Wednesday, March 17, 2010

Masa Untuk Beradu Di Ranjang Merah Tanpa Mahu Ada Rasa Marah Mengalir Dalam Darah.


Salam semua.
Sedang merangka Bab Enam Legasi Cinta Alisia, ada pula titipan pesanan berkaitan dengan penulisan yang agak sinikal dan kontroversi. Sekali lagi aku ingatkan wahai pengunjung Dunia Sebelah Zara, kalau berani, jangan guna watak Tanpa Nama ( baca : Anonymous) dalam blog aku. Betul-betul buat aku ketawa dengan gelagat kamu. Kasihan aku pada teman yang terpaksa melayan karenah aku mengadu walaupun berlainan benua.

Maaf ya teman?
Terima kasih kerana mengingatkan aku yang kita lebih hebat dari manusia begitu.
Senyuman terukir di wajah.

Kalau kamu betul-betul manusia yang berani,
sila tonjokan diri.



Badan memerlukan rehat.
Aku semakin ranap dan tenat.
Langit malam semakin hitam pekat.
Adakah aku sedang mengejar saat?

Diam.
Ada benda yang dipendam.
Ada yang meromok geram.
Kenyataannya, bukan satu penyelesaian menarik muka masam.
Ketawa meredam.
Mahu lemparkan diri dalam kolam.
Kepala direndam.

Hidup aku, aku yang enak tentukan.
Takdir itu dikuasai Maha Pencipta yang penuh belas kasihan.
Kamu yang tidak pernah mengerti aku tunjukkan jalan.
Keluar dari sini yang mendamaikan.

Zara : Menunggu kalau-kalau ada berita tambahan yang perlu aku terima demi meleraikan sebuah kekusutan hati. Sejujurnya, aku takut dengan fakta menunggu.

17 comments:

Adziim said...

Tanpa nama macam karakter pendekar tanpa nama dalam movie storm raiders.

Bantal golek mini MU itu sangat menggoda.

hans said...

hahaha
aku punya anonymous asyik send laman web lucah dgn judi
ingat aku jahat sangat ker apa

hans said...

eh,aku dah click iklan voting video nuff ko
hahaha

cheryna zamrinor said...

kak sha pon jadi ngantuk bila dok cakap pasal tilam merah nieh...huuhhh...

farhana said...

Comelnya cadar.... =)

pd sy anon ni xcukup brani nak menonjolkan diri..
hnya berani pung pang pung pang di sebalik anon 2..
hemmm

Anonymous said...

Stupid header.Better throw it away. He's even not your bf.Why need to put it up there?

Don't do something that you'll regret later bitch. Just remove it away!

Ariff Shah said...

orang annoying yang annoyed

EISENHOUR said...

nape ni anon.lu ada prob ke ngn cik zara ni..or ada prob ngn header ni..haha..lawak2..mcm budak kecik.
or cik pemilik sarkas tu lu yg punya?
haha...jgn remove zara....comel header tu..

lg org sakit ht..lg aku suka..

sila gelak jht bersama2 aku.hahaha

kalau nk g serang blog wa..sila perkenalkan diri ye?
haha

zulaikha said...

ape la anon ni..

header tu dah cantik da cik zara.. comel lahi.. =)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

*terkasima

Cikgu Nurin said...

nape si loser anon tu marah marah....dia jeles ker ada orang tolong tolong serikan kerusi hijau zara tu....hhmmm..tak pe,kerusi hijau dgn si dia tu cumillll skali...hidup zara....

ninim said...

cantik cadar

Unknown said...

zara, aku mintak maaf. Mungkin anon tu bergurau. entah la...

AeMcSketch said...

kemas r bilik kau...huhu
tp asal patong tu dibaluti donk!
haha kecian gile..

Anonymous said...

tilam kamu buat aku rasa nak tidur dik!

mamai said...

amat seronok jika dapat beradu waktu begini

Azrul Hisham said...

owh...bagi aku bantal golek MU tu..nak peluk jap..hehe