Thursday, July 25, 2013

16 Ramadhan


Tahun lepas.
16 Ramadhan.
Aku jumpa dia.
Dia dan keluarga dia.

Kali pertama.

Tahun ini.
16 Ramadhan.
Tahun lepas masih pecah.
Tahun ini dah diikat.

Moga sampai sorga.


http://farm8.staticflickr.com/7257/7720568180_c0e5845209.jpg 


Dia tulis di Instagram sahaja.
[sini]

Wednesday, July 24, 2013

Laluan Diri.


Salam.
Salah satu benda yang aku belajar setelah mendirikan rumah tangga adalah setiap keputusan yang aku mahu lakukan --- aku sudah tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kalau sebelum ini, segala keinginan aku, aku akan pastikan dipenuhi dengan berusaha sedaya upaya tanpa mengira bagaimana cara, sekarang ini aku perlu lebih banyak tenangkan diri fikirkan dari banyak segi.

Ya.
Setiap daripada kita mana ada yang serupa. Aku orang yang tidak obses dengan diri sendiri. Sentiasa merasakan diri aku wujud sebab masih ada orang mahu bercakap dengan aku, jadi kalau tiada orang berbual dengan aku --- aku fikir aku adalah manusia yang mati. Aneh bukan? Tapi begitulah aku memandang komunikasi dan disebabkan itulah, aku bersyukur dengan kenyataan klon manusia adalah haram. Tak nak aku ada seorang lagi yang serupa dengan aku --- penuh cacat cela aku sendiri.

Hah!

http://farm6.staticflickr.com/5336/9245875273_525eb2309c.jpg
[Sumber gambar]

Kau mungkin pernah terfikir mahu melarikan diri daripada semua orang. Tinggalkan segala benda yang menyakitkan dan membunuh perasaan kacau bilau. Tenangkan diri daripada semua gangguan demi teruskan kehidupan. Tapi, pernahkah kau merasakan yang kau perlu kekal berdiri di tempat ini dan hadapi segalanya dengan muka penuh yakin demi memburu bahagia?

Laluan hidup ini, kau yang perlu pilih.
Untuk hapus perasaan sedih.
Untuk sembuh dan cepat pulih.
Ubati perasaan pedih.

Mengapa mesti lihat prejudis manusia?
Mereka tidak mengerti apa yang kau rasa.
Kau dan mereka tidak berada dalam kasut serupa.
Enyah sahaja perasaan kurang senang dengan mereka.
Kau pilih jalan yang kurang dosa.
Yang bawa gembira.

Kalau kau sendiri tidak mahu teruskan.
Tiada siapa akan bantu buat perubahan.
Ingat janji Tuhan.

:)


Monday, July 22, 2013

Pengalaman Baru Sebagai Isteri.


Salam semua.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama kekasih yang telah dinikahi --- walaupun kenal tidak sampai setahun ketika berkahwin, aku banyak belajar benda baru. Banyak belajar tentang bagaimana hidup yang selama ini, tengok orang lain lakukan, tapi tertanya-tanya sama ada aku mampu hadapi ataupun tidak dengan keupayaan diri.

Lain orang, lain kisahnya.
Kan?

01. Tinggal berjauhan dengan suami.
Selama ini, lihat kawan-kawan yang setiap kali Jumaat menjelma, sama ada terus bergerak dari sekolah bertemu suami ataupun menunggu suami pulang dengan gembira. Ada yang ambil cuti rehat jika suami punya cuti yang lebih daripada mereka. Sebagai penghargaan adanya mereka yang dikasihi di sisi. Rakan-rakan lelaki juga kebanyakannya begitu. Pulang menemui isteri walaupun jarak yang jauh harus ditempuhi. Memanglah orang akan kata setakat Johor - Selangor, apalah sangat kan? Tapi dengan kekangan waktu dan kesibukan kerja, masih boleh berjumpa, aku rasa itu cukup gembira dah.

http://distilleryimage10.ak.instagram.com/cd11b75ee77b11e297d322000aaa0a71_7.jpg
[Instagram] : Sebelum bertolak dari Bangi jam 4.30 pagi pada hari Isnin sebab sekolah mula jam 7.30 pagi. Ya, aku memandu sendirian pulang ke Muar di pagi hari. Muka tanpa solekan sebab perlu berhenti di R&R untuk solat.

