Tamat sudah cerita Chinta.
Drama bersiri yang aku tonton disebabkan ianya arahan Kabir Bhatia (eh, kalau aku silap, sila betulkan ya?)
Bukan aku berat sebelah, tetapi Khabir Bhatia antara pengarah yang aku minat dari aspek pengarahan dan sinematografi yang cantik dalam filem dan drama. Selain dia, Mamat Khalid antara yang aku minat juga.

Drama Chinta yang sudah tamat. Pernah menulis di sini.
Jujurnya cerita ini agak sarat dengan pengajaran walaupun ada beberapa bahagian yang agak menjengkelkan. Aku sendiri kurang pasti kenapa aku kurang sedih dengan cerita ini walaupun ada adegan yang menyedihkan. Mungkinkah sebab watak utamanya? Eh?
Sedikit sorotan episod akhir:
01. Sadatul (Faradhiya) akhirnya mengandung.
02. Fauziah (Aida R) gelabah puyuh bila dapat tahu menantunya mengandung. Ada rasa kesal, kenapa paksa si menantu membenarkan Rasul Iman (Adi Putra) mahu berkahwin lain.
03. Rasul Iman boleh cakap secara terbuka yang dia tetap mahu berkahwin dengan Chinta di meja makan (setiap kali adegan keluarga adalah di meja makan =.=)
04. Adegan Chinta berdoa agar kebahagiaan menjadi milik Sadatul Saadiah dan Rasul Iman.
05. Fauziah terlepas cakap pada Chinta yang Sadatul Saadiah mengandung.
06. Ibu Sadatul datang rumah Chinta marah-marah.
07. Chinta pengsan dan masuk hospital.
08. Keluarga Sadatul dan Rasul duduk berbincang.
09. Hospital : Rasul, Chinta, Sadatul - boleh pula berbincang mahu meneruskan perkahwinan.
10. Majlis diteruskan - dialog antara Sadatul dan Chinta yang buat aku tergelak.
11. Nikah - Rasul nak sarungkan cincin, Chinta lentok dan meninggal.
Adegan yang buat aku tergelak (macam aku kata, ini pendapat peribadi aku)
01. Chinta tak pernah nak tengok dulu lubang di pintu dia siapa yang datang. Main buka sahaja pintu.
02. Banyak sangat menangis, Sadatul, sampai aku nak tergelak lihat muka Faradhiya yang berlakon tu.
03. Faradhiya dan Fasha Sandha jadi baik - menangis sambil berpelukan sebab nak beri Rasul kahwin.
04. Chinta suruh Sadatul cinta Rasul sepenuh hati bila dia meninggal. Sekejap, ni siapa yang kahwin dengan siapa?
05. Chinta dah terlentok nak pengsan (hampir mati), masih boleh sarungkan cincin.
06. Orang sekeliling senyum dan tiada reaksi masa Chinta dah terlentok. Apakah?
Baiklah.
Itu antara bahagian yang buat aku ketawa.
Banyak pengajaran sebenarnya dan berkaitan dengan sahsiah dan akhlak.
Apa yang kamu dapat?
Nota Kaki :
1. Ada cerita baru minggu depan.
2. Berbual dengan kembar yang tidak sama umur, tidak seiras.
Zara : Banyak sangat ketawa hari ini.

