Showing posts with label Olahraga. Show all posts
Showing posts with label Olahraga. Show all posts

Tuesday, March 02, 2010

Legasi Cinta Alisia - Gadis Muda Itu Mungkin Gilakan Kek Cawan.


Ada yang sudah risik-risik pada aku karya Legasi Cinta Alisia.
Ada yang bertanya adakah ia bakal dibukukan.
Aku hanya tertawa.
Esok bila dilancarkan, kalian baca dan nilai sendiri.
Sudah aku letakkan prolog buat kalian, untung-untung ada yang sudi membaca.
Senyum.
Mesra.


Bagi pembaca setia Dunia Sebelah Zara, kalian mungkin sudah tahu kegilaan aku memberikan nama pada benda yang aku suka. Adam Danish, Rayyan Zarith Hakimi, Sean, Kenny dan Charlene pada beruang-beruang kesayangan aku. Maka, bila aku muncul dengan nama seperti Alisia, mereka mula tertanya, ini kali pertama aku muncul dengan nama wanita.
Senyum lagi.
Gigit jari.

Kalian lupa aku seorang wanita muda?
Eh, namaku kan Zara?
Ketawa.

Alisia adalah diilhamkan daripada nama seseorang yang menjadi bayang-bayang kepada naluri yang sentiasa memberontak dan ingin melindungi. Malahan, dengan nama Alisia, dia mampu memakai topeng dalam merasai cinta sebagaimana manusia yang lain, di tempat yang selayaknya. Pedih dan sakit, dia hanya laluinya sendirian. Tidak mahu kenal istilah kecewa, dia menghirup udara bahagia. Itulah Alisia. Watak utama dalam Legasi Cinta Alisia.

Oh, aku masih di padang sehingga ke petang.
Hari sukan awal memang memeritkan.
Suara aku sudah melangkaui batas pendengaran manusia sekeliling, ketawa.
Entah berapa tinggi desibel sudah aku launkan, entah, aku lupa.
Petang ini bakal memperlihatkan sisi terbaik aku seperti selalunya.
Eh, maksud aku dalam arena sukan.
Tidak sangka mampu menggoda seseorang itu untuk berlari dan menang pula.
Ketawa.
Oh, ini bukan taktik keji.


Kalaulah ada orang hadiahkan aku sesuatu yang indah sepert ini, memang sudah aku berikan satu pelukan.
Oh, cantiknya mimpi, memasang impian.

Zara : Kepenatan tetapi akan cuba bertahan sehingga ke petang. Pakai topi koboi dan biarkan muka tanpa secalit solekan. Eh, ke padang tidak perlu guna alatan kecuali aku maskot sukan. Ketawa kegirangan. Hidup Laksamana! Hidup rumah Merah! (Terasa diri seperti Sir Alex Ferguson pula)

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

Thursday, February 25, 2010

Zara, Kamu Kelihatan Bodoh Dan Hodoh Bila Menyarung Kasut Sukan Dengan Berbaju Kurung. Sangat Hodoh! - Ahli Sihir, Aku Sedang Berkabung!


Pertama sekali, sila maafkan aku kalau kamu jumpa perkataan kesat dalam penulisan kali ini.
Ya, aku menulis dengan membiarkan emosi menguasai dan sumpah, disebabkan aku keletihan akibat perjalanan semalam serta kurang tidur, jangan ambil mudah disebabkan aku muda.

Pagi ini ada acara sukantara yang tidak sempat dihabiskan dua minggu lepas. Hanya ada satu acara dan dua kategori sahaja. Aku datang ke sekolah dengan semangat yang waja walaupun harus diakui yang aku kekurangan tidur serta terlalu penat untuk memulakan kerja. Tidak mengapa, demi anak bangsa, manusia yang bernama Zara ini harus tabah.

Aku tahu juga hari ini ada sukantara cuma sebagai ketua rumah pasukan merah serta bertugas sebagai pengelola peserta, aku rasa aku tidak perlu menukar pakaian hari ini. Selalu, aku manusia pertama yang akan tercacak di hadapan perhimpunan pelajar untuk acara sukan. Cuma hari ini sahaja, dan aku sedang berkabung.Tidak percaya? Lihat pakaian aku.



Tapi macam biasa, aku hanya suka diri aku sahaja.
Kalau aku suka dengan gaya aku, kamu bukan di tempat yang setepatnya untuk menghina sesuka hati.
Dan hari ini, ahli sihir sudah melampaui batas yang tidak sepatutnya.

