Wednesday, February 01, 2012

#WW18 : Ini Tarian Aku Sendiri




Dalam hidup, ada beberapa perkara yang aku takuti pernah muncul.
Aku tahu, ada yang secara harfiahnya akan muncul dan buatkan aku terhenti pada tahap yang aku sendiri mungkin tidak mampu untuk bersembunyi. Aku mamah kesakitan aku sendirian, tinggalkan alam realiti yang aku hadapi setiap hari dengan sedikit doa agar, di alam maya, tempat tiada siapa kenal manusia beku yang menjalani kehidupan penuh cabaran di luar sana, akan mampu menghela nafas lega.

Buat beberapa lama, tarian ini aku yang punya.
Aku larikan adrenalin gembira aku dengan menulis sesuatu buat tatapan semua.
Buat mereka yang mungkin berkongsi cerita yang sama.
Kerana aku tahu, manusia tidak pernah sendirian atas dunia.
Aku tidak kisah jika aku tidak punya pembaca berjuta.
Aku bukan mengejar gelaran untuk jadi terkenal, kerana aku bukan sesiapa.
Aku cuma mahu hidup dengan baik dalam dunia yang aku cipta.
Ya, Dunia Sebelah Zara.

Tapi, bila ada orang mula buka mulut tentang tempat yang aku sukai ini, aku rasa sedikit tercemar diri.
Tempat aku luahkan segala benda yang aku suka sudah tiada lagi.
Tempat aku berkongsi apa yang aku lalui.
Tempat perlindungan terakhir aku sudah dicerobohi.

Ini tarian aku sendiri.
Ini tarian janggal aku atas pentas peribadi.
Ini tarian yang aku lupakan segala kesakitan setiap hari.

Ini tempat yang kau sudah canang dan biarkan aku bertungkus lumus menjauhi mati.
Ini tempat yang kau sudah buka mulut dan cerita sesuka hati.
Dan aku terfikir mahu mengundur diri.
Supaya tiada istilah benci.
Ataupun sakit hati.

http://farm5.staticflickr.com/4093/4799457610_c202c3fe50.jpg
[Sumber gambar]

A : Awak ingat apa yang saya cakap sebelum ini?
Z : Apa dia?
A : Segala benda yang ada di Internet, akan jadi hak milik setiap orang.
Z : Dan sebab itu awak baca apa yang saya tulis?
A : Sebab benda itu ada dalam Internet.
Z : Sekejap. Kalau awak kata semua benda dalam Internet akan jadi hak milik setiap orang, saya boleh dijumpai di dalam Internet, adakah saya milik setiap orang juga?
A : Terpulang kalau awak rasa begitu.
Z : Awak rasa begitu juga?
A : Entah.
Z : Tak boleh!


Nota Kaki :
Terfikir untuk memperibadikan ruang tulisan aku buat masa ini. Entahlah. Ini bukan dasar penakut ataupun apa, tapi ruang selesa aku sudah mula terdedah. Tiada lagi tempat selamat untuk aku berlindung dan pakaikan topeng pada wajah bila terlampau penat melayan karenah dunia nyata.

Zara : Kadangkala, apa benda yang kita mahukan tidak akan tercapai. Kadangkala, tidak mengira betapa kita mahukan sesuatu, kita terpaksa lepaskan keinginan itu. Dan aku mungkin terpaksa melepaskan ruang istimewa dalam alam maya ini dengan duduk diam pada satu tahap yang aku sendiri pastinya tidak akan pernah rasa gembira lagi. (Shafaza Zara, 1 Februari 2012)

12 comments:

mr_right said...

saya paham maksud itu. sebab saya pernah mengalaminya:) btw, blog macam ni sepatutnye dijadikan tumpuan ramai sebab memang bagus pun. hee..

http://hafizilmi.blogspot.com/2012/01/if-you-want-to-be-famous-blogger-be.html

Akim Iqbal said...

wuwuwu taktau nak komen apa..

ieda Qema said...

