Showing posts with label Harakiri - Pembunuhan Sekeping Hati. Show all posts
Showing posts with label Harakiri - Pembunuhan Sekeping Hati. Show all posts

Sunday, August 01, 2010

Coklat Lebih Murah Dari Terapi | Sampai Bila Kau Boleh Benci Orang Dan Tahan Dendam?


Coklat.
Hidup ini macam sekotak coklat.
Coklat itu lebih murah daripada terapi dan kita tidak perlu mengadakan temujanji.
Dan aku, bukan mahu bicara tentang coklat.
Tetapi kaitannya dengan sebuah cerita, seorang manusia.


Malam tadi ada seorang kenalan yang tidak sengaja menghubungi aku. Lama juga berbual sedangkan tumpuan aku seharusnya sedang ke arah drama Korea. Tidak mengapa, drama masih boleh diberhentikan seketika, dan kawan seharusnya ditumpukan perhatian. Bukankah itu adat dan adab berkawan?

W : Salahkah aku ada sifat marah?
Aku : Ada batasan, bukan semua perkara boleh kau lampiaskan kemarahan.
W : Teman wanita aku meninggal.
Aku : Meninggal dunia ke meninggalkan kau? Itu dua perkara berbeza.
W : Dia dah meninggal dalam hati aku.
Aku : Oh, jadi teruskan sahaja hidup macam biasa. Bila jadi?
W : Bulan lima hari tu.
Aku : Dah kira lama, jadi apa masalahnya?
W : Aku jadi benci gila pada dia, benci tempat tinggal dia, negeri dia semua.
Aku : Nak buat apa benci?
W : Kau tak faham, bila hilang orang yang kita sayang sangat-sangat, cinta sangat-sangat akan jadi camtu.
Aku : Aku faham, tapi itu bukan jalan keluar dari masalah.
W : Aku tiada masalah.
Aku : Ada. Kau bermasalah sebab kau pesimis.
W : Pesimis?
Aku : Kau tengok dunia dengan pandangan mata yang sempit. Pesimis. Kau rasa hidup kau dah tak bermakna lepas dia tinggalkan kau. 
W : Kau tak pernah lalui. Kau akan cakap yang lelaki senang cari perempuan lain.
Aku : Aku pernah lalui lagi teruk dan kau takkan dengar aku kata lelaki senang cari perempuan lain. Sebab pada aku, lelaki atau perempuan sama. Masing-masing masih manusia, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
W : Habis tu, apa nak buat?
Aku : Teruskan hidup kau. Macam tiada apa yang berlaku.
W : Senang kau cakap.
Aku : Sehari, seminggu, sebulan, setahun - mungkin susah nak lupa. Tapi adakah kau berusaha nak keluarkan diri kau dari kesedihan dan kesengsaraan tu?
W : Aku tak boleh lupa.
Aku : Bukan aku suruh kau lupakan, sebab kalau kita lupakan apa yang kita lalui, kita tidak akan ambil pengajaran atas segala kesilapan yang kita pernah buat.
W : Jadi?
Aku : Aku takkan ambil tahu kenapa kamu boleh berpisah dan sebagainya, sebab itu soal peribadi, tapi aku percaya dengan konsep karma. Walaupun itu mungkin konsep dari budaya lain atau mungkin juga agama lain, unsur itu tetap ada dalam agama kita.
W : Ada ke?
Aku : Pembalasan balik. Aku percaya, kalau kita buat baik dengan orang, ada orang akan buat baik dengan kita. Kalau bukan hari ini, mungkin lain kali atau kalau tak dapat di dunia, mungkin di akhirat. Tapi awas, kalau kau buat jahat, Allah boleh bayar secara tunai di dunia.
W : Aku tak faham.
Aku : Sampai bila kau boleh tahan marah? Tahan dendam? Benda begini tidak akan bawa kau ke mana. 
W : Macam kau tak pernah marah.
Aku : Memang aku pemarah, tapi lama ke? Tak kan? Sebab hati yang penuh marah dan dendam adalah tanah terbaik dan subur untuk syaitan, iblis menaburkan benih-benih perbuatan keji dan celaka. Kau nak?
W : Eh, betul ke?
Aku : Itu apa yang aku pernah baca dahulu. Sebab itu, aku tidak akan simpan marah atau dendam lama-lama. Biarlah orang nak buat apa pada aku sekalipun, aku percaya dengan pembalasan Yang Maha Esa.
W : Terima kasih.
Aku : Takde benda untuk kau cakap terima kasih.
W : Ada. Sebab kau buka mata aku semula.
Aku : Sekadar bercakap menerusi pengalaman. 
W : Adakah kau pernah teruk terluka?
Aku : Cukup untuk aku sedar aku bukan seorang diri di dunia.


