Monday, April 11, 2011

Kadangkala Perempuan Mahu Meluahkan Kesakitan


Senyum.
Kadangkala dia datang dalam keadaan yang cukup tabah walaupun mungkin dia adalah insan yang menangis sehingga tertidur. Dia dengan penuh kuat menyatakan tiada apa-apa yang berlaku dan terus hidup dengan ketawa besar walaupun sebenarnya, dia bijak dalam melakonkan watak menutup kesakitan diri. Itu semua cerita dia, dia yang bukan sesiapa di atas dunia.

Dia manusia yang sering ketawa riang.
Dia manusia yang percaya, setiap manusia lain yang muncul dalam hidupnya, hadir dengan pelbagai alasan, sama ada baik ataupun buruk. Mereka yang hadir membentuk, menjalin hubungan atau apa sahaja, termasuk berpisah dan putus kawan dengan dia. Kerana akhirnya, akibat manusia sedemikian rupa, dia menjadi siapa dia sebenarnya hari ini. Dia yang lebih percayakan diri sendiri, bukan manusia lain yang mungkin mengintai peluang, menyorak supaya dia bunuh diri dan mati.

Acapkali orang merasakan dengan berbual, menulis dan bercerita dengan dia, orang itu sudah mengenali keseluruhannya tentang dia. Malangnya, disebalik ketawa mesra, perbualan ceria, mungkinkah tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa? Dia sendiri menyedari, kesakitan yang terhimpun dalam diri adalah dosa silam yang tidak dapat dinyatakan kepada sesiapa. Merenung ke arah cermin, membuatkan dia jijik dengan apa yang dilalui.

Gambar : Kadangkala dia terjaga dan tidak mengenali siapa dirinya sendiri. Terpinga-pinga membaca apa itu realiti dan menolak kewujudan diri secara senyap dan sunyi.
Seseorang pernah menyatakan kepada dia, anak baik, anak yang tabah akan sentiasa diuji walaupun dia menyedari, kesakitan yang ditanggung sendirian adalah disebabkan metamorfosis diri yang belum lengkap lagi. Metamorfosis adalah sesuatu yang mustahil akan berlaku pada dia selagi kaki dia terikat di dalam kepompong. 

Manusia boleh ketawa, dia silakan.
Manusia boleh menghina, sila mulakan.
Manusia boleh berbuat apa sahaja, dia relakan.

Kerana metamorfosis dia tidak akan bermula. Senyap dan sunyi dunia dia. Dia bina dunia dia sendiri, mengikut acuan yang dia mahukan, dengan rangkaian yang dia senangi dalam usaha membina keluarga kecil yang mengerti kemahuan diri. Diam dia bukan bermakna dia memberikan kebebasan buat manusia lain menginjak diri, tetapi lebih kepada dia enggan meletakkan diri sehina yang melemparkan kata-kata nista sedangkan diri tidak mengerti.
Sesetengah orang betul-betul wujud. Sesetengah orang adalah baik. Tetapi, dia tidak menolak, sesetengah orang adalah palsu. Atau lebih tepat lagi, sesetengah orang adalah bijak dalam berpura-pura. Demi mengelakkan terjebak dengan manusia sedemikian rupa, dia bertindak mengasingkan diri dan keluar hanya bila ada manusia yang mengetuk perlahan tingkapnya. Menjengukkan wajah dan meneliti apa dimahukan mereka sebelum memberikan apa yang diminta. Aneh, dia jadi tabah lebih dari dahulunya.

Usap rambut sendiri.
Dia sebenarnya terharu dengan diri sendiri.
Berbaur bangga sebenarnya apabila hati yang pernah disakiti, dilukai, dikhinati, ditikam, dibakar, dicederakan - masih lagi berfungsi dan bernyawa megah bagi meneruskan kelangsungan hidup yang dia sendiri tidak mengerti. Hakikatnya, derita sebuah diri dan kesabaran sebuah hati sudah menjadi tepu walaupun dia seperti memperlekehkan sekeping hati. Kuatnya, utuhnya bagaikan dia sahaja yang punya diri.

