Saturday, March 20, 2010

Cubaan Membunuh Diri Sendiri Sambil Atur Langkah Tari. Kamu Tanya, Aku Jawab Kembali.

Salam semua.
Sudah punya jiwa untuk kembali menulis lagi.
Tadi otak beku seperti tidak bertepi.
Senyum kembali.
Jiwa sudah ceria di sisi.

Disebabkan manusia yang namanya Zara ini mahu berterima kasih pada kalian.
Aku sudah punya halaman peminat di Mukabuku.
Kini aku bergerak setapak membuat BorangSpring Saya (baca : FormSpring Me)
Pada aku, ia sekadar pemudah cara orang bertanya sesuatu pada aku.
Tidak kira siapa kamu.
Aku pasti akan jawab.


Tekan sahaja pautan yang aku letak itu, atau kamu boleh tengok di tepi kanan blog aku.
Pasti akan ketemu.
Nah, sila tinggalkan soalan.
Tidak payah susah kamu buka surat elektronik kamu lagi.
Senyum.

Oh, pada mereka yang tiada telur dan gunung-ganang, kamu boleh tinggalkan juga soalan.
Benci kalau kamu buat rusuhan.
Walau ada jasad yang aku ingin dodoikan.
Kalau kamu keluar seluar dalam, biar aku tolong sunatkan.
Kalau kamu tiada identiti, sila tengok kad pengenalan.
Kalau tiada telur dua biji di bawah atau gunung ganang di dada, aku boleh hantar ke Thailand.
Oh, kamu boleh buat permintaan untuk buat pembedahan.
Ketawa.

Selamat menggunakan ini dengan bijaksana.
Kalau tidak, aku gigit kalian dengan rela.
Senyum mesra.

Zara : Mahu meneruskan tulisan Bab 6. Sementara ini, kamu boleh baca yang terdahulu ya?

9 comments:

Boneka Tak Sakit said...

humm aku aritu komen nak tambah lagi la betol kata2 ko cakap dan megutuk guna anonymous gila munafik!

penakut geram aku pk tb2!!

bagus lah tu ko tulis la tuk diri ko! dan bersyukur lah ada yg suka membaca ye uhuhuh

aku terus terang xberapa layan sgt entry2 ko..

tapi ada satu tu memang aku cukup kagum berpuitis sungguh!

wee~ bye!!

Boneka Tak Sakit said...

humm aku aritu komen nak tambah lagi la betol kata2 ko cakap dan megutuk guna anonymous gila munafik!

penakut geram aku pk tb2!!

bagus lah tu ko tulis la tuk diri ko! dan bersyukur lah ada yg suka membaca ye uhuhuh

aku terus terang xberapa layan sgt entry2 ko..

tapi ada satu tu memang aku cukup kagum berpuitis sungguh!

wee~ bye!!

Ken Wooi said...

i see so many bloggers using formspring these days.. haha.. =)

Adziim said...

Buat pembedahan jantina dekat Singapore. Berkualiti tapi mahal sikit dari Thailand.
Haha~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

macam2 idea kreatif budak nih...ekekekeke :-D

et said...

ape jantina yg xde telur dgn xde gng2 tu? kompius ah.

sharamli said...

gunung ganang?
ala..malu...hak3

NAZ said...

kata kesat kamu buat orang melekik hahahahhaa

Anonymous said...

hahaha!telur dan gunung ganang?