Saturday, August 13, 2011

#13 #Ramadhan : Kenapa Mahu Bunuh Diri?


Kalau ada suatu benda yang paling tidak mahu diketahui di dunia ini adalah, mesin bila kita akan mati dan semua orang akan tahu benda itu. Paling tidak dimahukan memandangkan setakat ini aku belum jumpa sesiapa yang mahukan ajal dia datang secepat mungkin supaya dia dapat rehat tenang (harapnya) di dalam kubur. Jika ada sekalipun mesin sedemikian, pastinya semua orang mengharapkan jawapan itu salah.

Mesin : Masukkan tarikh lahir anda.
Anda : Tekan tarikh. Tekan bulan. Tekan tahun.
Mesin : Masukkan nama anda.
Anda : Tekan nama sendiri.
Mesin : Kami sedang mengira. Sila tunggu.
Anda : Tunggu sambil berdebar-debar.
Mesin : Sila cetak keputusan ini dengan menekan butang P.
Anda : Tekan butang P.
Mesin : Anda akan mati pada tarikh sekian, bulan sekian, tahun sekian. Untuk mengetahui bagaimana anda mati, sila tekan C.
Anda : Tekan C.
Mesin : Sebab anda mati akan keluar bersama dengan kertas yang dicetak.
Anda : Tunggu kertas dicetak.
Mesin : Terima kasih atas penggunaan mesin ini. Ada pertanyaan sila ajukan ke laman sesawang kami.
Anda : Pergi terus ke komputer sebelah tangan.

[Sumber gambar] - Ini bukan mesin tanya nyawa. Balik jangan cari pula.

Itu kalau kita mampu untuk mengetahui bila kita akan mati. Bila kita bakal menyertai moyang-moyang, atau datuk nenek serta sesiapa lagi di alam yang kita tidak akan tahu nasib sendiri. Alangkah di dunia sekarang ini pun kita tidak dapat menelah bagaimana akan terjadi dalam masa seminit lagi, ini di dunia sana yang selama ini hanya kita dengar dan baca?

Aneh.
Pelik bila orang mahu merenggut nyawa sendiri.
Merampas sesuatu yang tidak mampu dibeli hatta tidak diketahui di mana kedudukannya.
Kau tahu mana tempat nyawa?

Setiap manusia ada harapan.
Setiap makhluk bernyawa pasang impian.
Berusaha mahu terus berjuang dan dapatkan.
Tetapi, segelintir mahu renggut menggunakan tangan.

Sebab merasakan diri gagal.
Sesetengah orang merasakan mereka gagal dalam hidup. Gagal entah dari sudut mana sekalipun, dia merasakan bahawa dirinya adalah manusia paling tidak beruntung, manusia paling rugi, manusia paling menyedihkan dan entah apa lagi sifat yang akan membawa mereka pergi mati adalah lebih baik. Suatu benda yang paling ketara jika dilihat dalam pandangan lebih luas, biasanya adalah melibatkan kerjaya. Itu kalau di negara maju.

Kalau di antara budak-budak (anak-anak yang meningkat remaja) - sebab utama adalah peperiksaan, tekanan hidup keluarga dan paling tidak boleh diterima akal adalah cinta. Ya, sebab cinta dan mengambil keputusan untuk mengorbankan nyawa yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Alangkah jari terluka pun kita tak boleh beli darah nak ganti balik yang menyembur keluar, apatah lagi nyawa.

XX : Aku rasa aku patut mati.
XXY : Kenapa?
XX : Hidup aku dah tidak bermakna.
XXY : Maksud kau?
XX : Tiada siapa sayang aku di dunia. Orang yang paling aku cinta pun tidak setia.
XXY : Kau pasti dia tidak setia?
XX : Hati aku sakit sangat dengan dia. Kenapa dia kata dia tak pernah bahagia dengan aku?
XXY : Kau pernah bahagia dengan dia?
XX : Tak.
XXY : Langsung tak pernah?
XX : Entahlah. 
XXY : Jadi, betul nak mati?
XX : Aku cakap dengan dia aku nak mati.
XXY : Kau ugut dia?
XX : Ya.
XXY : Kau ugut dia dengan alasan kau nak bunuh diri sebab hubungan tak menjadi? Nak bersama kembali?
XX : Ya.
XXY : Kalau dia buat tak endah, kau akan bunuh diri ke?
XX : Ada ke orang tak endahkan bila ugut nak mati?
XXY : Ada.
XX : Siapa?
XXY : Aku salah seorang aku rasa. Aku tak peduli orang nak mati sebab benda remeh temeh begini. Alangkah pesakit kanser, orang yang nazak dan apa lagi yang kronik pun tidak sanggup untuk habiskan nyawa sendiri.
XX : Kalau aku betul-betul bunuh diri, kau tak sedih?
XXY : Aku sedih juga sebenarnya.
XX : (ketawa) Aku tahu kau mesti sedih punya.
XXY : Aku sedih sebab kau bodoh. Kalau semua orang punya peluang ke syurga, orang yang bunuh diri akan terus pergi ke neraka. 
XX : (diam)

[Sumber gambar] - Jangan jadi hati ayam sangat boleh tak?

Dengan terlampau banyak benda yang menarik dalam dunia ini, aku masih tertanya-tanya - kenapakah masih ada orang yang mahu mengikut kata nafsu dan pergi bunuh diri sebagai jalan penyelesaian segala masalah mereka di dunia ini?

Nota Kaki :
Bakal melalui hari yang panjang.

Zara : Insan yang paling lemah dan menyedihkan adalah manusia yang menyimpan dendam, marah, sakit hati serta tidak mampu memaafkan masa lalu.

7 comments:

kueh bakar said...

(hai orang yang nak mati)

jika kau tengok
mohd hairuman
kau pasti menangis
kerana hairuman
masih mampu senyum
masih mampu syukur
masih semangat
meneruskan kehidupan
tanpa dua tangan
tanpa satu kaki

hairuman
adalah simbol
syukur sebuah nyawa

kueh bakar said...

aku ada tengok citer morgan freeman,pengidap kanser, the bucked list.

'dalam kelas, pensyarah tanya kami, siapa nak tahu dia mati bila.hanya aku yang angkat tangan'

'kini, setelah aku tahu aku tak hidup lama.aku tahu bila aku mati, sungguh, alangkah baiknya aku tidak tahu'

ishiko said...

bunuh diri, tunjuk sgt diri tu bodoh

sabya said...

Insan yang paling lemah dan menyedihkan adalah manusia yang menyimpan dendam, marah, sakit hati serta tidak mampu memaafkan masa lalu. *ketuk dahi. Wa terasa

Unknown said...

jgn bunuh diri.. bunuh nyamuk takpe..

miZz_nizZ said...

dosa beso tu bnuh diri..=(

TheBentPencil said...

cakap dengan dia
"Kalau kau bunuh diri kerana cinta gagal ni hari ni, nanti kau tak dapat bertemu dengan cinta sejati kau yang mungkin datang hari esok."