Gambar : Kehidupan terlampau singkat. Menitinya tanpa henti dengan menerima dan memberi kasih sayang, membuang segala kemarahan, menghadapi segala ketakutan dan menghargai segala kenangan indah - menjadikan dia lebih manusia daripada sekadar insan biasa.

Diam.
Dia sedar yang dia telah melalui terlampau banyak perkara dalam hidup. Mungkin ada yang menebak, sekadar pernah terjatuh dan bangkit sendiri, mana ada sepayah benda lain yang ternyata lebih menyusahkan dan membawa sengsara. Tapi anak itu, dia sendiri tahu apa yang dia lalui dan bagaimana dia bangun demi membuktikan nyawa itu mahal harganya, hati itu sesuatu yang tidak boleh dibeli walaupun kekayaan ditabur berjuta.

Cermin.
Pantulan diri sendiri.
Bayangan yang dia benci.
Biasan yang dia sayangi.
Itu semuanya adalah diri yang pernah disayangi, dikhianati cuba bangkit kembali.
Ternyata dia menang dalam berdiri.
Berdiri dan kuat dengan hati.

Diam.
Dalam diam, dalam senyuman, dia tahu dan perhatikan dia sedang dikhianati lagi. Betapa susah dia mahu menjadi anak tabah, sahabat baik, dia sedar, dan mengerti, manusia akan sentiasa menyakiti walaupun hakikat sebenar tidak pernah dikhabarkan kepada sesiapa. Dia membakar segala keyakinan dia ke dalam ruang hati paling dalam, membaling abu kesakitan ke lautan seluas mata memandang supaya tidak ada satu yang akan kembali kepada dia. 

Gambar : Di tubuh itu, luka dan parut sudah saling bertingkah mahu hilang secepat mungkin walaupun kedua-duanya tidak menyedari, yang lebih sakit sebenarnya adalah segumpal darah merah bernama hati. (Shafaza Zara, 2011)

Alunan bacaan ayat suci.
Senyap dan sunyi dunianya dihiasi bunyi.
Bacaan penuh perasaan daripada sumber terdekat yang dia tahu tidak perlu dicari.
Menusuk ke dalam jiwanya yang tidak dapat membezakan apa itu sunyi.
Apa itu sepi.
Dia sendiri tidak mengerti.
Yang dia tahu, dia percaya akan diri.

Kelibat seseorang yang dia mahu lupakan tiba-tiba muncul dan membuatkan dia berperang dengan diri sendiri. Apakah mahu menegur dan bertanyakan sesuatu demi memudahkan suatu urusan yang belum ditemui jalan penyelesaian secara peribadi? Sekadar berbahasa basi, dia menuturkan satu demi satu ayat dengan hiasan ketawa yang dia kulum sambil ketap lidah dan senyum nampak gigi. Betapa dia takut, segumpal darah bernama hati sedang dihiris perlahan menggunakan belati. Aneh, dia masih mampu senyum lagi.

Dia : Saya mahu tanya sesuatu boleh?
Insan : Tanya apa?
Dia : Lebih kepada pendapat.
Insan : Silakan.
Dia : Kalau ada orang yang mengkhianati awak, apa awak akan buat?
Insan : Apakah?
Dia : Apakah awak akan kekal berhubung dengan orang sebegitu?
Insan : Tidak. Saya akan menjauhi orang begitu, tidak akan bertegur lagi dan tidak akan menghiraukan kewujudan orang sedemikian rupa.
Dia : Oh, begitu.
Insan : Kenapa?
Dia : Jadi, kalau saya disakiti, dikhianati dan dilukai sedemikian rupa, maka saya boleh buat begitu kan?
Insan : Ya. Apa yang awak cuba sampaikan?
Dia : Tiada apa-apa. Sekadar perlukan satu pendapat.
Insan : Betul? Tidak ada benda yang mahu disembunyikan?
Dia : Tiada. Sekadar bertanya.

Hari ini, dia sudah temui jawapan.
Jawapan bagi merungkai segala permasalahan diri.
Dia akan menimbus semua kenangan silam dan pandang dengan tegak masa hadapan.
Sebab segalanya sudah tiada erti.

Dia tahu dia tidak perlukan alasan kukuh untuk menghilang kini.
Sebab dia sudah berjanji.
Garis halus mati.