02. Pergi ke acara yang disukai bersama-sama.
Kalau aku dengan minat aku pada buku, pada seni yang dihadiri oleh kelompok kecil tapi menyenangkan hati walaupun dihiasi dengan nyanyian puisi, dikiran muzik, serta hembusan asap sigar dilentuk oleh udara cemar motokar --- Encik suami pula lebih kepada benda berkaitan fotografi dan elemen ketuhanan. Nampak macam sangat berbeza, tapi dengan benda yang aku suka, dan dia suka --- sebenarnya, ada nilai persamaan yang mampu dikongsi bersama.

Sudah lama jadi impian aku menghadiri majlis-majlis seni bersama dengan lelaki yang disukai, supaya dia tahu daripada mana aku mulakan langkah aku yang dia sendiri kenali, yang kadangkala tenggelam dengan pembacaan dek khayalnya aku pada aksara. Kalau dia sering kata aku dikenali oleh manusia lain yang aku sendiri tidak kenal, aku mahu dia tahu --- dikenali disebabkan aku tenggelam dalam benda yang aku suka.

http://distilleryimage6.ak.instagram.com/d8c29e84d62c11e2890322000a9e48f1_7.jpg
Arts For Grab - Central Market. KLAB13.
03. Beli baju raya bersama.
Mungkin orang lain masa bercinta dah buat perkara begini, tapi orang macam kami yang --- diam cari perkataan --- "Noob" bak kata suami, lepas kahwin baru buat semua perkara yang selama ini pasangan kekasih tanpa ikatan nikah buat. Ha ha ha.

Cari baju raya dalam kesesakan orang, cuaca panas dan bulan puasa sememangnya cabaran. Nasib baik pergi pagi. Kalau pergi petang, mungkin aku dah jadi anak kecil yang duduk sahaja menahan lapar dan dahaga. Ya, teman suami cari baju raya dia memandangkan aku anak banyak baju yang baru dipakai sekali tahun ini. Terima kasih pada baju tunang, nikah dan majlis kahwin. Baju tunang sahaja aku baru pakai 3 kali. Ha ha ha.

http://distilleryimage3.ak.instagram.com/a985ff0cf1c111e2934722000a9f3cae_7.jpg
[Instagram] Pakej baju Melayu dari KL Tradisional. Siap dengan samping. Butang baju Melayu beli dari kedai lain.

Itu sahaja buat masa ini.
Lain kali cerita lagi.
:)

Monday, July 15, 2013

Rumah Penerbitan Roman


Salam.
Jujurnya, tahun ini dihimpit dengan kesibukan pekerjaan di sekolah menyebabkan aku tiada tulisan sempena Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya. Barangkali tiada apa yang mahu dikongsikan memandangkan kehidupan aku mendatar dan mencari ruang waktu menulis tatkala kecelaruan kerja timbul sana sini menyebabkan aku lebih banyak menenangkan diri dengan menikmati tidur di celahan buku-buku yang aku suka.

Cuma, dalam kesibukan sedemikian rupa, seminggu sebelum berpuasa, aku sempat menghadiri majlis pelancaran ROMAN - rumah penerbitan seorang kenalan penulis yang aku kagumi (dan di majlis ini juga kali pertama aku bertemu beliau). Heh. Kira kenalan sebab aku ikut dia di Twitter, novel dan koleksi cerpen dia. Betul kan Nizambakeri?

Sedikit gambar hasil lensa suami.

1. Semasa pelancaran berlangsung.

http://farm4.staticflickr.com/3702/9232266555_3335b4de58_z.jpg
Nizambakeri. Dari belakang.

http://farm6.staticflickr.com/5522/9232272981_6fe8b3091e.jpg
Persembahan ukelele dari teman wanita (khabarnya) Adiwafi - #Rahsia2Pria

http://farm4.staticflickr.com/3780/9235055966_4e6b0524a4.jpg
Kalau anda pernah nampak lelaki di sebelah kiri dalam filem KIL, anda tidak salah. Aidil Manjalara.

