antara satu sama lain.



Ini paparan blog Cik Ian - seorang guru yang telah menukar jam tangannya.
Jutaan terima kasih buatmu kak! Mahu pelukan dan ciuman lagi?
*senyum manis*



Memperkenalkan Ainul Farish buat tatapan semua.
Kelihatan sungguh besar dan bulat matanya.
Oh...dan ekornya yang panjang sungguh comel!



Istimewa buat semua.
Oh, maaf, penulisan kali ini dipenuhi dengan gambar. Sudah lama tidak menulis perkara peribadi seperti ini. *ketawa*

Zara : Sedang berfikir, siapakah yang wajar dipeluk malam ini. Adam Danish atau Airul Farish?