Nota Kaki :
Tidak perlu menjadi kedua terbaik dalam hidup sesiapa sedangkan kau layak untuk menjadi yang pertama bagi hidup seseorang yang layak. Ketahui tahap dan taraf diri sendiri sebelum kau korbankan sesuatu yang pastinya tiada galang ganti.

Zara : Hidup sendirian ini sebenarnya lebih menarik apabila tidak perlu melayan pelbagai drama dan cerita serta sakit hati yang mungkin menjengah. Walaupun begitu, ia mungkin akan menjadikan diri kau kesunyian dan merindui perasaan mahu memiliki dan dimiliki. Mungkinlah sebab aku tidak merasai apa-apa lagi.

42 comments:

Adziim said...

Aku jarang senyum dengan orang.
Aku tak suka tegur orang lain.
Aku jalan banyak tunduk kepala.

Dan ada juga terdengar beberapa orang kata aku sombong, tak mesra, etc.

Bagi aku,selagi aku buat kerja aku dengan baik,personaliti aku tak menjadi masalah rasanya. Aku bukan kerja bidang marketing nak kena mesra alam.

Aku suka sendiri. Reserved. Tak perlu kisah akan orang lain.

Tapi memang benar sendirian membuatkan kita ada rasa ingin dimiliki dan mahu memiliki. Sunyi.

Luriahk Irza said...

Hidup ini memang payah ,namun jangan sesekali jiwa menyerah kalah..walau sesusah manapun hidup yang dilalui ,biarlah tetap teguh iman di hati..jangan sesekali mempersoalkan kenapa diriku diduga sebegini rupa ,namun katakanlah ALLAH sedang mengujiku untuk mningkatkan darjat keimananku kepadaNYA..usah diminta 'ringankan ujian ' namun pintalah 'beratkan iman dlm mghadapi ujian '..~:)

Naquiah Umairah said...

entry awak nieh cukup lengkap untuk menggambarkan perasaan saya saat nieh.. betapa terlalu banyak makan hati dan memendam rasa dalam diam, sehingga memakan semua rasa kasih dan sayang pada satu ukhwah.. dan akhirnya, saya mengambil keputusan untuk melangkah terus ke depan, tanpa menolah seinchi pon pada kenangan dulu.. sedih, kecewa, merasa rasa apabila mengambil keputusan seperti nieh, tapi ini yang terbaik demi menjaga hati sendiri.. ye, hati sendiri juga perlu dijaga, sebab orang lain takkan terfikir untuk menjaganya..

Abu Zafran said...

terbaiklah entry nih..suka baca

Ingin Belog anda diterjah...setiap entry dikomen????klik sini
Sape Nak Chegu Zubir Terjah?????-Segmen

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Adziim

Kadangkala, kita tetap perlu bercakap dengan orang.

Kadangkala kita kena masuk dengan mereka walaupun mereka tak memahami kita. Lunaskan fitrah sebagai manusia.

:)

Tapi, sunyi itu masih boleh diisi.
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Luriahk Irza

Alhamdulillah.
Saat ini, ujian yang diberikan dihadapi dengan senyuman lagi. Tidak, tak pernah meminta ujian diringankan disebabkan kesenangan hidup juga satu ujian kan?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nAqUiAh UmAirAh

Moga ia sedikit sebanyak membantu awak juga.
:)

Kadangkala kita perlu menoleh juga ke belakang. Untuk melihat sama ada yang dikorbankan itu berbaloi ataupun tidak :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Chegu Zubir

Terima kasih~
:)

Jard The Great said...

u and adziim dua org yg sgt berbeza dari segi karaktor. sbb dua2 aku pernah jumpa... and I know.. zara yang aku kenal takkan sunyi lelama. =p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Jard The Great

hehehe.
dan Jard juga adalah orang yang ceria :)

perjalanan pulang said...

aku suka melihat apa yang kau tulis. Kau hidup di dalam hati aku, mengajak aku mengembara kedunia sana

McCat said...

wow....feel like Im the one who wrote this entry ahaha coz it's really depicted precisely what I feel everyday.

azwandengkil said...

