Tuesday, March 23, 2010

Dwen Zaff Dan Brian Zaff - Mereka Itu Inspirasi Perjuangan Bola Keranjang Dari Masa Silam.

Salam semua.
Sudahkah anda membaca Bab 6 Legasi Cinta Alisia?
Kalau belum, silakan menelusuri Aksara.
Malunya aku meminta.
Tetapi aku perlukan kritikan kalian - harapnya yang membina.
Untuk aku lebih berjaya.
Senyum mesra.


Bab 07 Legasi Cinta Alisia dalam pembikinan.

Sorotan ringkas Bab Tujuh.

“Alisia, eu te amo mesmo que você não pode entender isto. Nosso jogo não iniciar, e eu me odeio por isso.”

            “Perdoe-me Brian, o que você quer dizer com isso?”

Ada yang sudah membaca, menitipkan komen buat aku.
Ada juga yang bertanya kalau boleh dibuat promosi tentang itu.
Oh Tuhan, aku sangat terharu.
Sudah tentu.
Kalau sesiapa mahu menulis sorotan Legasi Cinta Alisia di blog masing-masing, aku tunggu.
Senyum lagi ini manusia beku.

Soalan nakal yang aku terima.
Dari mana aku dapatkan nama-nama yang indah dan lawa.
Ketawa.
Oh, itu nama-nama manusia yang dekat dengan jiwa.
Ya, jiwa manusia beku bernama Zara.

Dwen adalah satu nama yang indah sejujurnya.
Aku mengenali seseorang yang mempunyai nama itu dan aku terpesona.
Bukan dalam erti kata cinta.
Tapi dalam hubungan yang lebih istimewa.
Dia satu figura.
Bagaikan adik lelaki dan teman yang mampu berkongsi rasa.
Dan ya, dia wujud sebagai seorang manusia.
Ketinggian dia melangkaui aku yang rendah ini tentunya.
Terima kasih Dwen, kerana beri aku pinjam nama.

Brian adalah seorang ahli sukan yang aku kenali.
Cuba membawa ketokohan dia dengan sewajarnya dalam Legasi Cinta Alisia.
Walaupun begitu, aku tidak terikut-ikut dengan dia sepenuhnya.
Entah bila kali terakhir aku lihat kelibat dia.
Dan makhluk itu juga keturunan campuran, berlainan baka.

Mengapa bola keranjang yang menjadi pilihan?
Ini sukan yang aku gemari selain bola sepak yang dilayan.
Antara permainan yang sering buat aku rasa ketinggalan.
Ya, semuanya disebabkan ketinggian.
Tidak lupa juga saiz badan.
Ketawa meroyan.
Hilaian.

Senyuma terukir mesra di wajah.
Tidak, diri tidak akan ukir wajah amarah.
Aku memberikan yang terbaik dalam menunaikan amanah.
Kalau kamu masih mengecam aku dengan perkara nista, kamu bakal kembali pada tanah.

Zara : Sedang berusaha memberikan yang terbaik di tempat kerja dan juga dalam berkarya. Mengimbangi kedua-duanya buatkan aku lebih mengerti kehidupan aku sepatutnya lebih bermakna daripada menghilangkan diri dari semesta.

Borang Spring Zara
[Bab 01] [Bab 02] [Bab 03] [Bab 04] [Bab 05] [Bab 06]

8 comments:

Tok Rimau said...

Memilih nama kawan2 sebagai watak dalam buku memudah penulis memberi deskripsi dan membayangkan senyum, gerak, perangai etc. utk watak.

Dalam masa yang sama, kawan2 akan terasa dihargai dan membeli novel.

BuDakHutaN said...

wah...aku nak baca ! harap2 line tenet tak prob... ~_^

Anonymous said...

camne nak baca melalui aksara tu

Kujie said...

dah buat preview kt blog... tapi bukan ayat puitis macam zara..hehe

hans said...

hebat ko

izzahazfar said...

salam zara...pertama kali akak baca blog zara buat akak teruja...sudah lama rasanyer akak tak membaca novel sedang itu mmg minat akak dari dulu..

akak link blog u dan juga link blog novel tu...utk tatapan jiwa...

suker sgt!

izzahazfar said...

salam zara...pertama kali akak baca blog zara buat akak teruja...sudah lama rasanyer akak tak membaca novel sedang itu mmg minat akak dari dulu..

akak link blog u dan juga link blog novel tu...utk tatapan jiwa...

suker sgt!

Anonymous said...

sejahtera atas kamu zara. ditarik utk bertanya, cikgu mahir berbahasa asing?

- kak idot