Sains Teras Tingkatan Empat.
Secara jujurnya tajuk-tajuk awal memang membunuh aku dalam diam.
Macam barah otak.
Tajuk-tajuk depan hanya ada uji kaji yang sungguh menyedihkan pada aku.
Oh, jangan salah faham.
Aku orang kimia - aku sudah biasa dengan larutan-larutan yang berkepekatan tinggi, dengan pelbagai jenis asid, alkali dan sebagainya. Tapi di tajuk-tajuk awal ini memang banyak yang berkaitan dengan biologi.
Nah, itu memang sukar buat pelajar yang sentiasa tidak boleh duduk diam.
Pelajar : Cikgu, bila nak buat uji kaji (baca : eksperimen).
Aku : Kan dah buat hari itu?
Pelajar : Yang ketuk lutut, pastu terangkat tu ke cikgu?
Aku : Ya lah.
Pelajar : Ala cikgu, yang lainlah. Yang tu mana seronok.
Aku : Bila kita masuk tajuk lain, kita buat uji kaji lagi. Kalau sekarang ini tidak boleh.
Pelajar : Kenapa cikgu?
Aku : Kan kita sedang belajar tentang neuron, saraf-saraf, impuls, sistem badan. Kalau awak nak buat uji kaji sangat, saya bedah awak dalam makmal. Nanti kita boleh tengok betul tak saraf awak ada di belakang tulang belakang. Mesti hebat kan?
Pelajar : (Ketawa) Dah macam dalam televisyen pula nak main bedah-bedah.
Aku : Jadi, sabar sedikit. Bila kita masuk yang berkaitan Fizik atau Kimia, kita boleh buat uji kaji.
[Ada sinar keganasan kah dalam air muka aku?]
Alangkah anak-anak itu sudah bosan dengan kelas yang tidak boleh buat uji kaji, apatah lagi aku?
Tapi tidak mengapa, ada cara lain untuk menambat hati mereka.
Ketawa.
Rahsia.
Petang ini bakal membakar wajah dan kulit yang terdedah sekali lagi.
Oh, aku hanya pohon awan tebal.
Litup sinaran matahari yang sentiasa mahu kelihatan gagah.
Mungkin aku patut biarkan budak perasan macam Wali Band menyanyi dalam kelas.
Hujan yang lebat disertai ribut petir dan kilat sabung menyabung mungkin muncul.
Ketawa.
Keji.
Zara : Tengah hari ada mesyuarat guru-guru tingkatan. Petang ada latihan rumah sukan. Tahniah Zara. Anda telah memasuki fasa jam sembilan malam sudah tersembam di atas ranjang - dunia kelam. Ketawa. Regangkan badan.
Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di
15 comments:
cikgu yg sempoi...huhu..
x suka bio wakaka
wahahahahaha~
shariff bukan ngajar kimia je kew?
huhuhuhuhu~
rindu Cikgu Aluddin!!
((betul kew nama sebenar dia cmneh?? dh lupe!! huahuahuahua...))
i LOVE fizik!!!
hurraaYyyy!!
=)
seperti dapat membaca taktik cikgu haha
ketawa saya. hehehe
zara best tak jadi cikgu...
tringat sumi zaman skolah dulu2.. ^^
suka tyme wat uji kaji mcm main masak2 pun ade rsnye
bestnya dpt buat uji kaji..masa sekolah tak merasa sgt buat uji kaji sbb selalu ponteng kelas..hehe..buleh ke mcm tu?
p/s: suka cikgu sains rumah tangga kot
hahaha...
sib baik tak belaja bio..
ari tuh just buat ujikaji larutan aper tah kat kelas kimia..
hahaha
sonang je jawapan nya ha..
hari buat eksprimen laa bulih ngulor..
cekgu2 apa tau?
wohoo!!!! bedah jangan tak bedah.....
memang kalau asyik duk belajar theori ja...xda praktikal....xda eksperimen...sgt bosan jadinya....
wargh...
sedih siot aku bru lpas spm..rindu giler ngan cikgu bio!
Hehehe... memacam peel erk dorang nie?
Post a Comment