Wednesday, June 08, 2011

[Ulasan] : Pecah, Dendam, Kougar - Novel Fixi


Orang yang gila membaca macam aku hanya tahu satu benda setiap kali keluar membeli belah. Ya, cari kedai buku dan tengok apa benda yang menarik minat aku. Jujurnya, kali terakhir aku beli novel cinta adalah tahun lepas setelah beberapa tahun tidak beli. Sebab apa? Sebab itu biar aku sendiri simpan dan jaga rahsia. Ah, aku sendiri pun menulis kan? Cuma itulah, bila aku nak mulakan semula pun aku kurang pasti.

Ada orang cakap pada aku masa aku bising-bising di Twitter - mana mahu cari novel yang setiap orang beritahu mereka sedang baca. Terimalah hakikat bahawa Twitter adalah pelantar terbaik dengan 140 aksara untuk bercerita dan menghebahkan maklumat. Cuma orang degil masih lagi terlekat pada cara lama dan tidak mahu berubah, dan apa pesanan yang aku terima? - JANGAN BACA NOVEL FIXI, NANTI ROSAK MINDA.

Tapi semua orang pun tahu yang aku degil.
Apa yang orang larang, itu yang aku buat. Kenapa aku nak dengar kata orang sebelum baca sendiri? Penilaian kendiri aku tidak akan sama dengan pendapat orang sampailah aku membaca sendiri. Aku baca artikel mengenai Amir Muhammad (Twitter : @amirmu)dan novel-novel Fixi di surat khabar serta menonton dia di dalam televisyen berbicara tentang buku ini. Jadi, kenapa aku perlu mendengar kata orang bila aku mahu mendapatkan bahan bacaan peribadi sendiri?

Petang itu terus aku keluar cari buku-buku tersebut di kedai buku selepas aku dapat maklumat daripada salah satu penulisnya. Disebabkan aku dapat maklumat mana mahu membeli novel PECAH daripada penulisnya, Khairulnizam Bakeri (Twitter : @nizambakeri), aku baca novel itu terlebih dahulu.Oh, sepatutnya dalam koleksi ini ada CEKIK tetapi tidak dijual di kedai, dan aku sudah tempah. KASINO belum dipasarkan lagi.

[Gambar : Untuk tumbesaran, mungkin boleh tekan gambar ataupun sini sahaja]



Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.
*******

Untuk pengetahuan semua, aku baca novel ini (serta dua lagi novel) tanpa baca bab pertama yang boleh dilihat di laman sesawang mereka. Sudah jadi kebiasaan aku, baca buku tanpa ada unsur luar yang menganggu tumpuan. Cuba ya, sinopsis di belakang buku mestilah dibaca untuk dapatkan gambaran awal.


Kau akan mula membaca dengan gambaran membawa kepada adegan rompakan dan seterusnya ke pusat penjagaan warga emas. Beberapa babak imbas kembali juga terdapat dalam novel ini yang akan memberikan gambaran lebih jelas apa yang sedang kau nikmati. Ya, aku tulis nikmati disebabkan apa yang kau baca dan cuba teka pada babak seterusnya tidak akan sama. Hebat, ya, aku boleh kata hebat disebabkan segala pergolakan dalam cerita ini akan membawa kepada Herman si peguam dan Lidya, bekas jururawat yang bertugas di pusat jagaan warga emas. 

Nak tahu lagi? 
Baca sendiri. Sebab aku tak mahu memecahkan keseronokan selak sehelai demi sehelai novel karya Nizam Bakeri ini. Dan buat penggemar siri penyiasatan dan jenayah seperti CSI dan Criminal Minds, minda kamu akan bergerak laju dan ya, kali ini penjenayah (kalau boleh aku tulis begini) dan rancangannya tidak akan terjangkau oleh minda kamu. Senggama sedikit minda itu, jangan simpan bagi berkarat. Belum pernah umur ada orang kepala dia membesar disebabkan dia membaca.


http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/248979_10150223999038728_659158727_7038434_5195384_n.jpg
[Gambar : Ini dicetak-paparan (print screen) oleh penulis novel ini ya?]