Ahli sihir : Eh, kenapa pakai baju kurung dan kasut sukan?
Aku : Hari ini saya tak tukar baju. Jadi pengelola sahaja.
Ahli sihir : Eh, budak-budak tengok sahaja kau pakai kasut sukan dengan baju kurung.
Aku : Biarlah, bukan salah apa pun.
Ahli sihir : Nampak bodoh je.
Aku : Saya biasa pakai macam ini di universiti. Tiada apa yang aneh pun.
Ahli sihir : Hodoh sahaja. Mana ada orang pakai macam ini?
Aku : (mula menyumpah dalam hati) Ada kak. Ramai sahaja orang pakai macam ini. 
Ahli sihir : Yang penting, nampak hodoh sangat.
Aku : Ada saya peduli? Takkan saya nak pakai kasut tinggi dan berjalan atas padang? Saya bukan orang macam itu.
Ahli sihir : Ye lah, nampak bodoh pakai macam ini (sambil tunjuk aku).

Oh Tuhan!
Sila berikan aku kekuatan dari terajang muka manusia durjana itu.
Berikan aku ketabahan agar aku tidak menempelak di muka dia.
Bantu aku Ya Allah.
Aku sedang membajai kesabaran dalam hati.

Ahli sihir, kamu bukan di posisi yang sesuai untuk mengata aku.
Kamu laungkan pada pelajar untuk menutup aurat ketika bersukan, tapi pada masa yang sama kamu pakai baju lengan pendek.
Kamu jeritkan pada aku tidak boleh memakai baju warna selain putih ketika mengajar pendidikan jasmani, tapi kamu pakai baju warna warni.
Kamu mengata aku kelihatan hodoh, tidak mengapa.
Cuma aku mahu kamu berdiri dahulu di depan cermin sebelum mengata aku dengan lantang.
Lihat ahli sihir.
Adakah cermin akan pecah?
Aku tidak peduli.


Kasut sukan aku yang tidak bersalah.

Kenapa masih ada manusia begini dalam dunia ini?
Tiada sekelumit ucapan simpati bila aku kehilangan.
Tidak mengapa.
Tapi perlukah malukan aku di hadapan rakan sekerja?
Sila pergi dengan kata-kata kamu.
Itu mengganggu.
Berbulu.

Zara : Doakan aku sabar. Doakan aku mampu tersenyum sentiasa.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]

Monday, February 08, 2010

Cikgu Pelik Terbaik - Kenyataan Kontroversi : Mungkin Bujang Sampai Mati - Digunakan Sebagai Ayat Memancing Undi Oleh Budak Bebuli.


Malam tadi ada misi yang gila-gila punya terbaik.
Terima kasih pada rakan-rakan yang berada di atas talian demi menyokong permintaan aku untuk dapatkan salji daripada seorang penulis blog yang sedang berada di Rusia. Ya, kita akan tuntut pada dia kalau dia menang.
(Gelak keji)

Terima kasih kerana percaya aku seorang wanita muda.
Terima kasih kerana mengundi aku di sini.
Teruskan mengundi selama seminggu boleh?
(Angkat-angkat kening sambil senyum menggoda)
Terbaca penulisan yang dibuat oleh budak pelik pucat yang sukakan bebuli.
Ya, terima kasih kerana promosi aku ini.
Sangat-sangat aku hargai.
Tapi kenapa keluarkan kenyataan kontroversi itu wahai lelaki?
Kamu boleh baca penulisan dia yang penuh dengan skandal dan sensasi dengan menekan SINI.
(Geram : tumbuk-tumbuk tangan kiri)

Ketawa.
Apa pun, terima kasih kerana sudi untuk memancing undi buat aku wahai kawan.
Nanti jangan lupa pakai baju bila ke pejabat ya?
Aku tidak mahu bersengkokol dengan orang yang nakal dan agak berbahaya.
Eh, perlu ke aku keluarkan kenyataan seperti itu pula?
Ketawa.
Jangan lupa - siapa pelopor keganasan rumahtangga.



Sedang bersiap untuk ke sekolah.
Ada sukan lagi pagi ini buat hati seperti bercinta.
Membakar kulit yang semakin hitam menggila.
Ah, katanya tanggungjawab sebagai wanita muda.
Tiada hak membuat bising wahai pengelola merangkap ketua.
Bukankah cinta dan air mata perlu dalam mengumpul mata?
Senyum simpul, kenyit mata tanda mesra.

