Salam hari Isnin semua.
Apa khabar?
Moga-moga kamu semua sihat hendaknya.
[Pernah menulis mengenai ini di sini]
Malas mahu membebel banyak-banyak hari ini.
Nanti kena buasir Isnin pula.
Dan ya, terima kasih buat mereka yang menyatakan penulisan aku malam tadi sangat emosional.
Sebenarnya belum terlampau emosional pun.
Aku patut menyumpah lebih banyak tapi nasi sudah menjadi bubur.
Tiada yang akan berubah pun.
"Kadang-kadang sarung kaki akan kehilangan satu.
Dah pasti pun yang ia ada di tempat tertentu di dalam rumah tetapi asyik tidak dapat dicarikan sahaja.
Satu sarung kaki sahaja memang tidak dapat dipakai ; tetapi ditinggalkan juga kerana terlupa untuk membuangkannya.
Pada suatu hari yang tidak disangka, boleh pula sarung kaki yang hilang didapati semula di tempat yang telah dilupai.
Keadaan ini jauh lebih menggembirakan daripada masa sarung kaki tersebut dibelikan.
Kerana kegembiraan yang sementara itu, manusia selalunya tidak akan membuangkan satu sarung kaki yang tidak berguna itu.."
*Gambar penghargaan di SINI*
Aku sangat suka pada sarung kaki.
Adakah sarung kaki boleh diibaratkan seperti manusia itu sendiri?
Sarung kaki membawa kegembiraan pada aku.
Perlakuan yang kita lakukan terhadap sarung kaki.
Adakah mampu mengusik tangkai bahagia dalam hati?
*******
Tahniah Syaitan Merah!
Kita menang 2-1 malam tadi.
Boleh ke sekolah dengan hati bernyanyi riang.
Zara : Tatkala hati sedang berusaha untuk belajar erti bahagia, jangan pernah kamu calitkan perkara yang mampu mengundah dosa dan padah. Sebab hati sudah cukup remuk dengan perbuatan manusia durjana.
Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?]
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]
20 comments:
kalau syaitan kalah mesti meradang api kemarahan haha. datang bulan
suka stokin jgk
nasib baik saitan merah tu menang.
hee
hahahahaha..jenuh duk fikir sapelah yang dipanggil syaitan merah tuh..:)
syaitan merah? manchester United? ehehe
stokin 2 sgt comel!aw!zara cne nak buat commnt pop-up mcm ni..xreti la
suka dia erk sebab menang...hee
jaga2 kena ejek ngan anak murid.. =)
cikgu..
pnjam stokin 2..
wakaka..
lawa smcam je..:)
haha.. seronok betul dia Man U menang :)
Kalau stokin hilag mmng menjadi kemarahan la..
padahal diri sndiri yg salah letak..
huu
glory2 setan merah
huhuhu
stokin warna warni pnjang smpai ke lutut cam gmba tue susah nk cri kt kedai
kummentlaa new entri sy
hee~
(^____^)
duduk sini stok stokin makin bertambah..
syaitan merah??? tak baik sokong syaitan merah dowhhh... ish3... buang syaitan. sokong merah jer... hahahahaha
Merah pon menang mlm td;)
tunggu pulak serangan dari si merah durjana hehehehe
cantik stokin yang jari-jari pun dapat sarungkan. nampak unik. :D
elok keje dkt iSox ni
kalau stoking dipakai di tangan...ada budak2 jepun pakai macam tu...sangatlah nampak pelik...keke =D
waahhh!!! zara....cj likes your new banner...tiada lagi kerusi hijaumu...haha!!!
http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/unspoken-tale.html
ok.. syaitan merahh is so not cool..
haha..
Post a Comment