"Abang tak abang, siapa kacau aku pecah!"
[Eh, yang ini dari KL Gangster - sengaja aku tulis]


Seganas namanya, Kougar membawa kita menelusuri kehidupan Kisha, seorang wanita lanjut usia yang mempunyai kehidupan yang boleh dikatakan baik. Tetapi seperti kebanyakan realiti kehidupan yang biasa kita lihat, wanita berusia pastilah menjadi bahan perbualan dan ditujukan dengan pelbagai lemparan kata-kata serta pertanyaan sinis mengapa masih belum melangsungkan perkahwinan. Kisha juga menepati apa yang dimaksudkan dalam kamus urban dengan apa itu kougar - seorang wanita lanjut usia yang suka kepada lelaki muda. 

Pergolakan hidup Kisha bermula dengan kewujudan lelaki-lelaki dalam hidup dia - Azril, Datuk Emir, Razif, Yusri dan beberapa rakan sekolah lamanya. Satu demi satu cabaran yang dihadapi membawa kepada lebih banyak kisah yang membuatkan kita terfikir akan masyarakat kita yang terselindung disebalik sifat baik budi yang sejak kebelakangan ini lebih banyak main wayang daripada hakikat sebenar sebuah keluarga. 

Membaca Kougar membawa kita merenung masyarakat yang semakin hilang diri, dan kita sebagai masyarakat, apakah kita terus melemparkan kata-kata nista kepada yang melalui kehidupan tidak terjangkau dalam minda ataupun membantu mereka yang kesusahan tanpa memikirkan latar belakang mereka? Nilai siapa kita di dalam ini.

Salahkah menjadi wanita yang lewat berkahwin?


*******
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.

Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

*******

Sebaris ayat yang aku boleh katakan - Pihak berkuasa pasti tidak akan suka dengan cerita ini.
Kenapa?

Rasuah berleluasa, cara keji, taktik kotor dalam meluaskan kuasa, pengaruh serta pangkat menjadi antara inti sari novel Dendam. Kita dibawa melihat seorang lelaki yang hidup berpaksikan dendam. Khalil Gibran (nama penulis/pemuisi kegemaran aku) - dia dibesarkan dengan sogokan dan omongan bapanya yang kurang upaya akibat kekasaran yang dibuat oleh anggota polis sewaktu melakukan demonstrasi.

Kita bertuah sebenarnya membaca garapan ini, yang sedikit sebanyak menyelongkar kehidupan golongan atasan yang biasa kita tonton di dalam kaca televisyen ataupun di panggung, cuma kali ini tunjangnya bukan cinta semata-mata berbanding kisah lain yang kita disogokkan betapa terdapat isteri yang terlampau mulia ataupun suami ideal di luar sana. Realiti kehidupan yang sedikit pahit mahu dihadam oleh kebanyakan yang bakal terasa, tetapi kita tidak dapat menafikan ianya berlaku dalam masyarakat kita.

Karma itu terjadi dan kita melihat perjalanan seorang manusia yang bermula dengan sifat penuh dendam, penuh amarah dan hidup dalam perasaan sedemikian. Tetapi, bagaimana manusia itu akan mengakhiri kehidupannya sendiri? Apakah sama dengan permulaannya?

Baiklah.
Itu sedikit sebanyak ulasan aku mengenai pembacaan aku. Tentunya aku tidak akan menulis keseluruhan cerita di dalamnya memandangkan sebagai penulis aku juga tidak gemar membocorkan kejutan dan keseronokan menunggu serta menghayati isi pembacaan kepada pembaca. Cuma aku boleh katakan, baca dengan minda terbuka. Jangan disebabkan kita sentiasa disogokkan dengan kehidupan fantasi yang sentiasa menggembirakan, maka kita pandang jijik pada kehidupan realiti yang sebenarnya saduran yang kita enggan toleh walaupun seinci.

