Ciuman ke enam ratus.
Setelah lebih setahun, baru masuk enam ratus.
Aku baru pulang dari angkasa.
Ya, angkasa memang sejuk dan aku peserta termuda.
Aku dapat jawapan yang aku perlu semalam.
Terima kasih buat budak kejam itu.
Ketawa.
Aku dalam taklimat, saling bertukar-tukar pesanan ringkas.
Ah, kalau namanya Zara, sudah tentu sukar rasa puas.
Ada masa lima minit rehat sebelum sesi seterusnya bermula.
Bawa telefon genggam keluar.
Ramai pula pakcik-pakcik yang bergetanyang.
Geram.
Pergi hadapan tandas.
Aku : Hello.
Budak Kejam : Hello...Hello...Hello.
Aku : Hello, tak dengar ke?
Budak Kejam : Engkau kat mana ni?
Aku : Tandas.
Budak Kejam : Tolonglah keluar, suara engkau bergema.
Aku : Aku depan tandas, bergema lagi ke?
Budak Kejam : Bolehlah.
Aku : Apa cerita?
Budak Kejam : (Cerita...Cerita...Cerita) Eh, aku rasa aku bukan cakap dengan Zara.
Aku : Kenapa pula?
Budak Kejam : Suara kau ganas gila. Kasar, garau macam lelaki.
Aku : (Ketawa) Suara aku memang macam ini.
Budak Kejam : (Ketawa) Tak padan langsung dengan imej.
Aku : Aku rasa kacak. (Ketawa)
Budak Kejam, terima kasih kerana mewarnai hari aku.
Sekurang-kurangnya aku punya muka tidak murung terperangkap di angkasa dengan orang-orang tua. Ya, mereka semua orang tua dan aku sahaja yang muda. Rasa diri macam di awang-awangan sahaja.
Sejuk melanda.
Kepala melayang-layang.
Terbang.
Hilang.
Yang penting, lepas tengok poster, teruskan mengundi di sini dan sini. Sila undi setiap hari.
Zara : Sangat penat. Kepala berat. Benci mahu menulis petang ini disebabkan emosi tercalar.
Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi dan cinta. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati. Yang penting, teruskan mengundi di sini dan sini.
13 comments:
boooooooooooo~
hahahaah,dahle call aku kat tandas..busuk betul ko ni eh..kah kah kah..
rilek2..chill...takyah pk sgt apa yg jadi..
btw,kalau malam2 ko call ni,aku yg mengantuk ley terjaga..garau siot!
kah kah kah kah....
sorry dah lama tak singgah sini~
sihat?
sy penah dgr suara dyeee ! ;D
wahhhh..kagum lah ngn zara..berani masuk ni :)
Angkasa kekurangan peserta muda cantik?
haha suara lambang keunggulan
he..23x bro ok je dari dulu sampai la nie dikelilingi oleh org tua...
jnji pandai bawak diri la ek
BroFramestone Blog
seksi apa suara ko...haha!
si faryn ke?
camane suara kak Z ni eh..hehe
suara yg garau itu seksi !! hehe.. ;)
undi cepat!
Post a Comment