Adakah kau perlu melalui kesakitan hanya disebabkan terlalu mengikut kata hati?
Kau tanggung sendirian dan pendam hingga ke dasar marga - boleh bawa mati.
Bukankah lebih baik kalau teruskan perjalanan hidup ini?
Sebab manusia itu masih ada kelemahan tersendiri.
Hidup satu proses pembelajaran kini.
Jangan mudah sebut harakiri.

Zara : Bila kau tebak aku dengan soalan apakah aku pernah bercinta semula selepas gagal kali pertama, aku hanya ketawa sebab kegagalan kali pertama terlampau banyak pengajaran yang aku kutip daripadanya. Proses pembelajaran itu masih aku hadam untuk memastikan hidup ini bukan sia-sia.


Saturday, March 20, 2010

Cubaan Membunuh Diri Sendiri Sambil Atur Langkah Tari. Kamu Tanya, Aku Jawab Kembali.

Salam semua.
Sudah punya jiwa untuk kembali menulis lagi.
Tadi otak beku seperti tidak bertepi.
Senyum kembali.
Jiwa sudah ceria di sisi.

Disebabkan manusia yang namanya Zara ini mahu berterima kasih pada kalian.
Aku sudah punya halaman peminat di Mukabuku.
Kini aku bergerak setapak membuat BorangSpring Saya (baca : FormSpring Me)
Pada aku, ia sekadar pemudah cara orang bertanya sesuatu pada aku.
Tidak kira siapa kamu.
Aku pasti akan jawab.


Tekan sahaja pautan yang aku letak itu, atau kamu boleh tengok di tepi kanan blog aku.
Pasti akan ketemu.
Nah, sila tinggalkan soalan.
Tidak payah susah kamu buka surat elektronik kamu lagi.
Senyum.

Oh, pada mereka yang tiada telur dan gunung-ganang, kamu boleh tinggalkan juga soalan.
Benci kalau kamu buat rusuhan.
Walau ada jasad yang aku ingin dodoikan.
Kalau kamu keluar seluar dalam, biar aku tolong sunatkan.
Kalau kamu tiada identiti, sila tengok kad pengenalan.
Kalau tiada telur dua biji di bawah atau gunung ganang di dada, aku boleh hantar ke Thailand.
Oh, kamu boleh buat permintaan untuk buat pembedahan.
Ketawa.

Selamat menggunakan ini dengan bijaksana.
Kalau tidak, aku gigit kalian dengan rela.
Senyum mesra.

Zara : Mahu meneruskan tulisan Bab 6. Sementara ini, kamu boleh baca yang terdahulu ya?

Bila Kesepian Menggigit Tangkai Hati, Ilham Terbang Menjauh Pergi. Harakiri!


Salam semua.
Hari ini aku kaku dan tidak mampu berfikir seperti seharusnya.
Jiwa aku terbang entah ke mana.
Menghilang dalam lipatan entah di mana punca.


Masih dalam pembikinan, tiada rasa mahu menulis.

Sakit yang sedang memamah diri aku tahan sekuat hati.
Tangan menggigil menekan butang telefon genggam di sebelah kiri.
Paparan aku imbas sekerap mungkin sambil ketap gigi.
Yang Maha Esa, sudahlah, jangan uji aku lagi.
Aku manusia lemah bila diuji.

Tahan diri dari rebah.
Tabahkan air mata jangan tumpah.
Kamu harus kuat Zara, jangan lemah.
Perlahan pujuk diri sambil tarik nafas mendesah.