Ada pendapat yang menyatakan novel-novel begini memaparkan aksi yang tidak sesuai dibaca oleh khalayak. Aku cuma dengan jujurnya ketawa dengan kedangkalan pemikiran sedemikian. Kalau kau kata buku-buku di atas membincangkan sumbang mahram, rasuah, seksual san sebagainya secara terbuka, aku mahu tanya kalian sedemikian satu dua perkara. Jawab kalau boleh ya?

1. Kenapa masih membaca lagi surat khabar tabloid yang penuh dengan cerita sedemikian rupa?
2. Kenapa tidak menegur novel-novel cinta yang ada adegan sedemikian?
3. Kenapa terlampau jumud dan hanya dengar kata orang sahaja?
4. Kenapa masih menonton drama ataupun filem yang menonjolkan aksi serupa?

Kalau jawapan yang diberikan adalah semuanya sebagai bentuk pengajaran dalam realiti kehidupan, aku tidak akan menyanggah bahkan ketawa kerana ia akan menjadi jawapan yang sama mengapa kalian perlu membaca terlebih dahulu sebelum melemparkan kata-kata aneh yang menunjukkan kedangkalan diri. Sumbang mahram, minum arak, berhibur berlebihan dan segala bentuk hedonisme memang wujud dalam masyarakat kita tanpa kita sedari ataupun tidak. Cuma terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang benar dan baik dalam kehidupan.

Dan aku sedang menunggu ketibaan novel CEKIK tiba di rumah serta kemunculan buku KASINO di pasaran. Untuk kenal lebih lanjut tentang FIXI, boleh melayari laman sesawang mereka ataupun di Mukabuku.

Ah, bilalah Amir Muhammad, Nizam Bakeri dan Shaz Johar mahu ikut aku di Twitter ni?
Baiklah, itu tiada kena mengena.
Harapan.
Noktah.

Tambahan :
Aku dapatkan novel-novel ini di Popular. Kamu boleh cari di Popular ataupun tempah terus daripada laman sesawang mereka.

Nota Kaki :
1. Sepatutnya aku mahu buat #WW seperti orang lain, tetapi nanti dulu. Aku lebih gemar menulis dan sedang tertanya-tanya, yang mana satu patut aku mulakan semula? Legasi Cinta Alisia ataupun Runut Irama Jiwa Kita? Tunggu sahaja berita yang bakal aku coretkan di Coretan Marga Zara.
2. Dulu pernah menulis mengenai Siapa Kekah Bidan Sepiah oleh Sindiket Sol-Jah.
3. Blook Sperma Cinta dah tiba. Yeah!

Zara : Menulis sambil mendengar lagu De Colores - Joan Baez.

30 comments:

Miss FZ said...

wah..dah habis baca.tahniah2. :)

oh ya. selamat membaca cekik pula. :D

Anonymous said...

Ia hanya merosakkan minda mereka yang punya pegangan dan pemikiran yang mudah lobos. kesian mereka yang suka menganggap sebegitu sedangkan anasir luar yang merosakkan mereka terima bulat-bulat.

FARHANA said...

kat MPH ada jual ke buku ni eh?mcm menarik!

Syahirah said...

baru baca PECAH. hari tu beli kat KLIBF. memang terbuka minda sgt. sebenarnya nak baca yang lain - lain sekali. ada jual di MPH kan?

btw, kawan saya ada yg beli CEKIK dan ada yg beli ROJAK [certot]. diorang marah dan seperti memerli dan memandang hina saya yg baca buku - buku macam ni. diorang kata buku ni lucah la, tak senonoh la. tak tahu nak kata apa dah. saya cuma fikir, kalau kita ambil benda tu secara negatif, jadi negatif la. dan macam tu juga sebaliknya. otak orang kita tak pegang. itu je la yg saya fikir.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@cik fara @ fanadz

hahaha~
terima kasih.
aku sabar ni~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Lucifer

Orang dangkal begitu patut kita jolokkan dengan benda sarkastik.