2. Selepas persembahan serta forum/sesi soal jawab bersama penulis-penulis Roman.

http://farm3.staticflickr.com/2818/9235060486_42d2a391ef.jpg
Rasa macam pergi festival?

http://farm8.staticflickr.com/7362/9232283477_eb78edfa62.jpg
Minta orang lain ambilkan. Padahal orang sedang sibuk-sibuk ambil tandatangan penulis.

http://farm4.staticflickr.com/3820/9235059552_ccf6c02e86.jpg
Ini dia Nizambakeri. Penagih kopi juga.

http://farm6.staticflickr.com/5482/9232276395_e00a67a323.jpg
Tulisan yang cukup cantik dan kemas.

http://farm6.staticflickr.com/5479/9232284705_b7783b32af.jpg
Ada scorer29 juga. Nama beliau Nizam juga.

Oh ya, ada beberapa fakta yang mahu dikongsikan.
1. Pemilihan kawasan pelancaran membuatkan aku senang hati walaupun perlu menukar LRT ke monorel.
2. Aku dapat jumpa Nizambakeri selepas kenal sejak Jun 2011.
3. ROMAN adalah bukti bahawa cita-cita dan impian boleh dilaksanakan walaupun mengambil masa.
4. ROMAN sedang buat promosi. Cari mereka di Twitter dengan @romanbuku. Di FB - Roman Buku.
5. Gembira dapat menghadiri majlis bersama suami. Lebih mudah.

Gambar boleh dilihat di [Flickr]

Friday, July 12, 2013

WASH : Setahun.


“Woit aku suka hang!”
    “Kau salah hantar DM?”

    “Tak. Tak”
    “Kalau salah, aku abaikan”

    “Kau kosong?”
    “Kalau dalam erti kata, tiada orang punya, ya”

    “Kalau kosong, bolehlah ya?”
    “Kita kawan dulu boleh?”

    “Aku nak jumpa keluarga kau”
    “Seriously?”

*******

Terima kasih.
Terima kasih kerana secara tiba-tiba meluahkan rasa walaupun aku tidak kenal rupa kamu dan langsung tidak berjumpa apatah lagi mendengar suara. Terima kasih atas luahan hati yang sehingga kini kita masih tidak mengerti, bagaimana dua manusia yang tidak pernah saling kenal, boleh ditakdirkan jatuh hati sehingga sudah mendirikan rumah tangga.

Jodoh itu rahsia Allah.
Tapi macam yang kamu pernah katakan pada aku sebelum ini :

"Sebab ini semua adalah magis"

Terima kasih kerana memilih anak ini setahun yang lepas walaupun aku termangu-mangu aneh membaca pesanan kamu di Twitter ketika itu. Ya, melamar menggunakan Twitter tanpa tahu gambar sebenar kamu walaupun ada sahaja teguran tidak tentu hala tanpa ambil kira dan peduli siapa sebenarnya kamu. Menariknya, wajah juga langsung tidak diketahui bagaimana paras rupanya.

"Er, kau memang tak letak gambar sendiri eh?"
"Tak suka ambil gambar"

"Dah tu macam mana aku nak tahu kau siapa?"
"Aku ada gambar dekat Google+ kot?"

"Google+?"
"Aah"

"Kau ingat semua orang guna Google+?"
"Aku guna"

"Kat situ je ada gambar kau?"
"Aah"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8SzTeTc1MSPTNHbEnPi5PgkWwpSM1nJI_QctkOL8bCLdkzLFd9EJwCAen5KWD-ExFC7pd6uFfCvWKqEuBxqnBZfoe4C3gkVgCJ-lP7VhiqVPSYOzHbkL1HQ_Y1-T_mbeShwufmXJJqEQ/w583-h581-no/spek-baru.jpg
Ya, ada orang meluahkan perasaan dengan letak gambar ini sebagai avatar setahun yang lepas.

WASH!

Tuesday, July 09, 2013

#TadarusQuran4 Kembali


Salam semua.
Projek khas Ramadhan kembali lagi tahun ini. Jika berminat kaedahnya masih sama seperti dahulu.