Ini bukan kali pertama.
Jujurnya harus kuat berdoa.
Moga-moga insan itu selamat di sana.
Moga tiada apa yang terjadi pada dia.
Apa yang terjadi pada diri, adakah dia akan baca?
Entah, duduk diam, tidak mahu fikir, enggan mencerna.

Renung keluar, sejak pagi langit mendung.
Menyanyi perlahan, bersenandung.
Mahu melangkah keluar, tapi takut tersadung.
Duduk di dalam menyambung menung.
Alunan muzik buat kepala berdengung.
Baring atas ranjang, golekkan tabung.

Sambung menulis sambil lihat dada langit.
Otak sakit.
Kepala perit.
Rasa mahu menjerit.

Sudahlah Zara, kamu harus belajar sesuatu.
Berhenti mengharap bila kamu tidak mampu.
Jangan mengejar bila hati sudah jadi sedingin salju.
Otak semakin tepu.
Nafas terbang melepaskan jasad nan satu.
Tinggal semua, selamat hari Sabtu.

Zara : Sumber semangat menghilang, jasad aku semakin kejang. Berlari mencari sinaran yang sirna walaupun laluan nampaknya masih terhalang. Sakitnya aku, ada sesiapa yang datang?

Friday, February 26, 2010

Sejak Bila Zara Menyapu Bersih Anugerah Homoseksual, Biseksual Dalam Arena Penulisan Blog Sejagat? Tiada Istilah Seluar Dalam Basah Di Sini.


Tuan-tuan dan puan-puan.
Sila jangan menceroboh dengan keji Kotak Luahan Cinta aku di tepi kanan blog ini.
Aku akui aku pernah menghalang (baca : banned) alamat Internet Protokol (baca : IP adress) manusia jahanam yang dengan suka hati meninggalkan kata caci nista di situ.
Tapi disebabkan sistem kotak luahan cinta aku itu akan menghalang semua IP yang bermula dengan nombor yang sama, maka ada antara kalian yang tidak dapat meninggalkan pesanan. Jangan khuatir, aku sudah hapuskan penghalang. Maka selepas ini, kalau orang mencarut sekalipun, aku redha sahaja.
Baiknya hati aku.
Ketawa.

Buat golongan sasaran yang entah mengapa cuba membakar aku dengan gigih, aku mohon maaf sekali lagi. Aku bosan dengan drama dunia yang kamu mahu sajikan. Drama yang berskala rendah dan dihasilkan dengan niat untuk mengeji kedudukan aku yang tidak terkenal ini buat aku rasa sengsara.
Sengsara untuk mengawal diri daripada menyumpah kamu wahai pembuang najis yang tidak bertamadun serta tidak bertimbang rasa.

Aku tidak pernah mendiskriminasi orientasi seks orang lain.
Kawan-kawan aku juga ada yang mempunyai orientasi begini.
Tetapi, itu bukan bermakna aku juga begitu.
Jadi, sila hati-hati.
Dengan penggunaan kata-kata kamu menuduh aku begini.
Silap langkah, ada hati yang mati.
Ketawa geli hati.

Cukuplah kamu buat aku ketawa secara menggila.
Kalaulah aku jumpa kamu semua di dunia nyata, aku akan libas kamu secara melintang dan menegak dengan gembira.
Oh, aku juga mungkin akan tinggalkan tanda Z di bahagian belakang kamu agar kamu kekal mengingati betapa indahnya menghina aku yang sukakan seni, pelukan, ciuman dan cinta.
Ketawa.
Nafas tarik tinggi, hela.
Hembus ke bawah, ludah ke tanah, nyata.

Kata carian ke blog aku semakin gila.
Aku memang ketawa berdekah hingga jatuh dari dakapan kekasih bertuala kelabu dalam tab mandi merah.
Kucing kekasih mengiau manja tanda amarah.
Nyata, kalian ini memang bikin aku ceria.

