Showing posts with label Halaman Peminat Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Halaman Peminat Peribadi. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Legasi Cinta Alisia : Bab 8 Boleh Dilayari Sekarang. Halaman Peminat Dan Kumpulan Pembaca LCA.


Salam semua.
Apa khabar kalian?
Sedikit berita buat kamu semua.

Jam 10.03 malam.
29 Mac 2010.
Bab 8 Legasi Cinta Alisia muncul untuk tatapan kalian.




[Legasi Cinta Alisia - Bab 08]

Dentuman guruh secara tiba-tiba menyedarkan Chia Hau dari lamunan. Terasa pautan erat di pinggang dan kepala disandarkan di belakang badannya. Dia mengerling ke belakang, Alisia sudah terlena sambil memaut badannya. Terselinap rasa bahagia yang bukan sedikit di dalam jiwa. Bersiul perlahan mendendangkan lagu drama kegemaran.

    “Oh meu Deus! Como sou descuidado?” (Oh Tuhanku! Mengapa saya cuai sangat?)

    Entah bila dia terlanggar bonggol di hadapan dan basikal bergoyang perlahan. Ketawa sendirian dengan telatah sendiri dan gadis itu masih kekal lena di belakang.

    “Chia Hau, kenapa saya suka tengok belakang awak?”

    Chia Hau menekan brek basikal tiba-tiba dan menoleh ke belakang. Muka terkejut terukir di wajah.

*******

Seperti yang kalian dapat saksikan di bawah poster Legasi Cinta Alisia, ada sesuatu menarik menanti kalian. Ya, sudah punya halaman peminat (baca : Fan Pages) dan Kumpulan Pembaca (baca : Group) di Mukabuku.
Jumpa kalian di sana.

Selamat membaca semua!

Zara : Sudah agak lega sekarang ini.

Sunday, February 07, 2010

Dunia Sebelah Zahrah Itu Bukan Tempat Cari Publisiti Atau Buat Kontroversi. Itu Dunia Tempat Aku Mahu Berkongsi Hati Yang Pernah Mati. Harakiri!


Selamat hujung minggu semua.
Ini masa untuk membuat dan menyulam sebuah cerita.
Nah, bukan satu kisah gila.
Tapi bilangan ciuman mesra.


Itu halaman peminat Dunia Sebelah Zara.
Tapi aku lebih gemar panggil tempat bertukar-tukar rasa.
Sebab mereka yang bukan dalam senarai sahabat juga aku temui dengan pelbagai gaya.
Nah, semuanya mesra.
Terhibur dengan gelagat kamu semua.

Ah, sebab kalian tidak suka aku menulis cerita duka, aku simpan kedap dalam balang minda.
Ada yang kata aku semakin ego dengan nikmat dunia.
Ada juga surat elektronik yang mengata macam-macam kata nista.
Tapi tidak mengapa.
Aku suka ukir wajah senyum di sebalik hentaman dusta.
Muka kosong - letak warna.
Senyum tampal - lukis wajah ceria.
Nah, sudah indah kanvas sebuah wajah - pemilik Dunia Sebelah Zara.

Rasa mahu bercinta.
Hilang diri di sebalik kaca mata.
Tomahan yang dilempar dibidas dengan tangkas dan bergaya.
Walau kita pernah kongsi rasa, jangan pernah lagi cuba mengata.
Dunia kita sudah berbeza.
Laluan aku, aku yang punya.
Laluan kamu, kamu yang pilih selepas tuturkan sebaris kata.



Jangan pernah tanya kenapa aku suka mata.
Jangan pernah bidas kenapa aku suka berkata-kata.
Jangan pernah pijak sekeping hati yang berasal dari segumpal darah merah menyala.
Jangan cuba melepasi paras bahaya.
Sebab kamu sedang kumpul dosa yang tidak terkira banyaknya.

Jangan sentuh dunia aku lagi.
Kamu dilarang daripada melalui.
Kamu mahu melangkaui?
Dunia aku tempat aku kongsi diri.
Bukan tempat kamu membajai fitnah yang memakan diri.
Kamu tiada tempat di sini.
Sila pinggirkan diri ke tepi.
Harakiri!

Aku cuma mahu duduk diam-diam, kunci mulut tidak mahu berkata.
Lihat lakonan hebat kamu di atas pentas sementara.
Penonton ramai yang mengalirkan air mata.
Atas pembohongan dalam sebuah cerita.
Dusta.

Zara : Salam hujung minggu buat semua pengunjung Dunia Sebelah Zara. Aku sedang mengukir senyuman lebar-lebar. Kalian pula bagaimana?



