Saturday, February 04, 2012

Ditipu Kali Kedua Dengan Orang Yang Sama.



Hidup ini unik.
Sangat unik.
Kadangkala, kita tidak mengerti bahawa jalinan takdir itu sungguh istimewa hingga membawa kita ke satu tahap yang kita tidak boleh cerna. Segalanya baik, segalanya bagus sahaja. Tetapi, di penghujungnya, ada cerita yang aneh dan pastinya kita tidak boleh panggung baris bicara dan sabda.

Kita percaya manusia.
Kita berikan peluang pada manusia untuk perbetulkan kesilapannya.
Kita redha dengan apa yang pernah berlaku walaupun tidak pernah keluar sebaris kata maaf darinya.
Tapi kita tetap terima, bagaikan tiada apa yang berlaku.
Bagaikan semuanya baik sahaja dan bahagia.
Kita hadam segala kecewa.
Kita telan segala sengsara.
Sampai kering jiwa.
Sampai kontang rasa.


http://farm6.staticflickr.com/5285/5276789931_40b0972588.jpg
[Sumber gambar]

Selamat kembali dunia lama.
Selamat kembali dunia tanpa warna.
Selamat kembali dunia yang hanya tahu bahawa segalanya bukan sia-sia.
Tapi ada pengajaran dan hikmah disebaliknya.

[tambahan]
Selamat datang dunia baru.
Selamat datang dunia tanpa haru biru.
Selamat datang dunia yang bakal membawa kegembiraan aku.

Diam.
Tiada tangisan.
Tiada raungan,
Yang ada hanya secebis senyuman.
Melihat penipuan.

Nota Kaki :
Percaya dengan apa yang dilihat dan dibaca. Apa yang dilihat dalam perbuatan manusia kadangkala anehnya boleh mengelabui pemikiran serta jiwa.

Zara : Hidup perlu diteruskan seperti biasa .

14 comments:

s u a r a h e a R t y said...

sampai ke hati :(

tieha ismail said...

hurmm sedih...seolah2 terbekas di jiwa ini =(

gadishebat. said...

i've been through this.in fact, zna tak rasa ditipu. lagi pelik kan?becoz he's a good friend of mine,and kitorg just tak compatible to be in a serious relationship.skrg, we're still best friend,and he's getting married now, and i'm happy with my life ;)

btw,twthandle sy @gdshebat kak zara.ehehe

kueh bakar said...

kadang tidak boleh percaya apa yang lihat
kadang tidak boleh percaya apa yang dibaca

kerana adakalanya
disebalik penglihatan itu
disebalik pembacaan itu
adalah 'percaya' yang sebenar

ieda Qema said...

hidup bukan untuk apa apa yang kita impikan..

:) dan teruskan hidup!

Anonymous said...

entah kenapa setiap kali zara post entri baru, setiap kali itu lah post zara kena atas batang hidung saya.. huhu..berkebetulan sungguh. kali ini, saya lihat lagi penipuan kali yang kedua. sedih tapi tetap tegar tersenyum. terima kasih zara, kerana kerapkali coretan anda jadi pembakar semangat.

Anonymous said...

Orang kata, tiada lagi peluang kedua. Semoga insan yang dimaksudkan dalam entry ini sedar atas setiap kekhilafannya. Hidup kat dunia ini, bila fikir-fikir balik, kalau setakat nak buat jahat je, bukannya bawak kebaikan pun :/

reenapple said...

everything happens for a reason..=)

aindzaya said...

sebagai pengjaran dalam kehidupan...


Dihimpit lelaki lelaki. Dilema!

ADEEYA said...

=,)

dayah said...

hi..pe kabar

dayah said...

ops.. sabar, sebb perjlnn hidup masih pjg eh ;)

ARMZ said...

Zara, mungkin masih ada sesuatu yang belum disampaikan olehnya pada masa dulu, jadi dia hadir buat kali kedua. Kita selalu bertanya, kenapa? Jawapannya saya percaya ada sepanjang awak bersama. It goes the same for me. Mencari jawapan dalam kegagalan di dalam perhubungan yang lepas di dalam perhubungan baru, you won't find it. For me. Tabahlah kamu.

Amirah Zulhijjah said...

walau apapun yg jadi, hidup mesti diteruskan...apa yg berlaku jadikan sbg pengajaran utk kita lebih kuat menempuhi hari2 mendatang..=)