Tuesday, September 03, 2013

Tinggal Persoalan.


Diam.
September sudah muncul.

Harga bahan bakar melonjak naik.
Dengan harapan harga diri manusia masih kekal tinggi, baik.

Ada seorang kenalan bertanyakan soalan malam tadi. Tatkala sibuk bersama dengan rakyat Malaysia lain mengisi tangki minyak masing-masing (aku isi sebab esok nak pergi sekolah dan tangki itu tak boleh tidak penuh) --- persoalan yang dihadapi barangkali boleh menyebabkan seseorang naik minyak.

DR : Sibuk ke?
Aku : Tak sangat. Kenapa?

DR : Nak tanya pendapat.
Aku : Silakan.

DR : Kau kenal dengan AS kan?
Aku : Kau punya tunang dulu tu ke?

DR : Bekas tunang.
Aku : Ya, tahu. Tahu.

DR : Ada orang mengaku dia dah empat tahun bercinta dengan AS.
Aku : Oh, ye ke?

DR : Ya. Dan aku bersama AS selama lima tahun. Apa maksudnya tu?
Aku : Maksudnya kau tak payah hiraukan dia lagi.

DR : Bukan. Maksudnya dia menipu aku selama ni.
Aku : Hello. Masa dengan kau pun, dia ada skandal dengan dua orang lain kan? Kau nak bukti apa lagi?

DR : Aku sakit hati.
Aku : Sakit hati tu aku faham. Yang aku tak faham, kau cakap pasal dia lagi dah kenapa?

DR : Sebab aku rasa dikhianati sangat.
Aku : Selama ni pun dia khianat semua orang. Bukan kau seorang. Keluarga kau. Keluarga dia.

DR : Benci betul aku.
Aku : Sudahlah. Kau dah nak kahwin lagi dua minggu. Abaikan dia. 

DR : Kalau aku jumpa dia, aku nak pukul dia dengan penyapu.
Aku : Kenapa kau tak nak sedut guna vacum je?

[Sumber gambar]

Menipu dan terus menipu.
Berani datang balik dan cuba untuk pujuk rayu.
Bolehkah kau berhenti dan jujur beritahu.
Kenapa kau teruskan drama yang sudah layu.
Berhenti dari tuding jari sambil tersedu.
Lakonan kau serupa kayu.

Nota Kaki : Hidup itu menarik dan perancangan Allah itu cantik. (Shafaza Zara, 29 Ogos 2013)

8 comments:

Cik Renex said...

nak pinjam quote last tu. hikss. @renex89

Cik Renex said...

nak pinjam quote last tu.. @renex89

Cik Azz said...

Betul la tu.. Dah tau kena tipu tapi masih lagi menunggu...

Dah tau orang tak setia, tapi masih lagi nak setia kat orang tu..

Hmmm... Couple je pun, bukannya dah kawen...

Unknown said...

terkena dengan kisah hidup sendiri plak bila baca perbualan diatas.

Nanie said...

wow.. tersirat dan mendalam.. terima kasih atas peringatan

hidup memang menarik dan perancangan Allah itu cantik , suke :)

DYatie ABakar said...

DR. Dyg Rosmieyatie. Hahahaha.
Khabarkan pada DR, ucapkan selamat tinggal pada kisah yang telah berlalu. Dan satu hari nanti pasti DR akan berterima kasih kepada kisah lalu.

;)

AkuBukanLelaki said...

sakit rasanya.tapi dah berlalu,maafkan aje ;-)

Sya_Merpati Putih 88 said...

tinggal kan saja org yg tak hargai kita dan menipu kita...
kelak akan muncul org yg syg dan etrima kita seadanya...