Sunday, June 23, 2013

Empat Minggu


Empat Minggu lepas

p.s. Entri ini ditulis dengan buah berangan di tangan.

Siapa sangka dalam waktu begini, sudah berkahwin. Punya isteri, tanggungjawab yang lebih banyak serta amanah yang bakal dibawa hingga hujung nyawa.

http://farm3.staticflickr.com/2808/8958012068_437855791e.jpg
[Flickr]

http://farm8.staticflickr.com/7430/8958035728_eb65ed3cef.jpg
[Flickr]

http://farm8.staticflickr.com/7445/8957998476_d28a291bff.jpg
[Flickr]

http://farm4.staticflickr.com/3820/8956701691_19d3923af4.jpg
[Flickr]

Pakaian untuk nikah dan resepsi adalah baju-baju kami sendiri. Jadi sesiapa yang berminat nak pinjam/sewa, Puan Isteri kata beritahu dia. Kasut yang dia baru pakai dua kali pun dia nak bagi pada sesiapa yang katanya - "mahu-nampak-cantik-tinggi-tapi-sakit".

P/S : Gambar-gambar boleh dilihat di Flickr.

Tuesday, June 11, 2013

#TripIpoh : Pesta Buku Selangor 2013



SACC. 28 Mei 2013
Kalau penulis dapat 5 tapi sebab baru kahwin bos kata bagi 10.


http://farm6.staticflickr.com/5327/8985125812_6377a7d3e6.jpg
Ini bos buku baru Puan Isteri. Dia masih bekerja untuk Terfaktab lagi.
Teman Puan Isteri ke pesta buku untuk ambil bukunya. SACC adalah hentian pertama kami dalam program TripIpoh. Tapi Puan Isteri, mana boleh ambil sahaja buku yang ditulis. Pastinya ada benda lain yang mahu dibeli. Yang tentunya buku juga.

http://farm4.staticflickr.com/3787/8985137834_147143c435.jpg
Kan dah kata?

Antara yang dibawa pulang.
Beri beberapa goodie bags pada mereka yang ada di booth pada masa itu. Puan Isteri bawa sekotak besar berisi goodie bags untuk diberikan kepada kenalan dia di booth JelajahLejenFixi dan IndieKe. Memang sering mengingatkan rakan-rakan Puan Isteri ni walaupun yang dia jumpa di booth tidak dia kenali, tapi orang kenal dia.

"Awak famous"
"Hoh! Mana ada"

Jumpa bos Terfaktab, Aqram sekejap dan makan dengannya. Memang saat yang menggembirakan. Puan Isteri jumpa dengan ketua yang dia bekerja selama ini. Dan saya juga gembira kerana dapat mengenali rakan-rakan Puan Isteri.

Sedikit gambar lagi di Pesta Buku Selangor :

http://farm8.staticflickr.com/7310/8985129782_502ba3a536.jpg


http://farm4.staticflickr.com/3755/8983926681_ba03797406.jpg

Dan kami gerak kembali untuk ke destinasi utama, Ipoh.
Sambung nanti.
:)

@lomo_tech.
Lebih gambar boleh dilihat di Flickr.

Monday, June 03, 2013

Terima Kasih.


Untuk semua doa.
Untuk semua ucapan.
Untuk semua sokongan.

Hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan. 

Daripada sekadar anak yang menulis di sini, menjadikan blog sebagai satu terapi, aku berkongsi segala jenis tulisan aku, daripada bersifat peribadi ataupun sebagai refleksi mata memerhati. Tidak kurang ada yang suka dan lambakan yang membenci, aku masih dengan cara aku menulis sehingga aku mampu hasilkan beberapa tulisan yang diterbitkan walaupun sekadar indie.

Ah!
Anak macam aku, butuh doa daripada kalian untuk yang baik-baik. Demi kekuatan yang barangkali kalian sering kata aku berikan --- bahkan, kalian yang datang membaca adalah sumber kekuatan aku untuk terus menulis dalam ruangan ini. Dunia aku sendiri yang barangkali ada yang mengerti, ada yang terus campak ke tepi. Bagaimana mungkin aku puaskan hati dan keinginan setiap orang kan?

:)

Maaf jika aku tidak dapat mengundang kalian.
Jujurnya barangkali kerana aku sendiri banyak menguruskan persiapa sendirian sambil berkejar dengan urusan pekerjaan yang menimbun banyaknya. Di blog juga tiada apa yang aku kongsikan, mungkin sekadar penulisan aku dengan label Perjalanan 30 sahaja. Ia ditulis sebagai satu pengiraan aku bakal melangsungkan perkahwinan dan aku tahu, ramai yang tidak menyedarinya.

Ah!
Kalian kenal aku bukan?
Benda ini aku kurang gemar mahu hebahkan.
Barangkali aku segan.

(tarik nafas --- paling dalam)

Teruskan senyuman.
Setiap daripada kita perlu hidup dalam kegembiraan.
Setiap daripada kita layak merasa kebahagiaan.

Aku mengambil selangkah ke hadapan.
Dalam merasai kehidupan.
Menterjemah impian.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjL5A4Q-tB2uG6gDMLvmaH0hkN95-PXmEDZHJgdCudbJlipW15Bh7w1YuLMAo8YJChPt2HjRg-b74jWWgq_x8bSLnfby5EAuWo1SbrcINQg1WCnnfxg54_kLkc0X_CdGYSeuuXpxsHEoZU/s583-no/nikah.jpg
26 Mei 2013 : Selepas nikah. Persalinan lelaki buat sendiri. Persalinan aku beli siap.


26 Mei 2013 : Kek sempena sesi makan berdamai. Terima kasih pada Chef Zam Akmal - MadAboutCake (MAC).
Gambar dari FB Azayu.


Oh.
Kenapa Twitter?
Sebab dilamar di Twitter.

Untuk lebih gambar, boleh cari #zarasyafiq di Twitter dan Instagram.