Showing posts with label Altimet. Show all posts
Showing posts with label Altimet. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Lintas Langsung Shout Awards 2010 : Anugerah Jerit Kembali, Ya, Kamu Boleh Jerit Kalau Suka.


Tahun lepas aku kurang sihat semasa majlis itu berlangsung.
Ya, Faizal Tahir menang kategori Jejaka Panas (baca : Hot Guy).
Senyum.

Dan aku baru balik dari kursus dan gembira sekurang-kurangnya ada kembar yang berbual dengan aku petang tadi. Dan mendengar lagu yang sama sejak hari itu tanpa tahu apa yang aku dengar, dan dengar secara langsung malam tadi, ada sesuatu yang buat aku tertanya-tanya. Kenapa aku rasa sedih (atau mungkin terharu sendirian?). Ya, aku mungkin sengal disebabkan itu.

Cukup.
Mari berbicara tentang Anugerah Jerit 2010.


Aku cetak dari paparan di laman sesawang Anugerah Jerit.

8.45 malam - Persembahan tarian bermula.

Persembahan :

  • Faizal Tahir dan Deja Voodoo Spells
  • James Baum
  • Reshmonu
  • Yuna (@yunamusic) : Decorate
  • Najwa : Got To Go
  • Muzikal Cuci (baca : Cuci The Musical)
  • They Will Kill Us All : The Great Glass City
  • Hujan : Inspektor Remos
  • Mizz Nina : What You Waiting For,  Let Me C U Get It
  • Bittersweet
  • Love Me Butch
  • Shawn Lee, Beat Boxers, Wakaka Crew, Giller Battle Crew 
  • Monoloque ft Atilia - Kanda Dinda 
  • Altimet Dan Noh Salleh - Kotarayaku 
  • Bunkface 
  • Iyaz

Kategori :

  • Bintang Batu (baca : Rockstars) - Bunkface.
  • Personaliti TV Kegemaran - Zizan Raja Lawak.
  • Breakthrough Feature Award (dalam bahasa Melayu nak tulis apa?) - Lagenda Budak Setan
  • Bintang Pop (baca : Popstars) - Yuna
  • Vokal Kuasa (baca : Power Vocal) - Faizal Tahir
  • Siri TV Segar (baca : Fresh TV Series) -  Nur Kasih
  • Program TV Kegemaran (baca : Favourite TV Program) -  Showdown 2010
  • Muzik Video (baca : Music Video) - Bunkface (Prom Queen)
  • Flava - Mizz Nina
  • Jejaka Panas (baca : Hot Guy) -  Henry Golding
  • Gadis Panas (baca : Hot Chick) -  Scha Al-Yahya
  • Penyampai Radio (Coolest Radio Announcer) - Phat Babes
  • Rancangan Radio Kegemaran (baca : Favourite Radio Show) - Hot FM AM Krew 
  • Keserasian Lakon Layar Terbaik (baca : Best On-Screen Chemistry) -  Papadom - Liyana Jasmay dan Afdlin Shauki
  • Artis Mobil Tahun Ini (baca : Mobile Artiste of The Year) - Sixth Sense 
  • Break Out - Yuna 
  • Ultimate - Yuna

Ulasan Peribadi :
- Hiasan pentas adalah sangat menarik hati. Lebih baik daripada anugerah-anugerah lain.
- Latar belakang semasa Yuna dan Najwa menyanyi adalah sangat comel. Ada bangku, ada replika kereta, ada orang naik basikal. Baju Yuna juga cantik.
- Faizal Tahir adalah orang pertama yang beri salam dalam anugerah ini.
- Faizal Tahir juga bertanya siapa yang dapat tali pinggang dia disebabkan dia tak sedar dia baling tali pinggang masa buat persembahan. (Ketawa)
- Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Khabir Bhatia ambil anugerah untuk Nur Kasih. Patut lagu latar drama itu lah!
- Bila panggil KRU keluar, keluar lagu KRU. Barulah betul.
- Ya, Henry Golding menang. Tak sia-sia aku undi. Senyum.
- Baju Hans Isaac menarik.
- Liyana Jasmay sebut hadiah? *Pitam*
- Adik tanya aku, kenapa semua orang cakap Bahasa Inggeris. Nak jawab apa?

Nota Kaki :
Aku akan kemaskini mengikut acara yang berlangsung. Terima kasih.
Senyum.

Tuesday, November 16, 2010

KotarayaKU - Altimet Ft Noh Salleh : Muat Turun Percuma Khas. Kira Hadiah Hari Raya Aidil Adha Boleh?


Salam.
Masa kamu baca ini mungkin sudah ketinggalan beberapa jam, tetapi tidak mengapa. Apa yang penting adalah sokongan kalian kepada industri muzik tempatan. Baiklah, aku berbicara mengenai penyanyi yang setiap hari aku dengar suara dia dan dia di radio (biasanya sewaktu memandu).


[Aku cetak ini daripada laman murai.com - Terus ke sini kawan-kawan]

Istimewa untuk sehari dari 16 Nov 2010 (12:00 pm) hingga 17 Nov 2010 (12:00 pm) muat turun percuma single KotarayaKU nyanyian Altimet ft. Noh Salleh.

Altimet amat berbesar hati untuk menghadiahkan lagu ini buat pengunjung-pengunjung laman web murai.com.my untuk 1 hari sahaja.

[Sumber : murai.com]

******

Boleh dikira sebagai hadiah sempena hari raya bukan? Bolehlah, sebab mana ada orang bagi duit raya masa hari raya haji? Ada ke?
Senyum.

Baiklah, sila ke halaman yang sudah aku letakkan pautannya di situ. Oh, dengarkanlah lagu tersebut kerana aku rasakan liriknya yang bagus dan macam biasa, pasti bukan kosong.

Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila-sila
Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

Korus
Oh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura
Bukan main-main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap (.....)
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur

Ulang Korus

Aku rehat sebentar di kaki lima
Yang jadi riba melayan minda
Aku sedar kota sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Ulang Korus

*******

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLrdL0mxG8tgW7MQ1QbanajAUipEU_e1EdQ_8mUvkPEnk-K_p5jqpLt0J5X3SmyN_XZGHtsJY9ysghByr0zOP1bzG8ynFwL9ib5GkgGeUtgohTX53PjPFHvrpMZXYlr7qYS6fxhbAWcpNU/s1600/54707516_large.jpg
[Gambar : Sedang mendengarkan lagu ini berulangkali. Ya, aku dah takbir raya tadi]

Penulisan ringkas daripada aku.
Itu sahaja buat malam ini.
Aku sedang menghiburkan hati dengan lagu ini.

Nota Kaki :
1. 50 orang pertama yang memuat turun lagu ini boleh mendapatkan T-Shirt percuma.
2. Esok pagi baru bangun masak.
3. Altimet seorang yang rajin membalas Twitter. Bagus dan tadi aku ada salah eja. Malu betul.

Zara : Masih tiada balasan dalam pesanan yang aku titipkan buat teman itu. Alahai, biarlah.