Kdg2 kita perlukn ruang untuk bukan sekadar bernafas. Tapi juga untuk melepaskn segala rasa. Biarpon menari dengan penat, namun itulah tarian kita.. :)

takky said...

kenapa org 2 ckp mcm 2?
x patut...

sarah shamsyul said...

tak terkata.cuma jangan berhenti menulis ya.

Unknown said...

penulisan kita lahir dari hati kita, jika ada yg menyukai atau mengkeji, ucapkan terima kasih :D

kueh bakar said...

bila anon senang melepaskan segala luahan.tiada siapa terasa hati.tiada siapa terguris.tiada rasa malu.

bila dikenali. apa lagi oleh orang-orang terdekat. secara automatiknya, tarian aksara tidak lagi seperti dulu.mungkin tidak boleh menulis dengan hati. ada had-hadnya.ada batas-batasnya.kerana menulis adakala tidak sama maksudnya dengan membaca..ada hati perlu dijaga bukan..

dunia anon itu indah.

AJ said...

Suatu yang aku percaya; penulisan bisa tercarik polosnya bila marhaen lain membongkar dunia kita seperti satu jenaka.

Menggantung setiap susun huruf untuk membalut kita dengan malu dan kemurungan cabulan ruang kita berlari sendiri tentu saja membolak-balikkan diri kita pada layar ini.

tapi.
harus ingat satu.

kemanusiaan kita ini buatkan kita tidak pernah sempurna.
dan biar saja kegagalan sempurna itu kita bimbit dengan ingatan dan amaran supaya tidak merebak pada pamer peribadi kita di nyata dunia; dan biarkan disini.

dan kamu tahu?
bilamana benar kita yakin ini dunia kita; harus tentu biar percaya begitu.
kalaupun ada penceroboh, jangan kita undur merebah kerana yang harus keluar adalah dia; dan bukan si tuan tanah.

maka.
berdiri di mana kamu harus berdiri.
biar si dia datang menceroboh kalau dia mahu; tapi dia harus terima keterbukaan kalau ada bilah kata memang hal dia.
dan dia harus tahu, ini Dunia Sebelah Zara; dan harus melihat dari dunia Zara; bukan mencipta halusinasi lain untuk Zara sendiri.

oh.
itu yang aku percaya.
dan tak salah untuk kamu percaya lain dari yang aku pegang.
seperti warna-warna pelagi yang harus ada belbagai supaya dunia tak mati dengan hanya satu warna kan?

*senyum*

you are strong enough to stand still; here, as a Land Lord Zara.

*smile*

Anonymous said...

Akak, saya yakin akak kuat :')


Biarkan orang-orang yang membuat onar itu sendiri, kerana akak harus tahu, ada ramai lagi insan yang masih menghargai dan menghormati hak-hak akak dalam dunia ini :)


Akak tak harus mengalah kepada insan berhati dengki itu. Mereka bisa iri hati kerana tidak mampu memiliki apa yang kakak miliki sekarang.


Last but not least, saya doakan akak sentiasa dalam limpahan rahmat, kasih sayang, redha dan berkat dari-NYA agar akak akan terus mampu mengharungi kehidupan ini walau sesukar mana sekalipun cabaran yang hadir. Amin :)

cikmawar said...

ni sarang yang paling sy suka ! plz jgn private.. huhu..

this is for u..
http://berketukketak.blogspot.com/2012/02/blog-kegemaran.html

Primadona said...

Cheer up kak zara.Situasi inilah yang sering membuatkan saya menjadi lebih berhati-hati di dunia maya.Kini semuanya sudah terdedah.Penat untuk bersembunyi di balik diri akhirnya ruang untuk saya meladeni perasaan kini mula sepi.

PROFFY said...

apa yang cikgu zara lalui ini lebih kurang sama mcm apa yang saya lalui sekarang bila saya rasa ruang untuk saya meluahkan segala rasa hati mula jadi bahan cerita2 orang.. ada yang gelak sinis..menyindir mungkin.. dan akhirnya saya terpaksa buat blog yang lain utk saya menulis dengan selesa :(

dan kisah2 cinta yang
cikgu zara tulis juga sama
seperti apa yang saya rasai pada waktu ini...