Semakin lama, pelajaran semakin memeningkan payahnya buat aku.
Tetapi tetap gembira dan suka dalam menyampaikan ilmu yang sehingga jam dua pagi aku masih setia menelaah.
Ah, katanya latar belakang juga berbeza.
Orang kimia mengajar pecahan bahagian biologi dalam sains teras, harus sahaja agak kaku.
Tapi, alhamdulillah, yang penting adalah pedagogi itu sendiri.
Cara menambat pelajar di atas kerusi mereka.
Ya, kelas Sains sekarang sudah melangkah lebih jauh daripada sekadar neurons.
Memang pelajar agak mengantuk, aku faham.
Tapi, harus sahaja buat mereka gembira dan kekal bersemangat.
[Apalah nasib sekeping gambar yang tidak menarik ini bagi mereka : SINI]
Takkan mahu menggodak kepala mereka dan tunjukkan di mana neuron bukan?
Ketawa.
Tapi bila kena dengan cara mengajarnya, alhamdulillah, mereka makin kuat berusaha.
Cara yang mudah - pelajar ini sangat suka melukis, maka, berikan mereka ruang melukis setiap neurons yang mereka suka.
Kelas yang aku pegang dari awal tahun ini hanya punya dua anak gadis dan lima belas anak teruna.
Makanya, yang mendominasi kelas adalah lelaki belaka.
Susah juga bila asyik menerjah aku dengan soalan apakah nombor telefon.
Pelajar : Cikgu, saya nak tanya satu soalan.
Aku : Apa dia?
Pelajar : Berapa nombor telefon cikgu?
Aku : tak boleh beri.
Pelajar : Kenapa?
Aku : Nanti kamu jual pada siapa sahaja kang.
Pelajar : Nak simpan cikgu, senang nak tanya soalan.
Aku : Ceh, tak payah le.
Ketawa berderai di dalam kelas.
Ada yang angkat-angkat kening.
Masih cuba meminta dengan pelbagai gaya.
Pelajar : Cikgu, nak tanya soalan lagi.
Aku : Apa lagi?
Pelajar : (sambil angkat buku) Bila kita nak belajar yang ini?
Aku : Huh, kalau bahagian itu, cepat je nak belajar.
Pelajar : Kami kan pelajar yang baik cikgu.
Aku : Ya, baik lah sangat. Amin.
Pelajar : Amin, moga makbul doa cikgu itu.
[Ini bukan gambar lucah - Penghargaan SINI]
Salah satu bahagian dalam bab dua.
Endocrine glands.
Ya, mereka amat ternanti-nanti bahagian ini.
Teruja gila.
Aku suruh lukis bahagian lain, di muka surat lain, halaman buku sudah berada di sini.
Pening kepala.
Hari ini masuk ke kelas baru.
Kali ini lebih ramai perempuan dari lelakinya.
Moga keadaan tidak sama.
Susah juga kalau semua sekali teruja.
Senyum.
Zara : Hari yang padat bakal bermula.
11 comments:
ini entry lucahhh
heheheee
dlu suke bio
tp xbuat medic
anak murid suka mintak no phone cikgu..
bahagian nie tak payah belajar pun tak apa semua dah pandai
hahhhh ini lah yang kita cari hahaha
dulu masa kat sekolah...part gini paling suka...heheheheeh
seronok jd cekgu :)
haha..
sib baik tak masuk kelas bio..
klau tak..
susah cikgu nak mengajar kang..
sy rindu bioo..:)
hahaha
xcited tak tentu pasal
memang kak.
dulu masa syarifah sekolah pon macam tu gak. nak nak lagi budak lelaki. memang tak sabar. kita perempuan yang naik malu.
naik tingkatan empat belajar reproduction, lagi la budak-budak lelaki tu suka. haha~
this is knowledge..
Post a Comment