Saturday, March 13, 2010

Bila Cinta Alisia Beralih Arah, Mungkinkah Danish Aryan Bakal Merebut Kasih Sara Liona Walaupun Hakikatnya Dia Mangsa Pencabulan Serakah?


Fragmen Sepi.

Danish Aryan merenung sepi beberapa potret beku masa.
Kejamnya manusia dewasa ini.
Pencabulan sudah tidak mengenal usia.
Ah, apa yang dicabul juga tidak mengenal erti.
Tangan mencapai telefon genggam di hujung katil, pantas menekan nama pertama.
Alisia.

"Alisia, kamu sibuk?"

"Bergantung dengan permintaan kamu. Ada apa doktor?. Tiada isteri mahu diuliti?"

"Kejamnya butir bicara. Kamu lihat titipan di dunia maya sebentar tadi?"

"Ah, mangsa cabul, si Jingga oleh tuannya sendiri?"

"Ya, aku rasa aku sudah jatuh hati dengan dia. Kasihan melihat sekujur tubuh tidak bermaya dicabuli demi suatu hakikat berpanjikan serakah"

"Sebelum mengatur langkah menjilati yang sudah dijamahi dengan rakusnya, kamu harus berfikir sedalamnya Danish. Ini pekerjaan gila. Maruah sedang kamu pertaruhkan kini"

"Aku manusia sepi Alisia. Aku sepi tanpa kehadiran Hawa yang aku mampu dampingi!"

"Justeru, kamu mahu alihkan cinta kamu pada dia, si Jingga bernama Sara Liona?"

"Entah mengapa aku jatuh cinta. Entah bagaimana aku mahu berani mengorak langkah. Dia perlukan bantuan aku Alisia! Dari renungan mata dia, aku boleh baca betapa dia sengsara serta mendambakan seseorang menyelamatkan jiwanya!"

Alisia diam.
Danish Aryan juga diam.
 Alisia fikir Danish Aryan penuh dengan dendam.
Danish Aryan fikir Alisia Rayyan tergamam.
Alisia rasa Danish Aryan geram.
Danish Aryam ketawa mengenangkan Alisia Rayyan yang tembam.
Keheningan menyelubungi malam.

Danish Aryan mahu memiliki cinta sejati.
Nalurinya kuat mahu memiliki.
Sudah penat dia berkejaran dan meniti selama ini.
Cinta sejati harus pulang ke tempat yang lebih baik dan dihargai.
Dia tetap mahu merenung fragmen sepi.

[001.jpg]

Telefon genggam berdering.
Danish capai dan menjawab dengan suara lesu tidak bertepi.
Bibir dia sudah kering.

"Danish, Sara Liona itu berjantina sama dengan kamu!"

"Ada aku kisah dengan semua itu?"

"Aku tahu kamu kecewa dengan kaum Hawa, tetapi ini bukan jalan penyelesaiannya"

"Kalau penulis blog yang aku suka boleh senang menjadi biseksual dan merasai indahnya alam ini bersangga gagah, mengapa aku yang lebih kacak dan mantap ini mahu mengalah?"

"Apa yang buat kamu tegar memilih dia?"

"Gambar terakhir dia bersama tuannya. Kesakitan dia dipaksa buat aku sama-sama terluka! Aku cuma mahukan Sara Liona. Berhenti pujuk aku Alisia. Doakan sahaja agar aku mampu  dan berjaya memiliki dia"

[012.jpg]
Kenangan beku masa terakhir Sara Liona yang disakiti.
Hebatnya manusia - begini juga mampu dilakukan terhadap makhluk yang tidak mengerti.
Adakah kamu tidak mahu bersimpati?

Danish Aryan tidak mahu berpaling lagi.
Cinta agung pada Alisia Rayyan dia simpan dalam hati.
Betapa dia tahu dia bakal mengundang celaka tidak bertepi.
Tidak mengapa, demi manusia sejagat dan cinta hakiki.
Sara Liona mesti dimiliki!

*******

Ini penyertaan yang aku titipkan buat penyertaan dalam blog seorang yang aku kagumi penulisannya. Sejak aku berkecimpung dalam dunia blog, sudah banyak yang aku lihat perjalanan seorang lelaki yang tidak akan mengalah dan mempunyai ilham melimpah ruah. Dia yang aku tegar panggil sebagai Kapten, ini sahaja yang mampu aku coretkan sebagai tanda penghargaan persahabatan kita dalam dunia maya. Doa-doa sahaja ada kesempatan bertemu di lain masa.

Aku sedang menikmati fragmen yang aku cuba lunaskan kini.
Terlihat blog seorang teman yang aku sudah hindari.
Dia masih punya pemikiran ortodoks yang tidak mampu berubah sehingga hari ini.
Biarkan sahaja, itu hak dia atas muka bumi.
Bak kata Si Busuk, orang dalam hutan jangan kita bawa keluar, tinggalkan dia sendiri.
Kerana dia lebih sayangkan hakikat bahawa tempurung itu penyangga diri.

Zara : Masih menunggu Bunga Jiwa yang memerlukan waktu untuk diri sendiri. Tidak, tiada pergaduhan antara kami. Kasih sayang tetap dibajai dan mekar mewangi. Kami lebih mengerti hati kami sendiri. Itu lebih penting dan amat dihargai.

9 comments:

Hizami Li said...

oh alisia.
hehe.

zara said...

lion itu comel~

Adziim said...

Bhahahaha~
Lord Zara mengumpulkan teman untuk menyelamatkan Sara Liona.
Moga berjaya.

hans said...

hahaha
contest ah fatt kan

Anonymous said...

haha
malu plak aku tgk pic last tu

akan dinilai

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

wah ada cameo DSZ dalam Alisia...! :-D hebat2...

i'msosupernotcool said...

nice one..
ahfatt was one hell of a writer rite..
gudluck ok..

Boneka Tak Sakit said...

wei asal ko masuk juga apa laa bangkai je marah yer aku!!

Anonymous said...

masuk contest erk