Zara : Perlu bersedia menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan pemikiran yang jelas dan tidak sia-sia. Senyum pengubat duka dan lara akibat kehilangan seorang teman baik malam tadi - sudah cukup sepurnama.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

Saturday, February 06, 2010

Masa Untuk Acara Larian Peserta Perempuan? Ini Yang Buat Kami Nak Tunggu Di Garisan Penamat - Boleh Tengok Gempa Bumi.


Masih berbicara mengenai sukantara di sekolah.
Sumpah, aku rasa sekolah kami dalam kawasan lindungan hujan.
Panas terik sehingga boleh buat baju kering dalam masa yang sekejapan cuma.
Kering kontang padang.
Rumput hidup tompok-tompok macam panau.
Mohon hujan cepat-cepat datang.

Tadi siang ada tiga acara.
Balapan 100 meter dan 200 meter serta lontar peluru.
Semua kategori juga ada.
Sebagai ketua pasukan rumah, aku jalan-jalan memantau perkembangan anak buah aku.
Ya, aku kedengaran seperti ketua mafia di situ.
Siapa berani mahu lari?
Ya, aku akan kejar dengan gigih sambil ketap-ketap gigi.

Usai kembali ke acara padang selepas rehat, aku berada di bahagian balapan pula.
Periksa kedatangan pelajar - lihat kalau mereka enggan lari dan sumbangkan mata.
 Letak botol biru atas rumput hijau yang hampir bertukar warna.
Tarik terendak tutup kepala.
Mata tertancap pada senarai peserta rumah Laksamana.

Penjaga garisan dan pelepas peserta maklumkan peserta lelaki sudah selesai acara pertama balapan dan perlu bersedia di tapak acara lain pula. Masih ada dua tiga yang berkeliar-keliar di sekeliling kawasan urusetia.

Penjaga Masa : Cikgu, dah boleh mula acara untuk peserta perempuan.
Aku : Oh, nak mula dengan pasukan apa?
Penjaga Masa : Mana-mana pun boleh.
Aku : Kalau begitu, panggil rumah Laksamana dulu.

Aku duduk bawah khemah jalur-jalur macam jual air di pasar malam.
Dengar budak ketawa-ketawa.
Penjaga masa sudah suruh budak lelaki pergi ke acara seterusnya.
Ada yang degil lagi nampaknya.

Pelajar Lelaki : Cikgu, acara apa lepas ini?
Aku : Acara larian 200 meter.
Pelajar Lelaki : Perempuan ya cikgu?
Aku : Ya.
Pelajar Lelaki : Kalau macam itu, nak tunggu di garisan penamat lah. Boleh tengok gempa bumi.

Aku tersentak, pusing belakang dan panggung kepala pada mereka.
Mata jegilkan sedikit.
Pelajar muka terkejut dan ketawa berdikit-dikit.

http://quizilla.teennick.com/user_images/D/DA/DAR/darkflavouredcandy/1154283572_7693_27700.jpg
[Boleh atau tidak ke sekolah dengan solekan seperti ini? Gambar penghargaan di SINI]

Aku : Amboi! Mulut awak.Apa awak kata?
Pelajar : Maaf cikgu, tak cakap apa-apa.
Aku : Pergi acara awak sekarang. Belasah kang.
Pelajar : Ala cikgu, nak bagi sokongan sahaja. 
Aku : Eh, tadi cakap lain.
Pelajar : (Ketawa)

Sebab itu peserta perempuan benci mahu datang latihan sukan.
Bila mahu lari nanti di sorak-sorak oleh peserta lelaki.
Eh, adat pertandingan lah kan?
Mesti ada sorak-sorak, bagi semangat - secara sihat.
Senyum.

Tapi, kalau nak menggatal, memang kamu menempah bahaya.
Ketua pasukan Merah ini dahagakan mata.
Jadi jangan cuba tumpulkan semangat juang anak didiknya.
Dia akan gigih menentang setiap ujian yang melanda.
Ketawa.

Zara : Hati sedang mendendangkan lagu bahagia dalam bahasa German, Perancis dan Sepanyol. Entah mengapa rasa gila pada bahasa-bahasa pada malam yang ceria ini. Senyum, ketawa. Rasa gembira di hati sendiri.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

Awak Kata Tak Larat Nak Lari? Macam Mana Awak Nak Lari? Berat Bawa Batu Sahaja.


