Showing posts with label Kematian Bukan Mainan.. Show all posts
Showing posts with label Kematian Bukan Mainan.. Show all posts

Thursday, April 08, 2010

Selamat Tinggal Semua - Doa Aku Selamat Pergi Dan Kembali.



Muka berlengas dan mengantuk sebelum mesyuarat sekolah.

Kursus Asas Kejurulatihan Pusat Kokurikulum Johor
(Cawangan Muar dan Ledang)
Tarikh : 8 hingga 13 April 2010

Aktiviti :
Perkhemahan, ujian kecergasan fizikal, kawad kaki, radio amatur, dan banyak lagi.
Sila doakan aku bertambah kurus tetapi tidak bertambah rentung ya?

Selamat tinggal semua.
InsyaALLAH, jumpa lagi pada 14 April 2010.
Doakan sahaja aku selamat dan sihat walafiat kembali ke dakapan kamu semua.

Nota Kaki :
1. Bab 11 Legasi Cinta Alisia sudah aku selesaikan. Anda boleh membacanya pada 09.04 malam 09.04.2010.
2. Sesiapa yang mahu hubungi aku, tinggalkan pesanan di Twitter atau Mukabuku.
3. Siapa yang mahu kutuk atau cerca, tunggu aku pulang ya?

Zara : Takziah diucapkan buat seorang teman yang kehilangan nendanya malam tadi jam 12.03 pagi. Moga roh Allahyarhamah dirahmati dan diredhai Allah. Al-Fatihah.

Wednesday, March 03, 2010

Legasi Cinta Alisia Kini Boleh Dilayari Di Aksara Keraian. 10 Figura - 10 Karya - 10 Penulis Muda - 1 Aksara.


Salam semua Pencinta Dunia Sebelah Zara.

Rabu.
03.03.2010
Jam 3.03 petang.
Legasi Cinta Alisia sudah boleh dibaca secara rasmi.
Layari Aksara Keraian sekarang.
(sila tekan pautan itu)
Nikmati tulisan 10 figura.
Cicipkan 10 karya oleh 10 penulis muda.
Di dalam 1 aksara.

*******

Tadi aku terjatuh menyembah bumi.
Aku lihat mimpi indah sudah mula terbang pergi.
Sayap sudah kembang tetapi ia tidak sesubur dan sejernih embun pagi.
Sesuatu mula menebak di hati.
Adakah ini akan berlaku kalau aku mati?
Tiada siapa bakal mengingati?

Hidup mula dihimpit sunyi.
Langit yang biru kelihatan terang, sangat suci.
Fikiran menerawang kembali.
Mati itu adalah pasti.
Adakah sudah bersedia untuk kembali?
Pada Maha Pencipta sejak daripada azali.

Entah, aku kurang pasti.
Panasnya dunia seperti dalam lingkaran api.
Tiada hembusan bayu yang menyapu dahi.
Mungkin sudah tiba masa untuk pergi.
Pergi yang tidak akan menoleh lagi.
Pada mereka yang dicintai.

Selamat tinggal segala bentuk duniawi.
Selamat datang dunia akhirawi.
Aku tidak akan melangkah dengan kaki kiri.
Kepala tunduk, sambil usap pipi.
Berusaha untuk ke depan walaupun langkah terbantut bagaikan diikat kaki.
Sepi menyelubungi.
Sekeping hati.

*******

Zara : Sudah mula menanda kertas jawapan pelajar. Betapa perit jerih selama hampir tiga bulan mengajar mereka akan dinilai selepas ini.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

Sunday, February 28, 2010

Bukan Aku Malas, Tapi Aku Menghalang Diri Aku Dari Menyumpah Dan Mencarut Terlalu Banyak. Eh, Aku Dapat Masuk Kelompok Lima Teratas!


Salam semua.

Al-Fatihah.

Ada yang bertanya kenapa aku tidak menulis tentang isu yang menjadi tajuk-tajuk utama akhbar serta debatan hangat di blog-blog semua hari ini. Ya, kebanyakan daripada anda menulis tentang Syafia Humairah, anak kecil yang telah didera sehingga meninggal dunia oleh teman lelaki ibunya.
Aku membaca dari sebuah blog ke sebuah blog tentang kisah yang menyayat hati itu.
Tatkala ramai manusia lain yang mendambakan cahaya mata, ada pula si puaka yang bertindak di luar batas seorang manusia. Kalah haiwan buas di dalam hutan layaknya. Tergamak bertindak kejam ke atas seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Malam semalam, sewaktu aku menonton berita, jari terus menggenggam penahan kerusi kayu.
Usai menyedekahkah Al-Fatihah buat anak kecil itu, mulut sudah tidak mampu dibendung. Istilah celaka saling menghiasi bibir tatkala mendengarkan berita itu. Masih wujud manusia begini di zaman berteknologi tinggi. Ada orang sanggup bayar berjuta untuk menyuburkan sistem peranakan mereka, tapi makhluk itu?