PROJEK RAMADHAN 2013
(08 Julai 2013 hingga 08 Ogos 2013)

Salam semua.
Projek tadarus bersama rakan maya dibuka semula untuk tahun 2013. Terbuka untuk sesiapa sahaja dan memandangkan hampir kesemua daripada masyarakat kini mempunyai telefon pintar, aku percaya bahawa aplikasi Al-Quran pastinya ada dalam telefon genggam kalian. Jadi, tiada kekangan kalau alasan tiada naskah Al-Quran untuk dibaca. Muat turun sahaja aplikasi Al-Quran dan anda boleh membacanya. 

Kaedahnya masih sama lagi seperti tahun-tahun yang lepas. Boleh dirujuk di sini, sama ada pada tahun 2010, 2011 ataupun 2012. Ini adalah penganjuran tahun keempat.


01. [Juzuk 01-03] :
02. [Juzuk 04-06] :
03. [Juzuk 07-09] :
04. [Juzuk 10-12] :
05. [Juzuk 13-15] :
06. [Juzuk 16-18] :
07. [Juzuk 19-21] :
08. [Juzuk 22-24] : 
09. [Juzuk 25-27] : 
10. [Juzuk 28-30] : 


Cara :


1. Boleh tinggalkan komen di sini. 
2. Pilih juzuk mana yang mahu dibaca dan kumpulan mana. (Pilih di sini)
3. Tinggalkan nama (beserta twthandle jika ada) 
4. Jika anda tidak meninggalkan pesanan/komen di sini, boleh hubungi aku di Twitter. (@zara_syed)
5. Sebarang pertanyaan, boleh ajukan pada aku ataupun ikuti hashtag #TadarusQuran4 di Twitter.

Contoh :

1. Juzuk 4-6 (Kump A) | Zara (@zara_syed) 

Selamat menyebarkan lagi urusan kecil ini kepada sesiapa yang berminat mahu berkongsi.
Salam Ramadhan.
Selamat berpuasa.

(boleh tekan pautan ini)

Friday, July 05, 2013

#TripIpoh : Ipoh Dan Khizanat.


Kerja gila.
Benda yang paling aku impikan selama ini adalah buat kerja ikut kepala aku - kemas barang, letak dalam kereta dan memandu ke tempat yang aku rasa nak pergi. Selama aku bujang, benda tu selalu terbayang dalam kepala aku dan aku tahu aku tak boleh tunaikan disebabkan keluarga aku mesti tak benarkan aku pergi. Jadi, bila aku dah punya suami (eh, dah kahwin?) - aku berpeluang untuk melaksanakan impian tersebut, pada hari ketiga lepas menikah.

Ha ha ha.
Gila.

Jadi, berikutan dengan perjalanan aku yang singgah di Pesta Buku Selangor, kami terus menuju ke utara, lebih tepat Ipoh walaupun kami pun tak tahu sebenarnya nak pergi ke mana. Pernah kau jumpa dua orang makhluk yang memandu tanpa hala tuju? Kalau belum pernah, sekarang kau dah jumpa.

http://farm3.staticflickr.com/2816/8985153298_34499e3c46.jpg
Memang begini cara beliau memandu. Dah beliau pendek. Memang dekat dengan stereng.

Semasa dalam perjalanan, masih panas terik begini. Melalui kawasan Tapah dan sebagainya, masih lagi dibawah bayang-bayang matahari walaupun terdapat beberapa insiden yang boleh dikatakan hanya boleh ditemui di dalam filem. Patutlah filem selalu tunjuk, memang orang kita selalu terbuat perkara begini. Ke memang kita semua cepat sangat menjadi tua dalam masa beberapa hari?

Untuk pengetahuan para pembaca (ceh! Macamlah ada pembaca) - setakat ini jika kami dalam perjalanan ke mana-mana, tidak sekalipun radio itu perlu dibuka disebabkan ada manusia paling kuat bercakap dalam dunia sedang memandu (tenung cermin sambil tepuk bahu sendiri).  Jadi, selain berbual dan memerhatikan keadaan sekitar, kami juga suka bergambar. Er, lebih tepat, aku yang suka bergambar walaupun kaku dan kayu. Ah! Peduli apa aku!

http://farm6.staticflickr.com/5459/8983919285_cdb15e6fe3.jpg
Lantaklah orang nak kata cheezy ke apa. Dah halal.