Macam-macam peristiwa menarik berlaku hari ini.
Sumpah, aku asyik tertawa dengan gelagat pelajar.
Nah, menyinga juga ada bila pelajar cuba ambil kesempatan untuk melarikan diri.
Melarikan diri dari laluan perlumbaan, bukan mahu lari di atas padang.

Pelajar : Saya tak nak lari hari ini cikgu.
Aku : Kenapa tak nak lari? Awak sakit?
Pelajar : Tak.
Aku : Dah tu?
Pelajar : Tak larat la cikgu. Tadi dah lontar peluru.
Aku : Mana awak nak larat, awak berat bawa batu.
Pelajar : Batu apa pula cikgu?
Aku : Batu di tepi tudung awak tu. Banyak sangat, berat nak lari.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfLHvMAYJSoUJvpCHTaPqQNSOAH4R6n3k2kYzdXK8l_VnsB88ueSK_T3smBpi1idjGgxMsZzIlQDD-_kTMJ9STh9PrddABRSfeturstBcxzaY4GQ1QRXeEV-HLLoUDe8cNdanJokYiKE76/s1600/PB120184.JPG
 [Gambar penghargaan di SINI]

Pelajar : (Ketawa) Mana ada cikgu.
Aku : Kalau begitu, awak kena lari. Tak payah pecut pun tak mengapa, awak habiskan larian, awak dapat satu mata untuk pasukan kita.
Pelajar : Saya lari perlahan-lahan sahaja lah cikgu.
Aku : Tak mengapa. Asalkan awak lari.

Aduhai, sumpah.
Macam-macam ragam.
Yang asyik ejek-mengejek, kata-mengata memang kena dengan aku.
Cikgu Zara ini adalah juara bercakap dan berdebat bila keadaan memerlukan.
Ketawa.

Yang kata dirinya semput, aku sudah suruh ke tepi.
Yang kata sakit, aku sudah beritahu tidak perlu sertai.
Yang beri alasan senggugut, aku suruh lari hari Isnin nanti.
Senggugut hanya sehari.
Jangan cuba menipu aku yang mengalami serangan yang sama hingga tidak boleh berdiri.

Zara : Acara disambung pagi Isnin nanti. Sekarang masa untuk beristirehat sebentar.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

Oh Fatimah Dan Aspalela. Cikgu, Cikgu Nampak Tinggi. Cikgu, Boleh Jadi Teman Lelaki Cikgu? Cikgu Nampak Cantik Hari Ini.


Pelajar ini kadang-kadang banyak ragamnya.
Kadangkala memang buat darah naik sampai ke kepala.
Kadangkala buat ketawa sampai terkeluar air mata.
Syukur, belum ada lagi yang menempah perkataan durjana.

Sudah aku katakan kerjaya guru ini macam penggiat seni.
Selain daripada berlakon, mengarah, menerbit - kami juga adalah peraga pakaian dan aksesori.
Tidak, bukan niat kami minta jadi begini.
Tapi keadaan kami dimanipulasi.
Oleh pelajar-pelajar yang sukakan sesuatu yang sensasi.

[Koleksi terbaru yang memenuhi bilik]

Aku ada sekumpulan pelajar yang memang suka buat kerja gila.
Dengan guru perempuan lebih-lebih lagi.
Bila aku lalu, mereka akan nyanyi dua lagu wajib.
Oh Fatimah sebab nama tengah aku Fatimah.
Aspalela pula aku tidak tahu kenapa.

Pelajar : (sedang menyanyi lagu)
Aku : Diam lah sedikit. Nanti hujan.
Pelajar : Cikgu, cikgu nampak tinggi hari ini.
Aku : Ya, saya tahu.
Pelajar : Cikgu, jom bercinta. Saya nak jadi teman lelaki cikgu.
Aku : Nak buat apa? Tak nak saya.
Pelajar : Sebab cikgu cantik, saya suka.
Aku : Ceh!

Setiap kali juga hal yang sama.
Memang anak-anak yang nakal.
Walaupun pernah bikin aku naik darah, tetapi mereka ini juga sentiasa buat aku bersemangat ke sekolah.
Mahu belasah mereka dengan nota yang panjang.
Lukisan yang berganda banyaknya.
Ketawa.

Ah, aku sudah terlambat mahu menghadiri sukantara.
Jaga diri kalian semua.
Ah, jangan panggil aku Fatimah.
Itu hanya untuk keluarga.
Ah, trivia episod seterusnya sudah aku berikan pula.
Senyum mesra.