Kisah selanjutnya kamu boleh baca di akhbar dan blog-blog yang memaparkan cerita itu.
Aku secara jujurnya tidak boleh meneruskan penulisan kerana pasti emosi akan menguasai keseluruhan petikan ini. Betapa jahil dan angkuhnya manusia durjana itu. Kenapa dikaburkan wajahnya?

Tunjukkan sahaja pada dunia bahawa sifat kebinatangan dia memang terserlah.
Tunjukkan betapa manusia itu angkuh menjahanamkan tubuh kerdil anak kecil itu.
Aku cuma berharap dia akan dihantui dosa itu buat selamanya.
Moga dia akan menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya.
Biar jeritan kesakitan Syafia itu bergema dalam telinganya.
Biar laungan mendambakan ibunya merasuki dia.

Dan, aku usai menonton berita malam ini.
Ibunya menangis teresak-esak di hadapan kaca televisyen.
Air mata membasahi mata.
Tapi wajahnya, tercalitkan perasaan duka?
Entah, aku bukan di tempat yang layak untuk menyatakannya.

http://geminigirl07.files.wordpress.com/2008/04/hurt-children2.jpg

Entah.
Bila manusia mahu sedar agaknya.
Sebutir permata itu sangat berharga.
Sakit ibu yang melahirkan tidak terbendung perasaannya.
Si pesalah itu seharusnya dihumbankan masuk ke dalam neraka.

Sudah Zara.
Sudah.
Kalau tulisan ini diteruskan, pasti terlampau banyak kata nista akan dilemparkan.

**********

Selingan.
Terima kasih atas undian kalian selama dua minggu ini.
Sangat berterima kasih atas kasih sayang yang kamu semua berikan buat aku.
Minggu ini minggu penentuan.
Ada beberapa soalan yang aku perlu sediakan jawapan.
Doakan sahaja aku bakal berjaya ya?
Senyum mesra.

Zara : Sedang asyik berdiskusi dengan seorang bakal doktor muda. Oh, sambil-sambil buat kertas soalan Sains Tingkatan Empat. Siapa-siapa yang tahu bank soalan terbaik, sila beritahu aku ya? Penat aku cari soalan. Ikut hati, habis aku imbas semua dalam buku ini.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI untuk meneka dan menang 10 pound. Sila pilih nombor 14 ya?] 
[Sila tekan SINI kalau kamu mahu menyertai Perhimpunan Terbesar Penulis Blog di Malaysia]

Wednesday, February 24, 2010

Kelahiran Dan Kematian - Adakah Ini Sahaja Yang Mampu Menyatukan Hati Manusia?


Usai tiba di rumah.
Sudah sempurna urusan dunia sepupu tersayang.
Terima kasih buat yang sudi datang.

Lebih tiga jam di unit forensik buat aku belajar lebih tentang erti manusia itu sendiri.
Betapa kerdilnya manusia.
Betapa lemahnya kita.
Betapa halusnya jarak pemisah nyata dan barzakh.

Terlalu kepenatan untuk mencoretkan sesuatu buat kamu yang setia.
Terima kasih atas ucapan takziah.
Terima kasih ini aku hulurkan dari hati, sumpah!

Nyata, aku belum cukup sempurna sebagai manusia.
Emosi aku terlalu berat dugaannya, tetapi akal aku tidak mahu mengikutnya.
Entah, aku nanar.
Berpinar.

Esok sudah perlu mula bekerja. Ke sekolah.

Zara : Tiada kata.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]

Ya Allah, Kamu Uji Kami Di Tarikh Yang Sama Lagi. Adakah Aku Bukan Manusia Bila Tiada Tangisan Di Saat Kematian?


