Sunday, March 28, 2010

Malam Siren : Walaupun Aku Tidak Dapat Hadir, Aku Tetap Muncul Di Layar Skrin - Rasa Artis Sebentar.


Salam hujung minggu semua.
Maaf, aku sedikit kurang bermaya.
Ada pelbagai yang harus ku tempuhi dengan hati duka.
Tetapi tidak mengapa, demi kalian, aku akan kekal ceria.
Senyum mesra.

Ada pelbagai aktiviti yang aku tidak dapat sertai minggu ini.
Ya, masih terkurung di dalam sangkar besi.
Tidak mengapa, aku tabahkan hati.
Keseorangan tanpa sesiapa di sisi.
Senyum, hati basi.

Apa pun, ada kejutan yang aku terima di Mukabuku.
Ya, kejutan manis sampai aku terharu.

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs379.snc3/24257_10150159521115543_885375542_11722857_7655464_n.jpg
Foto penghargaan kepada Mynn Bachok.
Kumpulan Statik sedang membuat persembahan pada Malam Siren (baca : Siren's Nite) yang dianjurkan oleh JOHO pada 26 Mac 2010.

Lihat gambar atas dan bandingkan dengan gambar yang bawah ini.


Oh ya, itu makhluk yang sama.
Manusia beku sedingin salju.

Terima kasih pada Raja Nadia yang menanda gambar tersebut dengan nama aku di Mukabuku.
Kejutan yang sungguh merangsangkan aku bangkit dan buang rasa pilu.
Seharian aku menikmati natijah hati bagai ditusuk sembilu.
Tetapi hanya dengan sekeping gambar, aku kuat seperti pahlawan dahulu.
Senyum sendu.

Aku cuma manusia lemah dan sering terjatuh bila aku gagal dalam buat keputusan.
Sakitnya terhiris walaupun cuma sekelumit kesempatan.
Sepurnama aku mencari erti kebahagiaan.
Rebah dan ranap - hanya itu aku mampu coretkan.
Nah, aku beku tanpa perasaan.
Paksa diri ukir senyuman.

Bila aku menerima makhluk lain jadi penghuni bulatan.
Jangan pernah menikam dari belakang mahupun hadapan.
Waima kamu mahu keluar dari kiri atau kanan.
Sebab kamu tidak kenal erti kepercayaan.
Ya, kamu akan meraung kesakitan.
Dan lebih enak, sendirian.
Tanpa kawan.
Apatah lagi teman.

Semalam, kamu buat aku terpaksa meletak satu noktah.
Kamu buat aku menyerah.
Kamu biarkan aku mengalah.
Hati aku terbina dari segumpal darah.
Seharusnya molekul cecair merah.
Tapi aku hanya mengecap bahana amarah.
Sakit tidak terperi bagai dihinggap barah.
Sudahlah.
Aku mahu muntah.

Kehidupan aku sudah semakin bercelaru. 
Setiap nafas yang aku tarik bagaikan tersekat dengan batu. 
Setiap nafas yang aku hembus bagaikan dicucuk sembilu. 
Kehadiran kamu dalam bulatan kehidupan hodoh aku cuma satu metafora palsu? 
Aku sejujurnya keliru. 
Biarkan aku pergi dan berlalu.
Aku sudah tidak layak menikmati bahagia dengan kamu.
Kerana aku manusia beku.

Zara : Berusaha menyelesaikan Legasi Cinta Alisia Bab 8 sambil mengesat air mata duka. Aku tidak layak menikmati kehidupan ceria.

9 comments:

TMUkmkd said...

owh ko tak datang. patut la aku tengok gambar joho member aku yang pergi ko tak de pun :D

owh aku bukan member joho walaupun kampung ku di johor :p

Hizami Li said...

hoho.
artis!
nak sain...
;D

saya_arief said...

suda jadi selebriti skarang..
leh g red carpet da..

hans said...

wow....femes lagi la ko zara
haih...crop pic aku letak dalam pic tu
nanti diorang wat persembahan aku pun dapat keluar juga
gila aku nih kan??
haha

[z@ck] said...

beb..napa ngn ko?
lelaki belakang kerusi hijau tu robek hati ko ke..??

*cuba untuk berpuitis macam ko*

HEMY said...

wahh~~~ makin popular la nanti..ekekekeke

Unknown said...

semoga anda cepat cair ye.

noorafzan.blogspot.com said...

ada duka dalam suka...
ada air mata dalam ceria..
hidup ini memang takkan nampak indah jika kita tak indahkan sendiri..
so, keep it up k..
zara akan nampak bahagia di hujung jalan =)

Meowwwww said...

Meowwwww