Seluar Dalam Basah.

http://i.ytimg.com/vi/70xKFih59EI/0.jpg
[Bukan kepunyaan aku. Mahu tahu pemiliknya sila tekan sini dengan gembira]

Eh, terlampau banyak penulisan mengenai seluar dalam di blog aku ya?
Mungkin juga.
Tetapi kamu memang buat aku malu.
Hampir kesemua kata carian adalah berasaskan kepada seluar dalam.
Ya, sila pitam.

Buat mereka yang masih bertanya tentang lokasi di mana pertemuan pada 6 Mac 2010 ini akan diadakan, menurut Bapak Gula-Gula, paling lambat, hari Isnin ini akan diberitahu keputusannya. Jadi, kita semua nantikan bersama.
Senyum.

Tiada istilah penulisan hebat.
Tiada istilah saya penulis baru.
Tiada istilah saya tidak punya blog.
Tiada istilah blog saya entah apa-apa.
Kalian semua dijemput hadir tentunya.

Zara : Tatkala ini sedang menyiapkan kertas ujian pertama Perdagangan dan Keusahawan Tingkatan Satu dan Dua, Sains Tingkatan Empat tentunya. Oh, nasib baik Sejarah Tingkatan Satu sudah ada orang lain yang buat. Lega. Boleh aku berkejar menulis untuk projek terbaru aku bersama mereka.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

Tuesday, February 16, 2010

Bunuh Diri - Guna Tangan Kanan Atau Kiri?


Bunuh diri.
Harakiri.
Adalah itu penyelesaian terbaik yang kamu boleh beri?

Ada orang selalu kata hidup ini tidak adil.
Ada juga orang cakap, dunia ini kejam pada mereka.
Ada pula yang kata hidup ini macam palat - seperti sebuah cerita.
Ada yang berbisik, hidup macam dalam neraka.
Celaka.

Tapi, kalau kamu renung kembali, wajarkah menghukum sesuatu dengan hanya kata-kata?
Ukur takdir dengan hanya sebuah cerita?
Dalam duka, lara, sengsara, masih banyak lagi kisah suka, gembira.
Ada sesuatu yang kamu jangan lupa.
Walau sekuat mana kamu jeritkan hidup ini gila, Tuhan itu Maha Kuasa.
Ya, Maha Adil lagi Saksama.

http://www.photoshoppix.com/modules/coppermine/albums/userpics/10004/normal_suicide.jpg

Semalam ada terjumpa dengan seseorang di laman sembang. Entah, cuti kali ini membosankan, makanya selain menulis blog, cubaan masuk ke laman sembang adalah pilihan terakhir. Ada orang yang hendak berbual, maka layankan sahaja. Koma.

Encik.Nota : Hello.
Aku : Hello.
Encik.Nota : Boleh berbual?
Aku : Kalau perbualan yang bersih, boleh sahaja.
Encik.Nota : Lelaki? Perempuan?
Aku : Nama sahaja sudah menunjukkan aku seorang perempuan.
Encik.Nota : Baiklah. Awak, kalau nak bunuh diri, guna tangan kanan atau kiri?
Aku : Eh, apa maksudnya?
Encik.Nota : Saya rancang mahu bunuh diri.
Aku : Kenapa?
Encik.Nota : Sebab saya rasa hidup saya sia-sia.
Aku : Itu sahaja jalan penyelesaiannya?
Encik.Nota : Saya sudah tiada makna untuk hidup lagi.
Aku : Kenapa?
Encik.Nota : Kekasih sudah lari tinggalkan saya. Tinggalkan bebanan hutang pula.
Aku : Itu perkara biasa. Masih banyak perkara dalam hidup. Kenapa perlu mengalah?
Encik.Nota : Saya sangat sayang dia.
Aku : Masih banyak peluang untuk bercinta. Hidup ini indah.
Encik.Nota : Awak bujang?
Aku : Ya, saya.
Encik.Nota : Saya dah berkahwin.
Aku : Dah kahwin? Dah tu, kekasih mana yang lari?
Encik.Nota : Saya rancang mahu jadikan dia isteri kedua. Tapi malangnya dia dah lari dulu, bawa pula duit saya. Dah lama sangat kami bersama.
Aku : Isteri pertama awak tahu?
Encik.Nota : Tidak, saya mampu. Lagipun, dengan kekasih kami pernah hampir ada anak.
Aku : Kalau begitu, saya rasa awak memang patut bunuh diri sahaja. Kalau awak kidal, guna tangan kiri. Kalau tak, guna sahaja tangan kanan. Tergamaknya awak.
Encik.Nota : Saya mampu.
Aku : Kalau begitu, awak juga mampu untuk fikir sama ada perbuatan awak rasional atau tidak. Selamat tinggal. Pintu taubat masih terbuka.