Zara : Pengelola rumah Laksamana sudah bersedia. Ayuh, gegarkan padang sekolah dengan semangat membara!



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

Friday, February 05, 2010

Bila Si Pemakai Kanta Lekap Biru Kata Aku Sunyi : Kalau Saya Beri Awak Nombor Saya, Awak Janji Telefon Saya Balik Ya?


Terima kasih pada semua yang sudi meninggalkan nombor telefon di surat elektronik aku.
Nah, mereka yang tidak pernah ada nombor aku juga tinggalkan nombor mereka. 
Senyum aku. Terima kasih. Nanti aku akan hantar pesanan ringkas pada kamu semua.
Sungguh, aku bertuah punya rakan macam kamu semua, pembaca Dunia Sebelah Zara.
Terharu.

Tapi, dalam aku membaca satu persatu nombor telefon yang dititipkan buat aku, aku terpana bila membaca sedikit pesanan dari seseorang yang mengatakan dia seorang pemakai kata lekap biru. Ah, sungguh buat aku ketawa sampai hampir gila. 

[Dari seorang pemakai kanta lekap biru yang bergelar Zack Efron]

Oh, memang kelakar dan buat aku tertawa.
Ya, si pemakai kanta lekap biru, terima kasih atas nombor yang anda berikan.
Kalau ada kesempatan mungkin aku akan hantar pesanan. Mungkin sahaja.
Aku tidak janji ya?
Ketawa.

Si pemakai kanta lekap biru.
Kamu buat aku ketawa hingga berguling jatuh dari ranjang kelabu.
Siapa kata aku sunyi?
Aku adalah manusia yang tidak pernah kenal erti sunyi.
Kalau aku keseorangan, aku akan biarkan diri aku kental dan hanyut dalam merasai rasa apa itu manusia.
Jadi, jangan pernah cuba membaca aku.
Nah, hanya orang tertentu sahaja yang bisa kenal siapa aku.

Semalam kawan baru itu bertanya pada aku.
Siapakah wajah sebenar di sebalik Dunia Sebelah Zara.
Aku hanya tertawa dan berkata, Zara adalah gadis yang kompleks dan sukar difahami.
Sejauh mana aku akan pergi, kamu hanya perlu mengiringi.
Hati-hati.
Aku tidak akan berpaling jika dikhianati sekali lagi.

Buat Zack Efron yang menghantar surat elektronik ini, aku cuma mampu kata terima kasih.
Buat semua yang belum meninggalkan nombor buat aku, kalian boleh berbuat demikian di alamat surat elektronik yang aku nyatakan.
lordzarasean87 [at] gmail [dot] com

Esok aku punya sukantara sekolah.
Ya, hari Sabtu juga sekolah.
Sedia untuk membakar kulit dan wajah di bawah sinar matahari yang mencapah.
Peluh mengalir, mendesah.
Semangat pasukan merah!

Zara : Sudah tempah pakaian seragam untuk dipakai setiap hari Rabu. Ah, adakah aku akan kelihatan pelik selepas ini? Malu, janji jangan ketawakan aku.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

Wednesday, February 03, 2010

Kalau Awak Hendak Saya Bedah Awak Di Dalam Makmal, Pasti Kita Akan Ada Uji Kaji Terhebat.


Sains Teras Tingkatan Empat.
Secara jujurnya tajuk-tajuk awal memang membunuh aku dalam diam.
Macam barah otak.

Tajuk-tajuk depan hanya ada uji kaji yang sungguh menyedihkan pada aku.
Oh, jangan salah faham.
Aku orang kimia - aku sudah biasa dengan larutan-larutan yang berkepekatan tinggi, dengan pelbagai jenis asid, alkali dan sebagainya. Tapi di tajuk-tajuk awal ini memang banyak yang berkaitan dengan biologi.
Nah, itu memang sukar buat pelajar yang sentiasa tidak boleh duduk diam.

