Salam semua.
Hari ini aku kaku dan tidak mampu berfikir seperti seharusnya.
Jiwa aku terbang entah ke mana.
Menghilang dalam lipatan entah di mana punca.
Masih dalam pembikinan, tiada rasa mahu menulis.
Sakit yang sedang memamah diri aku tahan sekuat hati.
Tangan menggigil menekan butang telefon genggam di sebelah kiri.
Paparan aku imbas sekerap mungkin sambil ketap gigi.
Yang Maha Esa, sudahlah, jangan uji aku lagi.
Aku manusia lemah bila diuji.
Tahan diri dari rebah.
Tabahkan air mata jangan tumpah.
Kamu harus kuat Zara, jangan lemah.
Perlahan pujuk diri sambil tarik nafas mendesah.
Ini bukan kali pertama.
Jujurnya harus kuat berdoa.
Moga-moga insan itu selamat di sana.
Moga tiada apa yang terjadi pada dia.
Apa yang terjadi pada diri, adakah dia akan baca?
Entah, duduk diam, tidak mahu fikir, enggan mencerna.
Renung keluar, sejak pagi langit mendung.
Menyanyi perlahan, bersenandung.
Mahu melangkah keluar, tapi takut tersadung.
Duduk di dalam menyambung menung.
Alunan muzik buat kepala berdengung.
Baring atas ranjang, golekkan tabung.
Sambung menulis sambil lihat dada langit.
Otak sakit.
Kepala perit.
Rasa mahu menjerit.
Sudahlah Zara, kamu harus belajar sesuatu.
Berhenti mengharap bila kamu tidak mampu.
Jangan mengejar bila hati sudah jadi sedingin salju.
Otak semakin tepu.
Nafas terbang melepaskan jasad nan satu.
Tinggal semua, selamat hari Sabtu.
Zara : Sumber semangat menghilang, jasad aku semakin kejang. Berlari mencari sinaran yang sirna walaupun laluan nampaknya masih terhalang. Sakitnya aku, ada sesiapa yang datang?
11 comments:
jiwa kacau ye cik zara.
;D
Meowwwww :)
beristighfarlah, jika jiwa kacau..
bermuhasabahlah, jika hati tak keruan..
berdoalah, jika keadaan semakin memudaratkan..
;)
Pergi keluar rumah jalan-jalan. Hadap novel 24jam tak elok juga kan?
Rehatkan minda dulu baru sambung.
sabar byk2 zara..setiap yg blaku ada hikmahnya..hakikat manusia diuji dan terus menerus diuji..be strong n senyum sokmo2! :D
p/s: ouch aku jgk sakit... +__+
tabah la weh..asal ko asyik sedih2 je lately? nak jadi cam aku plak..hurmm...sadis
Meowwwww
Sabar cikgu.. Jangan dipaksa kalau tak mampu
selamat hari sabtu..hehe cool..
zara sejam pun boleh buat 10 lembaran kan zara kan? hahaha!
tabahkan hati!kamu boleh!
Post a Comment