Sunday, February 28, 2010

Ledakan Tekstual Bukan Seksual: Blog Bukan Sekadar Suatu Penulisan - Ia Perkongsian Hati, Sayang Dan Cinta Dengan Semua. Apa Mimpi Dan Impian Kamu?


Ada orang tanya aku, bagaimana aku masih boleh bertahan untuk menulis walaupun ramai yang masuk untuk mengutuk dan menghina di ruangan-ruangan yang aku sediakan.
Jawapan aku mudah sahaja.
Aku menulis daripada hati aku sendiri dan mereka tidak punya hak untuk membuat keputusan apa yang hati aku perlu luahkan. Jari akan terus menari gemalai di atas papan kekunci Sean, meluahkan apa yang tersurat dan tersirat dalam dunia aku yang hanya tinggal sebelah.

Aku menyukai seni.
Seni aku tidak terbatas dalam ruang lingkup orang yang terbatas pemikirannya.
Kalau aku kata kimia itu seni, maka itu apa yang aku rasa.
Kalau aku kata kopi itu suatu hasil seni, maka itu yang aku dambakan saat itu.

http://s3.amazonaws.com/readers/2008/11/06/monkey_1.jpg

Semua orang punya mimpi dan impian.
Ya, semua orang.
Begitu juga aku.

Sedar dengan kekurangan diri yang pernah dikatakan hati batu, aku mula merasakan betapa kasih sayang adalah pengikat hati-hati manusia. Cinta bukan sekadar omongan kosong yang tiada makna tetapi kasih sayang yang bertaut adalah suatu rasa.

Bila menulis di Dunia Sebelah Zara, aku rasakan cinta dalam hati mula wujud kembali.
Walaupun tidak bersandarkan pada makhluk yang berjantina lelaki, cinta itu sentiasa mekar mewangi dengan kehadiran kamu semua di sini. Ya, kamu layan aku seperti seorang manusia biasa yang tidak punya apa-apa. Di sini, orang tidak menilai aku berdasarkan rupa dan taraf akademik semata-mata.
Senyum.
Lumrah dunia.

Aku pasang impian.
Tetapi adakah impian aku akan jadi kenyataan?
Mungkin, ia sekadar igauan.
Tetapi tidak mustahil untuk dizahirkan.

Apa impian kamu semua?
Sudahkah ia sempurna?
Sudah mula bertatih atau baru sahaja bermula?
Mari kongsikan rasa hati bersama.

Zara : Salam hujung minggu semua. Maklumat lanjut mengenai perhimpunan penulis blog boleh dibaca di sini. Mungkin akan aku letakkan di tepi blog sebentar lagi. Peluk cium untuk kamu semua.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

20 comments:

beautiful_rose said...

sama seperti aku
blog tmpt utk aku meluah rsa
berbicara dengan hati bagaikn tiada org y mendengar.

Adziim said...

Blog ini adalah cinta Zara, takkan Zara begitu mudah berhenti dari menyintainya.

Kutukan itu sekadar ujian yang menguji cinta Zara pada blognya.

Ternyata Zara menang kerana hati Zara ikhlas meluahkan segala seni di blog ini.
Dan aku salah seorang dari ribuan peminat Zara yang akan sentiasa menyokong walau apapun impian Zara.

Husna Hadzarami said...

yup setuju!
for me blog ni macam virtual diary la, kita tulis apa sahaja and kita betul2 menjadi diri sendiri kat sini.
keep it up zara! :)

deq noor said...

First time nak start tulis blog takde rase ape2 tapi bile lame2 baru terasa hati ini begitu ikhlas dalam penulisan & betapa menghargai setiap penulisan ini. saya sayang blog saya!!! ;)

L said...

Babe!

Go go go!

will always support u sweety!

Hugs~

Anonymous said...

Cara lari dari masalah hidup?

Perempuan bermasalah kamu ni!

Anonymous said...

Nice coffee cup!

Heart it so much!!

Lily said...

Oh, sorry.
I didnt wrote my name.

the 2nd Anonymous is me.

Call me - Lily!

Nice blog Zara!

ape2 jer said...

bertatih tp masih terjatuh2 hingga terluka :)

vidadarisakura said...

zara.
persetankan mereka.
mereka yang bermasalah.
biasalah. hati penjeles kan sentiasa hitam.

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

gile la kental ko zara,masih bujang kah?haha*sambil flush tandas*

[z@ck] said...

tulis blog bukan untuk kejar populariti murahan..

zara said...

cikgu.. biarkan la org lain kata apa kan.. za pun ada masalah sama cikgu.. ada je org nk ngomen pasal blog za.. apala, sukati la kan nak tulis apa kan.. aih manusia tak penah nak puas hati kan cikgu?

Wawan Saini said...

persetankan apa saja mulut manusia nk bercakap apa..
smmngnya dah sifat smulajadi sang manusia yang xkan pernah puas.
dan ada saje bnda yg mereka pasti xberkenan bila tgk orng lain lebeyh.
blog nie dah mcam sahabat kita..
kita luahkan segalanya disini..
samada orng nk baca atau x.
itu hak msing2.
yang pntng kita puas.
kita menulis, berkarya dan berpentas bukan beerti kita lapas nama atau glamour.
tapi sebaliknya.
ia da sebati dalam hati kita.
dan jadi tuntunan nurani
teruskan menulis cikgu..
kongsi dengan kami sang pembaca setia..:)O

Rara said...

blog itu bagaikan seseorang yang ingin mendengar celoteh kita setiap masa.tak penah pun failed untuk tidak mendengar. =)
wah lawa kak banner blog baru!

joegrimjow said...

impian untuk menjadikan badan... ;-)

i'msosupernotcool said...

blog is just a blog..
no?

Anonymous said...

aku setuju...

Anonymous said...

Nice dispatch and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.