Aku tidak akan berikan komentar tentang sikapnya.
Cuma, betapa singkatnya pemikiran mahu bunuh diri begitu sahaja sedangkan masih banyak peluang untuk memperbaiki diri terbuka. Perlukah kata hidup macam jahanam sedangkan kita yang memilih jalan cerita hidup kita?

Kamu punya upaya dalam cuba mencoretkan jalan cerita hidup kamu.
Jangan biarkan diri terbelenggu dengan sesuatu disebabkan kekurangan ilmu.
Sayu.
Pilu.
Malu.
Aku undur dahulu.

Zara : Sedang cuba membiasakan diri dengan rutin yang baharu. Entah kuat atau tidak menghadapinya, ini jalan yang aku pilih dan harus aku tempuh.



Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati.
Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

Sunday, February 07, 2010

Dunia Sebelah Zahrah Itu Bukan Tempat Cari Publisiti Atau Buat Kontroversi. Itu Dunia Tempat Aku Mahu Berkongsi Hati Yang Pernah Mati. Harakiri!


Selamat hujung minggu semua.
Ini masa untuk membuat dan menyulam sebuah cerita.
Nah, bukan satu kisah gila.
Tapi bilangan ciuman mesra.


Itu halaman peminat Dunia Sebelah Zara.
Tapi aku lebih gemar panggil tempat bertukar-tukar rasa.
Sebab mereka yang bukan dalam senarai sahabat juga aku temui dengan pelbagai gaya.
Nah, semuanya mesra.
Terhibur dengan gelagat kamu semua.

Ah, sebab kalian tidak suka aku menulis cerita duka, aku simpan kedap dalam balang minda.
Ada yang kata aku semakin ego dengan nikmat dunia.
Ada juga surat elektronik yang mengata macam-macam kata nista.
Tapi tidak mengapa.
Aku suka ukir wajah senyum di sebalik hentaman dusta.
Muka kosong - letak warna.
Senyum tampal - lukis wajah ceria.
Nah, sudah indah kanvas sebuah wajah - pemilik Dunia Sebelah Zara.

Rasa mahu bercinta.
Hilang diri di sebalik kaca mata.
Tomahan yang dilempar dibidas dengan tangkas dan bergaya.
Walau kita pernah kongsi rasa, jangan pernah lagi cuba mengata.
Dunia kita sudah berbeza.
Laluan aku, aku yang punya.
Laluan kamu, kamu yang pilih selepas tuturkan sebaris kata.



Jangan pernah tanya kenapa aku suka mata.
Jangan pernah bidas kenapa aku suka berkata-kata.
Jangan pernah pijak sekeping hati yang berasal dari segumpal darah merah menyala.
Jangan cuba melepasi paras bahaya.
Sebab kamu sedang kumpul dosa yang tidak terkira banyaknya.

Jangan sentuh dunia aku lagi.
Kamu dilarang daripada melalui.
Kamu mahu melangkaui?
Dunia aku tempat aku kongsi diri.
Bukan tempat kamu membajai fitnah yang memakan diri.
Kamu tiada tempat di sini.
Sila pinggirkan diri ke tepi.
Harakiri!

Aku cuma mahu duduk diam-diam, kunci mulut tidak mahu berkata.
Lihat lakonan hebat kamu di atas pentas sementara.
Penonton ramai yang mengalirkan air mata.
Atas pembohongan dalam sebuah cerita.
Dusta.

Zara : Salam hujung minggu buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara. Aku sedang mengukir senyuman lebar-lebar. Kalian pula bagaimana?



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?