Best baca citer ni. Meh saya belanja makan ice-cream disini

Unknown said...

pakcik aku gemar menasihati aku seperti mana kau menasihati diri kau.

letak diri kau di nombor dua, maka nombor dua lah kau. jangan terlalu gopoh, pasti ada yang mahukan kau menjadi yang pertama di hati =) insya-Allah.

shafinaz (: said...

Ah , terasa mcam dia itu aku . Sebab kami dalam keadaan yg sama . Cuma aku masih belum jumpa jawapannya . Perlu menunggu lagikah ?

Aslaha said...

Everything you wrote describing all the things that live in us. Forever will be. Love it damn much~

Shahrizal said...

Lama tak meninggalkan tapak kaki kat sini. Sangat setuju dgn kak Zara, walaupun selalu berbual, tapi manusia ni seringkali cuba mempamerkan yang terbaik dan menyembunyikan apa2 yang tak nak diketahui orang lain. Tak mudah untuk mengenali seseorang secara menyeluruh...

nusrah said...

assalamualaikum..
eh??sudah tukar latar laman baru..
suka yang ini..putih suci :)

ye kak zara. Kita memang selalu cuba ceriakan dan positifkan hidup walaupun hakikat dalam tabir diri sebenarnya kita ada banyak masalah dan bebanan hidup.

Itu belum kira masalah yang sengaja dicipta oleh teman sendiri bila dia sanggup khianat kita.. *sigh*

Memang ibrah untuk diri sendiri yang kita sebenarnya perlu letak pergantungan diri pada Allah sebenarnya, bukan pada teman yang juga manusia biasa dan lemah.

Mahu kongsi ini di muka buku boleh?

Princess Rain said...

Fuh!! Nice entry!i BW everyday and i always ended here..i just cannot stop my eyes reading every words..you entry always touched me..:)

takky said...

oh crap, i hate this...
why i can't be like him/her??
i hate this coz i always down, down n down...
:(

Mra Mastura said...

loneliness makes we more understands what happens in the past and what we can get ready for the future also make us realise what we needed most.. kinda...kan? sebab kte lagi banyak mase memikirkan semuanya..

same goes to me. a part of me.. chaiyok2 n goodluck.. drag my ownself to move on.. :)

takky said...

oh crap, i hate this...
why i can't be like him/her??
i hate this coz i always down, down n down...
:(

najwa's said...

wah, lama tak jenguk zara.. :) dah berubah blog ni. tp, read more tu lmbt sket nak loading la~

AnisAdni said...

macam mana kalau kita sendiri susah sangat2 nak lupakan orang yang pernah kita sayang tapi akhirnya mencurang?

Scooby-Do said...

Macam mana mampu membuang rasa yang macam celaka..jika benda itu berada didepan mata bolehlah disepak tepi..tetapi benda yang serasa dirantai bagai bayang-bayang..dimana tidak wujudnya istilah pilihan

ah susah juga mahu diterang..sekadar meluahkan rasa terperuk dihati

saya insan biasa_nadia said...

I like this entry...

~Yus~ said...

Salam Zara...
suka sangat baca blog zara ni :) setiap nukilan penuh bermakna dengan bahasa yg indah. Teruskan menulis ye...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Panglima Muda

kadangkala apa yang kita lihat mungkin sama~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@McCat

LOL!

It's me.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@azwandengkil

Thanks dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@shafinaz (:

Terpulang.
Kalau dia, sudah tidak akan lagi~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Aslaha

Thanks darl~

:')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Shahrizal

Kalaulah semudah itu mahu kenal orang, alangkah bahagianya~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nusrah
Setuju dengan apa kamu utarakan~

dan ya, silakan~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Princess Rain

Thanls dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

U shouldn't have~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Mra Mastura

Come on girl!

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@najwa's

er, laju je~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

U shouldn't have~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Scooby Doo :

Kadangkala kita perlu dear~
Buang sendiri.
Tolak, tepis atau apa sahaja~

@saya insan biasa_nadia

Thanks dear~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@~Yus~

Thanks darl~

Cik Puan Kocik said...

Zara!

Saya suka sangat entri ini. saya pernah dikhianati ...tp masih menerima dia sebagai sahabat.

Mahu share di mukabuku....