23 Februari 2001
Jauh pergi meninggalkan dimensi dunia nyata.
Cinta yang disemai, kasih sayang yang dibina bukan satu lakonan dunia.
Betapa hati yang suci terhadap ikatan yang dihormati dalam mebina semua keluarga.
Hari ini kita terpisah juga.
Terpisah dengan satu sebab dan takdir ketentuanNya.
Selamat tinggal cinta.
Mohon agar tiga perkara itu sentiasa dihulurkan bagi memastikan merasa bahagia.
Melihat gerak mata.
Bahasa tubuh sudah dapat diterka.
Menanggung rindu pada kekasih, cinta hati yang dipuja.
Benih-benih cinta besar dan menjadi semuanya.
Syukur pada Yang Maha Esa.
Ini berkat pernah bersama.
Rindunya.
Soalan bila dapat bersama hanya berlegar di minda.
Kalau sudah tiba masa, hanya perlu redha.
Sehingga saat itu, hanya perlu bersedia.
Sentiasa.
23 Februari 2007.
Generasi kedua sedang enak mengatur langkah pulang dari kuliah.
Deringan telefon genggam memutuskan bual bicara bersama teman.
Talian dijawab dan dirinya hampir rebah.
Tuhan, adakah ini suratan dan ketentuan?
Cinta bersatu setelah enam tahun terpisah?
Air mata jatuh berderaian.
Ini saat untuk pulang dan menjadi saksi atas segalanya, hati mendesah.
Teman ditinggalkan.
Berlari pergi walaupun nafas berposah.
Pulang ke sana.
Pulang untuk melihat dia yang bakal bersatu dengan kekasihnya.
Teman, isteri, dan sahabat paling setia.
Berpuluh tahun mengikat janji setia dan terpisah, kini bakal bersatu kembali melangkaui dunia.
Enam tahun jarak pemisah bukan tanda.
Seperti berjanji pula.
Sayangnya, penyatuan itu mendambakan lebih dari sekadar air mata.
23 Februari 2010.
Cinta sudah bertaut lebih kembali tiga tahun usianya.
Betapa generasi pertama, kedua dan ketiga merindui kelibat mereka.
Tidak, kami tidak meratap kehilangan keduanya.
Kami redha.
Itu suratan dan takdir yang sudah lama terukir di atas sana.
Terima kasih kerana meminjamkan kami erti mendalam sebuah cinta.
Buat kami mengenali siapa dan dari mana asalnya keturunan terpelihara.
Senyum terukir di wajah.
Doa dikirim buat mereka berdua.
Moga mereka berdua tenang di sana.
Moga kesudahannya menjanjikan bahagia.
Sehingga ke dalam syurga.
***Dalam kenangan***
Ayahanda dan bonda kepada ketua keluarga.
Bonda ketua keluarga - 23 Februari 2001
Ayahanda ketua keluarga - 23 Februari 2007.
Doa hanya mampu dititipkan buat mereka.
Moga sentiasa terpelihara.
Selamanya.
Al-Fatihah buat mereka berdua.
Zara : Bakal meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun dijajah bulan merah. Sakit harus ditahan. Diri harus kental sentiasa. Ceria. Harus kuat demi sebuah cinta. Cinta kepada negara.
Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]
16 comments:
al fatihah.
Al-fatihah...
perjanjian yg di buat denagn yang Esa. tiada siapa dpt memungkirinya. bersatu di alam dunia moga terus kekal d alam akhirat sana.
Khaizarien @ atie Blog
al-fatihah...
setiap yang hidup pasti mati...
kau kena kuat ye... Tuhan lebih sayang kan mereka
_aku tergamam_
al fatihah .
bnyak2 brsabar ye.
al - fatihah
yang pergi sudah tahu ke mana penghujungnya
kita yang belum pasti
semoga dijemput dalam ketenangan
la, ada orang mati ke?
aku ingat ko jenis manusia takde hati.
wahai sahabat,
sungguh kamu teman bicara yg dah lama tak ku temu...
kita rapat kerna jiwa kita seirama...
tp tak ku tahu kisah keluarga mu..
Sangat sedey bila kehilangan org yg trsayang... Tak dapat ku gambarkan...
Melainkan kau lebey tahu perasaan mu ketika ini...
Aku doakan kau terus kuat & cekal wahai sahabat... Semoga kekuatan kau menjadi sumber kekuatan ku...
take care..
*huggsss & kisses*
-fecca-
nenek dan datuk kamu ya zara..
al-fatihah..
Terputus semua perkara apabila matinya anak adam melainkan tiga perkara :
1- Anak yang soleh (baik)
2- Sedekah jariah
3- Ilmu yang diajarkan.
Amal kamu yang baik, mereka ada saham. InsyaAllah mereka berehat-rehat di alam sana.
Al-Fatihah buat mereka.
sedihlah pulak..
Al-fatihah buat mereka..smoga roh dicucuri rahmat..aminn
Al Fatihah. stay strong zara :)
arini my last day berentry~
aku akan ilang tuk jangka masa yg lama~
ko jaga diri~
tankiu sgt2~
rindu kat ko nti~
setiap benda idup akan mengalami kematian..
huhu..
macam atuk dan opah saya dulu arr..
meniggal pada tahun yang lain..
tapi hari dan bulan hampir sama..
:(
semoga mereka tenang di barzakh...
dan dijanjikan syurga di alam sana...amin.......tabahkan hatimu Zara...
ketentuan yang sudah tertulis di atas sana...bersabar ya Zara =[
Post a Comment