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

Saturday, January 23, 2010

Ini Bukan Kerana Rasa Terkenal Seperti Penggiat Seni, Tetapi Sekadar Suka-Suka.


Aduhai.
Baru semalam mewujudkan halaman peminat (baca : fan page) untuk Dunia Sebelah Zara, sudah ada yang menghentam di surat elektronik dan komen yang ditinggalkan di penulisan sebelum ini. Tidak mengapa, anda boleh menulis apa sahaja. Nah, kata penulis terkenal yang ada halaman sendiri?
(Baca dengan muka ketat sambil rasa mahu memaki)

Tarik nafas dalam-dalam.
Tampal senyuman di wajah.



Ya, aku tahu kamu minat aku.
Kalau tidak minat, aku pasti kamu tidak akan mengambil berat akan perjalanan blog ini bukan?
Ya, sekali lagi aku menulis tulisan pojok seperti ini dengan harapan ia memenuhi nafsu kamu yang menyatakan aku adalah seperti artis. Mungkin aku artis bagi kamu, tapi pada aku, aku adalah penggiat seni.
Ketawa.
Baling bom tahi ke bawah.
Tutup hidung.
Halau bau pada kamu.
Ketawa.
Senyum kanyur.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, ya aku memang penggiat seni.
Penggiat seni yang berbudaya.
Aku adalah pelakon di dunia aku.
Aku adalah penulis skrip, lakon layar, pengarah, pekerja belakang tabir, pengurusan peralatan, dan aku juga mungkin adalah penerbit.
Nah, kerja aku memang meliputi semua bukan?
Ketawa.
Hentak-hentak tangan atas meja.



Sekejap.
Aku tukar watak.
Kamu mahu aku berlakon ikut skrip yang kamu tulis?
Boleh sahaja.
Berapa banyak sampah yang kamu buang merata?
Ah, tentu kamu juga mahu terkenal dengan cara sendiri bukan?
Sebentar.
Sabar.

Eh, kamu tidak tinggalkan nota siapa diri kamu.
Oh, kamu mahu gunakan tandas tetapi tidak pandai membersihkan najis selepas dilepaskan?
Patutlah baunya menusuk hidung aku yang besar ini.
Tutup hidung.
Tekup mulut.
Elak dari muntah.

Jangan ambil kesempatan walaupun aku menulis dengan gagah.
Jangan berak merata sambil terlupa ambil semula seluar dalam yang jatuh merata.
Oh, jangan lupa bersihkan bila membuang ya?
Baunya kurang menyenangkan.
Hidung berkerut.
Mata mengecil.

Aku tidak pernah memaksa kamu sertai aku.
Itu hanya untuk mereka yang mengambil berat tentang siapa aku.
Kamu juga mahu bukan?
Ketawa.
Tepuk kepala.

Zara : Esok hari Ahad. Bersedia untuk memulakan pekerjaan dengan lebih sempurna selepas ini.

Dunia Sebelah Zahrah Itu Adalah Dunia Sebelah Zara.


Salam semua.
Aku bersiaran dari suatu tempat yang mempunyai saiz empat persegi.
Ya, di atas  katil dan di dalam bilik peribadi.

Hari ini sepatutnya sekolah seperti biasa dan sekolah punya acara merentas desa serta mesyuarat kokurikulum. Tapi seluruh rakyat negeri Johor hari ini berkabung atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar pada jam 7.15 malam semalam.
Maka, aku juga cuti dan dalam suasana berkabung.
Takziah aku ucapkan buat Keluarga Diraja Johor dan seluruh rakyat naungannya.



Oh, kalau kamu terlihat kotak ini di tepi blog aku ini, ya, itu memang milik aku sendiri.
Di bina atas dasar aku akaun peribadi aku biasanya dipenuhi oleh teman-teman persejuangan dan aku selalu terlepas pandang apa yang kamu utarakan buat aku. Kalau berminat dan kamu juga mempunyai akaun Mukabuku, ya, mari sertai aku di sana.

Kenapa Zahrah dan bukan Zara?
Ini disebabkan nama Zara itu telah dipakai secara rasmi oleh jenama terkenal, maka aku meletakkan H di antara nama aku yang mewakili nama sebenar terakhir aku juga, Zahrah. Ah, pelajar aku juga memanggil aku Cikgu Zahrah di sekolah.
Nah, mari kita berhubung di situ.
Lebih mesra, insyaALLAH.
Sayang aku buat kalian semua.
Peluk boleh?

Zara : Sudah minum lebih lima botol air masak dan mulakan tugasan seperti biasa di hujung minggu.