Pagi 23 Februari 2010, aku menulis tentang datuk dan nenek aku yang pulang menemui Ilahi pada tarikh yang sama. Betapa suratan dan kebetulan, jarak enam tahun, datuk mengikut jejak langkah isterinya yang dicintai. Hanya doa dan iringan sedekah jariah mampu kami sekeluarga kirimkan buat mereka.
Allah Yang Maha Besar!
Malam tadi Abah menerima panggilan telefon.
Tertera nama anak saudaranya merangkap sepupuku di paparan.

Pemanggil : Salam. Kenal Azhar?
Abah : A'a, jangan main-main. Cik ada nombor kamu ini.
Pemanggil : Pakcik, saya kawan Azhar. Saya mahu beritahu pada pakcik yang Azhar baru sahaja meninggal dunia pakcik. Dia kemalangan sebentar tadi.
Abah : Innalillah. Biar betul? Jangan main-main.
Pemanggil : Betul pakcik. Saya rakan sekerja dia.

Ya Allah!
Kamu khabarkan kami berita yang paling menyayat hati keluarga.
Tarikh yang sama Ya Allah!
23 Februari, kami kehilangan lagi.

Al-Fatihah.

Abah bergegas membuat panggilan pada bapa saudara aku. Ya, anak dia, harus segera diberitahu. Kebetulan, tatkala Abah telefon, Pak Long sudah bergegas keluar kerana telah mendapat berita tersebut juga. Maka, kami di sini, sibuk menyebarkan berita tersebut pada saudara mara yang lain.

Aku tersentak bila Abah menyebut Innalillah.
Bila Abah khabarkan berita itu pada kami, aku hanya mampu berdiri tegak.
Terpacak tanpa emosi.

Ya Allah, kenapa dengan diri aku?
Hati sedih, meruntun kehilangan sepupu tersayang, tetapi tiada setitis air mata yang keluar?
Tiada tangisan dari mata ini.
Bekukah aku sebagai manusia?


Al-Fatihah
Syed Azhar Syed Abdullah (dalam kotak merah)
19 Januari 1984 - 23 Februari 2010.

Kemalangan jalan raya di Sepang meragut nyawa dia.
Nyawa sepupu kami yang merupakan cucu keempat keluarga.
Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dia.
Anak sulung pula.

Dia antara sepupu terbaik aku.
Membesar bersama dan banyak menghabiskan masa tatkala menginjak usia.
Entah berapa tahun aku tidak bertemu dia sehingga raya tahun lalu.
Dia masih macam dulu.
Kalau tidak bersua muka, pasti ada pesanan yang aku terima di Mukabuku.

Tapi, tiada lagi selepas ini.
Dugaan tergempar bagi kami yang sukakan sifat kelakarnya.
Hebat cabaran tatkala selama ini kami lihat kematian lapisan generasi tua sahaja.
Dan aku kecewa bila ia berlaku tatkala bulan merah menjelma.

Aku tidak dapat melelapkan mata.
Jari aku masih mahu mencoretkan sesuatu tentang dia.
Tetapi hati yang sedih sudah tidak mampu aku kekang sifatnya.
Tiada tangisan, cuma kesedihan.

Esok, 24 Februari 2010, pagi usai Subuh aku akan berangkat ke sana.
Sudah memberikan perkhabaran kepada Tuan Pengetua.
Esok tidak akan ke sekolah.

Mendapat perkhabaran dari makcik yang sedang menunggu di bilik mayat, jam 9 pagi esok bedah siasat akan dilakukan di Hospital Serdang.
Mungkin tengah hari bakal dikebumikan di kawasan perkuburan berdekatan rumahnya.

Buat mereka yang bertanya dan menyatakan mahu ziarah kalau ada kesempatan, aku letakkan alamat rumah keluarga Allahyarham di sini.

Allahyarham Syed Azhar Syed Abdullah.
1341, Jalan 1D/2, Taman Baru Sungai Buloh,
47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Terima kasih pada mereka yang mengucapkan takziah di Mukabuku dan Twitter.
Moga Allah sentiasa merahmati kalian juga hendaknya.
Oh, aku mungkin hanya akan mengemaskini status terkini tanpa dapat berinteraksi dengan kalian.
Siapa yang mendambakan nombor telefon aku untuk dihubungi, tinggalkan sahaja permintaan di surat elektronik aku ya?

Salam.
Aku undur diri.
Al-Fatihah.

Zara : Ya, aku masih terkejut. Doakan aku lebih tenang ya? Terima kasih buat wajah kesayangan aku, Si Busuk yang menenangkan aku tatkala aku kusut dengan diri aku yang tidak dapat mengalirkan air mata.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]