Eh.
Jadi, berpandukan Waze (terima kasih suami) - kami menemui laluan mana yang patut diikuti. Aku sebagai pemandu yang berhemah haruslah mengikut sahaja kata-kata orang yang lebih memahami cara nak baca peta guna telefon. Nak mengharapkan aku? Ikut sedap hati tengok papan tanda sahajalah walaupun itu boleh menyebabkan kami mungkin muncul di tempat entah mana-mana.

http://farm9.staticflickr.com/8140/8983915573_18e22338f6.jpg
Masa ini hujan sudah mulai turun dengan lebatnya.

Apa pun, Alhamdulillah, tiba di Ipoh dengan selamat dan misi pertama adalah cari di mana hotel yang telah ditempah. Kami memilih Tunes Hotel sebab murah dan cantik (walaupun pandangan pertama aku telah dicemari dengan kejadian sewaktu mahu mendaftar keluar pada keesokan harinya)

http://farm4.staticflickr.com/3831/8983911387_4dec4032b7.jpg
Memang cantik bilik Tunes Hotel. Selesa pun ya juga.

Memandangkan ini adalah perjalanan kali pertama berdua bersama, dan tempat yang dituju pun main redah sahaja, tak tahu mana nak pergi. Nasib baik teringatkan ada MJ (Mohd Jayzuan) di Twitter pernah promosi tempat nama Khizanat. Terus tanya pada seorang kenalan yang aku temui di Central Market beberapa bulan sebelumnya tentang tempat tersebut. Janji dibuat dan dia akan bertemu kami di hadapan hotel.

Setelah menunggu hampir setengah jam, Min muncul dan rupanya Khizanat hanya perlu melintas dua jalan sahaja daripada Tunes Hotel. Hoh! Kalau tahu dah pergi sendiri tanpa menyusahkan orang. Akhirnya, Khizanat yang terkenal di Twitter sebagai tempat anak-anak seni di Ipoh berkumpul telah aku jejaki!

Hoyeah!

http://farm9.staticflickr.com/8393/8949790542_583ef44d8a.jpg
Burger D.I.Y. di Khizanat. Serius, kena makan sebab daging itu mereka buat sendiri.

http://farm4.staticflickr.com/3666/8949787630_34c8205400.jpg
Pernah kau nampak orang lain buat ulasan makanan macam aku? Tulis pada dinding.

Ya.
Di sini jugalah aku dipertemukan dengan seorang yang sangat istimewa. Seyn. Min memperkenalkan kami dan sungguhpun kali pertama berjumpa, dia anak yang sangat peramah macam telah bertahun dikenali. Barangkali sebab aku juga budak yang menulis secara indie, ataupun benang takdir telah mempertemukan kami.

Cewah!

Seyn : Korang dari mana?
Aku : Muo.
Seyn : Dari Muar datang Ipoh?
Aku : Ya.
Seyn : Buat apa datang Ipoh?
Aku : Saja.
Seyn : Korang baru kahwin ke? 
Aku : Ya.
Seyn : Bila?
Aku : Kelmarin.
Seyn : Gilalah! Apa korang makan malam ni semua aku belanja!
Kami : Serius? Jangan buat main.
Seyn : Aku suka meraikan cinta.
Kami : Terima kasih banyak-banyak.
Seyn : Esok korang pergi mana?
Kami : Entahlah.
Seyn : (sambil pandang Kopi) Ambil nombor telefon aku. Esok aku bawa korang jalan sekitar Ipoh.
Kami : Tak menyusahkan ke?
Seyn : Relaks. Tugas aku sebagai orang Ipoh.

Ya Tuhan!
Kali pertama bertemu tanpa kenal satu sama lain (dan akhirnya aku sedar bahawa aku pembaca tulisan beliau juga dalam Travelog Rabak) - aku bersyukur sebab bertemu dengan insan yang baik dan ceria ini. Tentang apa jadi esoknya, aku simpan dahulu.

Yang penting, malam tu aku dapat jumpa juga dengan MJ. Ya, salah seorang idola dari segi penulisan dan karya. Malangnya, aku tak ada ambil gambar. Deng!