Aku sejujurnya memang mengharapkan pasangan itu bahagia.
Bahagia yang teramat sangat memandangkan apa yang mereka lalui bukanlah sesuatu yang mudah. Menjalani kehidupan suami isteri pada usia yang boleh dikatakan cukup muda serta tidak memahami kehidupan itu sendiri membuatkan mereka lakukan yang terbaik demi kehidupan masing-masing. Ego diketepikan dan apa yang dimahukan oleh keluarga dilaksanakan sebaik mungkin dengan satu niat mahu mengubah diri masing-masing. Meninggalkan segala kisah silam di belakang dan memulakan kehidupan yang lebih baik tentunya.
Diam.
Anak itu seorang yang cukup degil dan cukup kuat mengusik.
Kadangkala gurauan keterlaluan yang bisa menyayat hati akan keluar dari dia yang menganggap persahabatan dengan manusia lain adalah sesuatu yang cukup berharga sementelahan dia sudah terlalu lama meninggalkan kehidupan yang pernah menenggelamkan dia. Aneh, dengan sahabat yang seorang itu, betapa sakitnya hati, aku akan tetap mendengar apa sahaja yang diluahkan hanya kerana terikat dengan persahabatan dengan seseorang yang sudah berpindah alam.
Gambar : Kepercayaan itu ibarat sebuah bikar. Jika ia pernah pecah, bagaimana kita berusaha membaikinya, pasti ia tidak akan menjadi seperti yang asalnya. (Shafaza Zara, 2011) |
Tahun ini tahun dua kosong satu satu.
Sudah lima tahun peristiwa itu berlalu tentunya. Melihatkan kesakitan yang pernah kau lalui teman dan betapa kau berusaha untuk kembali ke jalan asal pastinya bukan sesuatu yang mudah. Jatuh bangun kau daripada seseorang yang aku hanya kenal nama hinggalah kepada orang yang boleh membaca kilasan aku, aku tahu, sentiasa berada di mana sahaja kau perlukan aku adalah yang terbaik. Sekurang-kurangnya itulah apa yang aku rasa.
Kau : Shafaza, kau tahu hari ini hari apa?
Aku : Hari Rabu.
Kau : Memanglah. Tarikhnya?
Aku : 18 Mei.
Kau : Ingat apa jadi 18 Mei?
Aku : Apa benda?
Kau : Seseorang yang mengikat aku, kau dan dia dalam hidup kita.
Aku : Astaghfirullah. Aku terlupa. Al-Fatihah.
Kau : Selalunya kau akan jadi orang yang beritahu aku kan?
Aku : Maaf. Aku terlampau sibuk.
Kau : Tak mengapa.
Aku : Bunyi bising belakang kau. Kau kat mana?
Kau : Hospital.
Aku : Kenapa?
Kau : Ini tempat terakhir Rina baring atas katil.
Aku : Sudahlah. Ingat anak dan isteri di rumah.
Kau : Aku menangis bila aku tanpa sengaja lalu jalan tempat Rina kemalangan dulu.
Aku : Sudahlah. Baliklah.
Kau : Aku memang nak balik, tapi otak aku menerawang memikirkan betapa cepat betul masa berlalu.
Aku : Anak kau dah nak masuk empat orang dah.
Kau : Kalau aku masih dengan Rina, agak-agak kau aku dapat kahwin cepat tak?
Aku : Bergantung. Mungkin kena tunggu habis belajar dan ada kerja dulu.
Kau : Dengan isteri yang keluarga pilih, aku kahwin masa umur 20 tahun dan dah nak ada anak lagi. Lima tahun rupanya cepat saja kan?
Aku : Memang. Baliklah.
Kau : Ada lagi tempat aku nak pergi.
Aku : Mana lagi?
Kau : Rumah Rina yang bertiang dua.
Aku : Dah malam ni!
Kau : Kenapa dengan malam?
Aku : Sudahlah. Balik rumah. Kenapa degil sangat? Kesiankan isteri kau.
Kau : Dulu aku tak duduk sini. Jadi aku tak macam ini kan?
Aku : Lepas kau pergi situ, kau baliklah rumah.
Kau : Aku nak naik Bukit Broga.
Aku : Kau gila ke apa?
Kau : Aku nak tengok matahari naik. Moga aku boleh lupakan sedikit benda lama ini.
Gambar : Betapa sesetengah orang sukar melupakan cinta pertama hingga memakan diri sendiri apabila cinta pertama itu pergi dan malangnya tidak mampu untuk kembali lagi. Jasad dan nyawa bukan urusan kita, itu pasti. (Shafaza Zara, 2011) |
Anak itu pastinya sedang berlegar-legar di luar bagi melunaskan apa yang terpendam dalam hatinya. Malangnya, aku jauh beribu batu dengan manusia baik itu. Aku cuma mahu dia tahu yang aku pastinya mendoakan yang terbaik buat dia.
Kau : Aku duduk rumah ayah yang aku langsung tak sebulu.
Aku : Dia tetap ayah kau.
Kau : Rina kata kita kena hormat orang tua kita tak kira siapa mereka.
Aku : Itu betul. Lagi pula, kau seorang ayah sekarang. Pastinya tak mahu anak kau layan kau dengan teruk suatu hari nanti kan?
Kau : Aku macam tak adil pula pada isteri aku kan?
Aku : Maksud kau?
Kau : Bila tarikh Rina pergi tiba, aku akan mamai begini. Macam lima tahun lepas masa aku dapat tahu dia dah tiada.
Aku : Kau kena belajar melupakan.
Kau : Aku tahu aku cintakan isteri aku cuma kenangan dengan Rina adalah menyedihkan sebab berpisah nyawa.