Pelajar : Cikgu, bila nak buat uji kaji (baca : eksperimen).
Aku : Kan dah buat hari itu?
Pelajar : Yang ketuk lutut, pastu terangkat tu ke cikgu?
Aku : Ya lah.
Pelajar : Ala cikgu, yang lainlah. Yang tu mana seronok.
Aku : Bila kita masuk tajuk lain, kita buat uji kaji lagi. Kalau sekarang ini tidak boleh.
Pelajar : Kenapa cikgu?
Aku : Kan kita sedang belajar tentang neuron, saraf-saraf, impuls, sistem badan. Kalau awak nak buat uji kaji sangat, saya bedah awak dalam makmal. Nanti kita boleh tengok betul tak saraf awak ada di belakang tulang belakang. Mesti hebat kan?
Pelajar : (Ketawa) Dah macam dalam televisyen pula nak main bedah-bedah.
Aku : Jadi, sabar sedikit. Bila kita masuk yang berkaitan Fizik atau Kimia, kita boleh buat uji kaji.


[Ada sinar keganasan kah dalam air muka aku?]

Alangkah anak-anak itu sudah bosan dengan kelas yang tidak boleh buat uji kaji, apatah lagi aku?
Tapi tidak mengapa, ada cara lain untuk menambat hati mereka.
Ketawa.
Rahsia.

Petang ini bakal membakar wajah dan kulit yang terdedah sekali lagi.
Oh, aku hanya pohon awan tebal.
Litup sinaran matahari yang sentiasa mahu kelihatan gagah.
Mungkin aku patut biarkan budak perasan macam Wali Band menyanyi dalam kelas.
Hujan yang lebat disertai ribut petir dan kilat sabung menyabung mungkin muncul.
Ketawa.
Keji.

Zara : Tengah hari ada mesyuarat guru-guru tingkatan. Petang ada latihan rumah sukan. Tahniah Zara. Anda telah memasuki fasa jam sembilan malam sudah tersembam di atas ranjang - dunia kelam. Ketawa. Regangkan badan.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

Kalau Malam Ini Ada Pelajar Lelaki Yang Meracau Memanggil Nama Aku - Sumpah, Aku Tidak Bersalah.


Tadi petang latihan rumah sukan yang pertama.
Ya, selepas merentas desa peringkat sekolah, ini masanya untuk menunjukkan kemahiran secara perseorangan. Nah, kalau kurang hebat berlari jarak jauh, ada pelbagai acara lain yang boleh disertai.

Hari ini langit sangat kedekut.
Kedekut dengan awan.
Tompok-tompok awan bagai panau yang segan mahu muncul di dada langit.
Panas terik.
Bahang.
Garing.

Lontar peluru.
Lempar cakera.
Lompat jauh.
Di atas padang botak yang hanya punya beberapa batang kelapa sawit sebagai teduhan.
Ah, guru harus tegar berdiri di atas padang.

Terendak identiti ketua pasukan merah tetap ada di mana-mana.
Nah, matahari yang terpancar terik memang membunuh sel kulit.
Tidak perlu berjemur di tepi pantai, aku dengan bangganya mahu umumkan aku sudah lebih gelap dari biasa.
Tahniah Zara.
Ketawa.
Sembunyi muka duka.

[Ya, dengan topi ini saya rasa diri saya amat kacak]

Air minuman sentiasa aku kelek ke sana ke mari.
Tidak mahu badan mengalami hidrasi.
Ambil kedatangan pelajar, tunjukkan cara melempar, beri galakan, jeritan bergema.
Ya, aku ghairah bila sukan bermula.

Tadi juga peristiwa botol air dicabul berlaku secara tiba-tiba.

Pelajar A : Cikgu, minta sedikit air.
Aku : Mana boleh, ini saya punya.
Pelajar : Ala, bolehlah cikgu. Saya guna tutup yang macam cawan tu. (sambil capai botol aku dan tuang air - minum)
Aku : Eh, awak ni.

Pelajar B pula datang.
Capai cawan biru comel yang berfungsi sebagai penutup dari tangan Pelajar A.
Tuang dan teguk.

Pelajar B : Siapa punya air ni? Kau ya?
Pelajar A : Cikgu punya.
Pelajar B : Terima kasih cikgu.

Aku terkesima.
Lepas itu hampir lima orang pelajar lain minum dari bekas yang sama.
Terdiam.
Otak sudah tidak mampu mencerna.

Kalau malam ini ada pelajar lelaki yang meracau memanggil nama aku, sumpah, bukan salah aku.
Moga-moga mereka termimpi untuk selesaikan tugasan yang aku berikan.
Moga-moga mereka bersemangat untuk datang ke sekolah esok.
Ketawa.

Zara : Ada pelajar yang mahu nombor telefon peribadi aku. Rasa agak tidak wajar mahu diberikan pada mereka. Kamu fikir bagaimana?



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?