Saturday, February 27, 2010

Mari Bercium Secara Tidak Langsung Dengan Menggunakan Secangkir Kopi Cinta Dan Bibir Yang Basah Menikmati Sisipan Aroma Bahagia.


Badan terlampau penat dengan urusan dunia.
Mujur dapat berehat bersama dengan seorang yang aku cinta.
Ya, dan kami mempunyai jantina yang serupa.
Mahu tuduh aku biseksual, silakan sahaja.
Ketawa.

Duduk bersama dan lihat gelagat manusia.
Perbualan berkisar tentang indahnya cinta.
Ada datuk dan nenek berpegang tangan, minum bersama.
Ada keluarga yang makan semeja ketawa gembira.
Ada pasangan yang saling menyilang kaki dan bergurau senda.
Ada yang duduk seorang diri sambil menyudu gula.

http://www.templates.com/blog/wp-content/uploads/2009/02/2the-love-coffee-by-vanessa.jpg

Dia : Kita minum berdua tidak mengapa?
Aku : Sudahnya, kamu menjemput siapa?
Dia : Entah, mungkin lelaki dewasa yang aku puja. Kamu?
Aku : Mungkin lelaki muda yang aku suka.
Dia : Asalkan bukan pelajar kamu.
Aku : Bukan, walaupun umurnya mungkin sama.
Dia : Kamu memilih berdasarkan nafsu?
Aku : Tidak. Jangan terlalu ambil endah, ini mungkin omongan kosong sahaja.
Dia : Kalau tidak berkhayal manakan datang impian?
Aku : Impian itu sumbernya mimpi.
Dia : Pantas menjawab laksana sudah bersedia.
Aku : Katanya hidup atas bumi yang makin tua.
Dia : (ketawa)

Jari dia pantas mengangkat kopi di hadapan mata.
Menghirup penuh nikmat dadah perangsang kategori kedua.
Aku menoleh dan tertawa.

Dia : Mengapa?
Aku : Muka penuh nikmat.
Dia : Sudah tentu, ini kegemaran.
Aku : Kamu tahu sesuatu?
Dia : Apa dia?
Aku : Orang kata, kalau kita minum dari cawan orang lain, macam kita bercium secara tidak langsung dengan pemilik cawan itu. 
Dia : Benarkah?
Aku : Itu kata orang. Aku sendiri tidak tahu.
Dia : Eh, ini cawan siapa?
Aku : Cawan aku, air aku.
Dia : Jadi kita sudah bercumbu secara tidak langsung?
Aku : Oh, jijiknya aku rasa.
Dia : (Ketawa.)

Menoleh untuk mencoret makna bahagia.
Kami manusia yang biasa-biasa.
Kami simpan kenangan untuk membekukan masa.
Kami takut lihat dunia yang semakin musnah, tanda kiamat bakal menjelma.
Tuhan, kami mahukan kekuatan untuk menghadapinya.

Zara : Sedang dihimpit kesibukan yang tidak terperi lagaknya. Mencari erti kehidupan yang semakin menghilang di saat diri mahu menongkah arus dunia. 

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

14 comments:

EISENHOUR said...

haha..sgt best cara kalian berbicara.lagaknya seperti menulis skrip..haha

acap2405 said...

wahaha..
pasni setiap cawan kat kantin saye beli pastu suh cik kantin gunakan untuk jual air..
ahak ahak..
satu sekola dapat ciuman saya..
T_T

beautiful_rose said...

kedengaran seperti ianya amat menarik.

zool said...

Menarik membacanya walaupun tak mampu nak habiskan..

chah~ said...

wah.. klo cm tu aku slalu bcium ngn kawan2 ku scara x langsung.. hahahha

anith said...

halaa kakak, xminum hot drinks la..~

zahidah dihaz said...

"Orang kata, kalau kita minum dari cawan orang lain, macam kita bercium secara tidak langsung dengan pemilik cawan itu. "

kalau begitu maknanya aku telah bercium dengan ramai orang....

masa masih menjadi KADET PALAPES kami sering berkongsi cawan untuk minum....

hisham said...

salam cikgu...kalo cmtu nk minum air lebih cikgu la...hahaha

wanita mutalib said...

rindunya pada kawan-kawan lepas baca entri kamu sayang.. :(

Wawan Saini said...

salam ckgu zara..
wakaka.
entri ni best,,
maka..
selalulah berkongsi cwan.
ciuman percuma lah kan.

p/s : mhon izn nk link blog ckgu yea.:)

Diana Ishak said...

tak perlu aku mencarikkan Dr Muz. Cukuplah sekadar cawannya yang belum dibasuh. Ohhhhhh.

Hazirah Barakbah said...

patutlah kalau dikongsi cawan sesama rakan maka hubungan terjalin makin rapat. berlaku percumbuan secara tak sengaja rupanya :)

Anonymous said...

cumbuan tidak sengaja!kalo botol air pon macam tu..hehhee

Halle Calypso said...

ah.. this is too sexy..
bila baca teringat zaman sekolah menengah n kongsi air dgn crush dulu.

he mentioned about this too.hahaha