Kan?

ataupun terus joystick?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@NANA

MPH takde kot?
Popular ada~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@NSMA :|

Di POPULAR :)

Dan ya, hahaha. ketawa dengan orang punya pemikiran begitu. Otaknya perlu ditaji sedikit~

Neyra Shazeyra said...

demyuuu!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@neyra shazeyra

hahaha~
kenapa sayang?

AziE said...

Mahu ke Popular lepas ni.

DidyaJustsaythat said...

Zaraa~~~ seb baik awak tak buka spoiler. kalau tak saya unfollow ini blog laju2. kihkih

anyway, bagi saya kisah2 dalam kain sang Fixi itu belakang cerita, yang penting bagi saya ialah buku ceritanya.

lepas baca ketiga2 bab 1 untuk novel2 tu, saya rasa Kougar ni macam best. second mungkin Pecah dan Dendam (dunno why, personal choice). so,I shall buy Kougar first--walaupun kene tunggu bulan depan2 kot baru boleh beli sebab bulan ni dah habis duit beli buku. XD

p.s. kepada pembaca yg cakap buku2 Fixi ni perosak minda and such, sila tengok novel cinta daripada penerbitan XXX tu. mesti ada zina dan rogol. tapi kekadang watak Melayu Islam bertudung segala. camne tu ya?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@AziE

silakan~

XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@DidyaJustsaythat

Hahaha.
Sebab hari tu awak pesan jangan buka spoiler~

Awww~

Guru said...

selalu juga ternampak buku2 tersebut tetapi sebab terAMAT jarang membaca novel BM, tidak pernah terbuka hati utk membeli.

bila zara buat review ni, baca bab 1 KOUGAR, rasa berkenan pulak.. nanti nak cari.

Shahrul Tanaka said...

tunggu gua abis baca jibam dulu..nanti gua baca dendam!

Fatahul Nizam said...

woah..seriously? teringin
nak baca Cekik by Ridhwan Saidi.
malangnya, novel tu tak dijual
di MPH. huhu.

berharap sekali dapat cium bau
buku tu dan segala isinya. :D

Anis Azalea said...

zara; ingin mencari buku2 ni sejak digebang oleh obe dlm blogserius..saya setuju dengan kenyataan anda tentang novel2 keluaran fixi.

abrodam said...

powerpower!

Daniel Akira said...

I bet U r not homosexual indeed.

LOL! Ok, that's not funny. I wanna have grab of those!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@a kl citizen

silakan kakak~

XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Shahrul Tanaka Safeai

Baca dan beritahu aku pendapat kau pula~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@fatahul

Order online.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Eri-chan

apa lagi sayang?
beli la.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@abrodam

dah baca?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Daniel Akira

No I'm not.

I'm bisex.

LMAO!

LynnAiza said...

2hari lepas g POPULAR.ada la jumpa buku2 ni.memang unik tengok kaver dia.tapi sebab tak bjiwa genre2 cmni,tengok jep.hahah.tapi mcm bestttt pulak lps baca entri ni. ;))

azieazah said...

Ulasan yang besssttttt sangat!

Dah lama Kak Azie tak join tengok Geng Sol-Jah buat persembahan.

lavidalabelle said...

yup! citarasa tak semestinya sama. pandangan pasti lain2.

suka tulisan amirmu 'Rojak'. Ulasan tu sgt menarik. Kalau ada masa pasti nak juga baca :)

akif farisya said...

aku memang peminat novel tegar jugak lah....tapi novel genre begini bkn dlm list pembacaan....jujur aku ckp aku minat novel cinta sebenarnya
review mengenai novel fixi ni mcm membuka minat aku tehadap novel sebegini...tq for the great review. Maybe i should try to read this kind of novel...where can i get this kind of novel sbb selalu juga pegi kedai buku tp x jumpa..