Aku : Kau jangan cakap macam orang tiada agama.
Kau : Tahu. Maaflah. Terlampau ikut perasaan.
Gambar : Jujurnya kalau kita lihat ke segenap alam sekalipun untuk mencari siapakah orang yang boleh kita sayangi sejujurnya tanpa ada alasan lain, aku percaya yang kita tidak akan menemui orang lain kecuali diri sendiri. |
Kawan.
Janji pernah tersimpul rapi.
Maaf atas keterlanjuran kata aku yang membuatkan kamu menghantarkan pesanan ringkas sebentar tadi. Sumpah, tiada terniat hati ini membuatkan kamu merasa sakit.
Kamu masih berada di tempat yang sama walaupun telah menghirup udara berlainan benua.
Kita pernah menggalakkan sesama sendiri mencari jalan yang baru.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu dari jauh.
Air mata yang mengalir sewaktu semuanya berakhir telah aku seka sendirian.
Maaf atas keterlanjuran kata aku yang membuatkan kamu menghantarkan pesanan ringkas sebentar tadi. Sumpah, tiada terniat hati ini membuatkan kamu merasa sakit.
Kamu masih berada di tempat yang sama walaupun telah menghirup udara berlainan benua.
Kita pernah menggalakkan sesama sendiri mencari jalan yang baru.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu dari jauh.
Air mata yang mengalir sewaktu semuanya berakhir telah aku seka sendirian.
Dan aku juga tahu betapa kuatnya kau bangun dari kelicinan dan gelinciran.
Genangan dan raungan kau yang saling bertimpa pernah aku dengarkan.
Sudah tiba masanya untuk bangkit dan mengucapkan selamat tinggal pada kenangan.
Sudah hampir lima tahun segalanya menendang kepala dan hati.
Sudah tiba masanya untuk bangkit dan mengucapkan selamat tinggal pada kenangan.
Sudah hampir lima tahun segalanya menendang kepala dan hati.
Kamu masih punya tempat yang istimewa dan ketahuilah bahawa hati manusia itu masih rumah yang terbaik.
Nota Kaki :
1. Al-Fatihah Rina.
2. Emosi kurang stabil memandangkan kerja memerlukan tumpuan berlebihan.
Zara : Aku mahu belajar tentang hidup dengan lebih tabah. Minda berkembang, tenaga bekerja menghasilkan masyarakat yang sentiasa bergerak ke hadapan tanpa rasa curiga akan sesuatu yang boleh mengundang gundah gulana. Sakit dan keperitan dalam kehidupan membuatkan hati akan beku dan penuh dengan batu lava yang sentiasa memanaskan suasana. Sakit?
21 comments:
Sedihnya. T______T
Akak selalu membayangkan, macam mana hidup suami bila akak pergi dulu ataupun macam mana hidup akak andai ditakdirkan suami pergi dulu.
Mati itu pasti. Takut bila ingat.
sedihnya. buat KAU..kuatkan semangat..yang lepas biarkan berlalu...sedekahkan al fatihah buat arwah...
alfatihah...
Alfatihah utk Rina
Cinta Pertama mmg sukar dilupakan tp keadaan yg sukar mampu melupakan segala..
sedihnya bila hati dah tersimpul mati. harap manusia itu tabah menghadapi. amin :)
kepada HAZAMI BAHRIN DANIEL
awak perlu mencari kebahagiaan awak setelah ape yang berlaku ini terjadi dalam hidup awak..arwah rina juga pasti mahu melihat awak bahagia bersama keluarga disana..move on, bro..someone just need to tell you this..apa yang dah jadi tu,dah jadi dah..tak guna awak masih hold on to those past memories..awak dah kehilangan orang yang awak sayang..so, selagi awak ada insan yang bergelar isteri dan keluarga, awak patut hargai diaorang..mungkin, isteri awak juga sedang kehilangan suaminya untuk sementara, bila melihat awak dalam keadaan begini..saya tahu susah nak lupa kalau ada yang menyakitkan pernah terjadi dalam hidup kita..tapi apa yang patut awak buat adalah cuba untuk terus hidup...this case have closed...please, make it sealed forever... :) thank you..
benji
cinta pertama....
.............
@Nailah Azman
kita doa yang baik2 sahaja.
:)
@molliesa
terima kasih atas kata2 itu kak.
:)
@khaizarien
(tafakur)
@mendatak hijau
benar juga.
keadaan itu sebenarnya.
@pali7x
kan?
:(
@Fatin Syahira Ramli
anak itu kuat.
tapi dia selalu lupa satu benda.
@benji :
I'll let him know what u specifically wrote this. Nah, who are u?
@takky
sakit?
al-fatihah utk rina
takziahh.. kehilangan org yang disayang memang menyakitkan..
hmmm..aku orang yang kalah cinta pertama..masih belum mampu bangkit untuk sedia berlari...
sedih.. takziah.. al-fatihah..
kata2 xkan mampu menutup pintu kesedihan.. tp harap ANAK ITU dapat menerima kenyataan..
penangan cinta pertama...tapi kawan tu tak patut mcm tu...
di emasih belum redha ats segalanya..
aku doakan kawan kamu tu pulih luar dalamnya...kesian si isteri terseksa dalam diam..siapa tahu..
tapi x boleh slhkan juge si kawan itu....sbb mungkin dlm dia die mahu sgt pergi jauh dari kenangan bersama rina..
=( sedih lah,
sedihnya...
perkara biasa kalo ia adalah cinta pertama kita...
mmg sukar untuk dilupakan...
tetap segar dlm ingatan.
Post a Comment