Sunday, February 14, 2010

Edisi Hari Kekasih Tanpa Seluar Dalam : Kurang Daripada Dua Puluh Empat Jam Tetapi Nasi Sudah Menjadi Bubur.


Hari ini empat bulas hari bulan dua.
Ramai rakan-rakan yang mengabadikan perkahwinan dan pertunangan hari ini.
Bukan kerana terikut-ikut dengan budaya yang kurang sihat, tetapi lebih kepada cuti sekolah yang telah bermula. Ucapan tahniah buat mereka yang memberikan berita gembira pada aku.
Senyum.

Menerima panggilan telefon dari jauh.
Dari teman wanita yang kini adalah isteri orang merangkap bakal ibu, B.
B sedang asyik masyuk dibelai oleh Jejaka dengan limpahan aiskrim coklat di petang indah.
Dengki.
Ketawa.

B : Semalam rumah kamu kenduri ya?
Aku : Ya. Mana dapat berita?
B : Mukabuku. Kenduri apa? Dengar cerita kenduri tunang. Betul ke?
Aku : Gila ke kamu? Aku kalau bertunang tak jemput kamu, harus sahaja jadi kenduri arwah.
B : Tahu pun. Kenduri apa?
Aku : Kenduri biasa sahaja.
B : Makan apa?
Aku : Macam-macam. Ada ikan keli juga tau? Aku tahu kamu suka.
B : Alahai, sedapnya. Mana nak cari ikan keli di bumi orang mata biru asli ni?
Aku : Cepat balik Malaysia. (ketawa). Makan apa je kamu hari ini ibu?
B : Oh, ibu kamu panggil aku ya? Hari ini makan bubur. (ketawa)
Aku : Pemalas lah tu. Kenapa gelak?
B : Aku teringat kenangan kita bersama dahulu sayang (ketawa)

http://api.ning.com/files/P2aAW2r-2wYTXR7ij*r6outE3J1O-LlkGuKLnNVnkO9mbdO2S42gA5jl19NOYVe*TTnrKH*BPOfYActmWaupnRsVCUzmwr9-/crashed_bicycle_and_ladyd.jpg

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

B : Zara, nasi sudah menjadi bubur (menangis)
Aku : Apa yang terjadi? D mainkan kamu?
B : Aku tak tahu nak cakap, tapi nasi dah menjadi bubur.
Aku : Tenang. Terangkan pada aku apa yang terjadi.
B : Nanti aku datang jumpa kamu.


Hujan lebat secara menggila di luar. Sejuk. Aku tahan B dari datang.
B degil.

Si Hitam berbunyi.
Panggilan dari B.

B : Zara, aku ada di luar perpustakaan. Boleh kamu keluar sebentar?
Aku : Baiklah.


B menunggu aku di luar perpustakaan.
Muka sugul.

Aku : Apa yang terjadi B?
B : Nasi sudah jadi bubur Zara. Aku tak boleh buat apa-apa lagi.
Aku : Terangkanlah.
B : Ni dia (B hulurkan aku sesuatu)
Aku : Apa ni?
B : Kau buka dulu.


Aku buka bungkusan itu.
Aku pandang B.
Rasa mahu membunuh lahir di situ juga.

Aku : Ni bubur!
B : Ye lah, aku nak masak nasi, tapi jadi bubur. Tak boleh nak buat apa-apa lagi.
Aku : ….

 Kami ketawa bersama bila teringat kenangan lama.
Alahai, wanita itu sudah bakal bergelar seorang bonda.
Daripada seorang yang nakal dan selalu berpoya-poya, sudah menjadi semakin matang tetapi tetap gila.
Rindukan dia.
Rindukan suaminya, si Jejaka juga.
Sentiasa lihat wajah ceria mereka.
Rindukan kegilaan lama.

Zara : Merindui zaman mengangkat buku dan belajar di hadapan seorang yang bernama guru. Indahnya saat itu. Kini watak bertukar, aku pula di hadapan dengan menghadap kelas.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

19 comments:

Bro Framestone said...

he...23x bro dah masuk kan dalam entry bro hari nie...

nasi jd bubur pun sedap pe....

BroFramestone Blog

Anonymous said...

kelakar tak ingat..
suspen...

wanita mutalib said...

sweet :)

sueella said...

ingat ke dia.. menyesal x sudah.. huhu.. upenye mmg betullah nasi jd bubur :P

et said...

laaa..ekekekee..ingat ade crite laen..rupe2nye mmg nsi jdik bubur..bez3..hoho..

IntanBerlian said...

huhu.suspen2..

zara.bila kite ni makin dewasa.yg lame itu lah yg kite kenang2..even yang pahit.sebba yg pahit tu manis rasenye lagi2 bersama sahabat..

eh.dah dewasa.tanpa disedari. T_T

Anonymous said...

betoi2!

mish those moments so much!

akumenjerit said...

is3 kira ok lagi kalau jadi bubuh... leh gak makan...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hidup ni satu pusingan kan zara... =D

acap2405 said...

hahaha..
ingatkan ader masalah ngan D..
rupanya ada masalah ngan sukatan air..
hohoho..
:)

kak zara tertipo..

Aidy Shahiezad said...

alahai... ;)

hans said...

huhuhu
masak nasi jadi bubur

Mrs Nurul said...

huhu no valentine2 heheh

bhacosem said...

haha..at first, igtkan metaphor yg nasik jd bubur 2 xPP

intanurulfateha said...

.kenangan terindah :)

.suke makan bubur nasi + sayur kangkung grng blcn, ikan bilis, kicap! ;D

NAZ said...

bahaya gila peribahasa ni haha

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

suspender sungguh entry kali ni

joegrimjow said...

klu diberi pilihan
cg antara keje yg ku ingin jadi
huhuuhuuuuu

Anonymous said...

hari kekasih??tak de maknanya