Salam semua.
Al-Fatihah.
Ada yang bertanya kenapa aku tidak menulis tentang isu yang menjadi tajuk-tajuk utama akhbar serta debatan hangat di blog-blog semua hari ini. Ya, kebanyakan daripada anda menulis tentang Syafia Humairah, anak kecil yang telah didera sehingga meninggal dunia oleh teman lelaki ibunya.
Aku membaca dari sebuah blog ke sebuah blog tentang kisah yang menyayat hati itu.
Tatkala ramai manusia lain yang mendambakan cahaya mata, ada pula si puaka yang bertindak di luar batas seorang manusia. Kalah haiwan buas di dalam hutan layaknya. Tergamak bertindak kejam ke atas seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.
Malam semalam, sewaktu aku menonton berita, jari terus menggenggam penahan kerusi kayu.
Usai menyedekahkah Al-Fatihah buat anak kecil itu, mulut sudah tidak mampu dibendung. Istilah celaka saling menghiasi bibir tatkala mendengarkan berita itu. Masih wujud manusia begini di zaman berteknologi tinggi. Ada orang sanggup bayar berjuta untuk menyuburkan sistem peranakan mereka, tapi makhluk itu?
Kisah selanjutnya kamu boleh baca di akhbar dan blog-blog yang memaparkan cerita itu.
Aku secara jujurnya tidak boleh meneruskan penulisan kerana pasti emosi akan menguasai keseluruhan petikan ini. Betapa jahil dan angkuhnya manusia durjana itu. Kenapa dikaburkan wajahnya?
Tunjukkan sahaja pada dunia bahawa sifat kebinatangan dia memang terserlah.
Tunjukkan betapa manusia itu angkuh menjahanamkan tubuh kerdil anak kecil itu.
Aku cuma berharap dia akan dihantui dosa itu buat selamanya.
Moga dia akan menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya.
Biar jeritan kesakitan Syafia itu bergema dalam telinganya.
Biar laungan mendambakan ibunya merasuki dia.
Dan, aku usai menonton berita malam ini.
Ibunya menangis teresak-esak di hadapan kaca televisyen.
Air mata membasahi mata.
Tapi wajahnya, tercalitkan perasaan duka?
Entah, aku bukan di tempat yang layak untuk menyatakannya.
Entah.
Bila manusia mahu sedar agaknya.
Sebutir permata itu sangat berharga.
Sakit ibu yang melahirkan tidak terbendung perasaannya.
Si pesalah itu seharusnya dihumbankan masuk ke dalam neraka.
Sudah Zara.
Sudah.
Kalau tulisan ini diteruskan, pasti terlampau banyak kata nista akan dilemparkan.
**********
Selingan.
Terima kasih atas undian kalian selama dua minggu ini.
Sangat berterima kasih atas kasih sayang yang kamu semua berikan buat aku.
Minggu ini minggu penentuan.
Ada beberapa soalan yang aku perlu sediakan jawapan.
Doakan sahaja aku bakal berjaya ya?
Senyum mesra.
Zara : Sedang asyik berdiskusi dengan seorang bakal doktor muda. Oh, sambil-sambil buat kertas soalan Sains Tingkatan Empat. Siapa-siapa yang tahu bank soalan terbaik, sila beritahu aku ya? Penat aku cari soalan. Ikut hati, habis aku imbas semua dalam buku ini.
Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?]
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]
16 comments:
saya dah draf panjang lebar tentang syafia humairah tu..
semakin panjang taip semakin emosi jadinya.. airmata berjujuran gila2..
last2 saya delete je entri tu dan buat something yang lebih baik: DOA..
al fatihah..
al fatihah buat adik syafia..semoga rohnya dicucurri rahmat-Nya
x berperikemanusiaan langsung
memang sgt sedih dgr brita mcm nie
al fatihah untuk syafia humairah
semoga dia ditempatkan dikalangan yang dicintai Allah..
tiada guna melampias kemarahan dgn kata2 durjana..tkt ia mengundang kemurkaan Allah untuk kita..
sedangkan apa yg terjadi kehendak Allah jua..
semoga kite terglong dlm golongn y mndapt keampunan..amin
ini yang kita gelar manusia yang bertuhankan nafsu../
sumpah seranah..
keji memaki..
mmg ptt buat diey/
jahanam./
yg pasti dan teramat pasti....adik Syafia dah bahagia di sana...usahlah kita bersedih lagi..Allah lebih syaangkan dia,mungkin ini yg terbaik dan ada hikmahnya...semoga ibunya sedar sesedar2nya..dia sndiri akui ni bala akibat prbuatan dia !
Anda telah menulis isu semasa tentang Syafia Humairah dalam cara anda tersendiri.
Tahniah untuk 5 teratas.
dunia makin kejam..
si comel itu dperlakukan seperti apa ntah..
aduh..tersentuh hatiku tengok kanak2 di dera camni.sedihnya...
dunia smakin kejam
manusia smakin hilang pertimbangan
yg lemah tak berdaya slalu dijdikan alasan
haish....
kenapa ada manusia yg x berasa kasihan bila melihat kanak2 menangis...minta pertolongan.....mmg x berhati perot org yg mcm tu
haih. sepatut nya manusia manfaatkan akal fikiran. fikir dulu sblum bertindak. jgn terlalu ikutkan nafsu.
apa2pun, insyaallah ada hikmah disebalik kejadian ni. harap2 si ibu n si pesalah sedar & perbaiki diri. insyaallah.
al-fatihah utk adik syafia.. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.
manusia akhir zaman...
kita semakin kejam....
ape beza dia dan binatang...
al-fatihah buat anak kecil itu
al-fatihah...bila manusia hilang pedoman, inilah jadinya...huhuhu =[
al fatihah..
siapa yg meninggal ari tu dik?
Post a Comment