Tuesday, November 02, 2010

Tiada Jalan Untuk Kembali Bersama : Bagaimana Mahu Menarik Minat Pembaca Lelaki Ke Blog?


Senyum.
Keadaan selalu berubah dengan cepat. Kadangkala hari ini kita gembira, tapi esok pula tidak selalunya cerah. Dan seperti yang aku nyatakan, bila-bila masa sahaja mungkin ada seseorang sedang memerlukan kita. Walaupun aku mungkin bukan seorang pemberi penyelesaian yang baik, aku seorang yang lebih banyak mendengar (atau membaca) dengan setia.

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/9-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-bokeh-heart-give-all.jpg

AS : Aku geram betul bila dia asyik kacau aku semula.
Aku : Abaikan. Itu cara dia nak dapatkan perhatian kau.
AS : Dia siap tahan aku masa aku balik kerja semalam.
Aku : Eh, siap nak tahan?
AS : Dia merayu aku balik semula pada dia. 
Aku : Kau nak?
AS : Tak nak. Aku tak boleh patah balik.
Aku : Kalau begitu, abaikan sahaja kewujudan dia.
AS : Tak semudah yang dikatakan. Dia telefon, SMS aku dan macam-macam lagi.
Aku : Boleh halang dia kan? Jangan jawab telefon, jangan balas SMS.
AS : Aku dah cakap dengan dia aku tak nak dia lagi.
Aku : Habis tu?
AS : Dia menangis depan aku. Ramai kawan-kawan pejabat aku tengok.
Aku : Buat drama pula.
AS : Ketua aku pun tengok, bengang aku.
Aku : Laporkan pada polis.
AS : Eh?
Aku : Minta buat sekatan dia dari datang menghampiri kau. Macam dalam televisyen tu.
AS : Di Malaysia boleh ya?
Aku : Boleh aku rasa.
AS : Dia menangis dan buat muka penuh pengharapan.
Aku : Kau cair?
AS : Kalau cair tidaklah aku begini.
Aku : Jadi apa kau nak buat sekarang?
AS : Entahlah. Kalau kau?
Aku : Abaikan. Dia akan berhenti bila dia penat.
AS : Dia bukan jenis tahu putus asa.
Aku : Manusia akan tahu penat dan malu juga.
AS : Dia dah ada orang lain. Dia dah pilih orang lain, kenapa nak datang lagi pada aku?
Aku : Mungkin pilihan dia bukan yang terbaik.
AS : Mungkin (ketawa)
Aku : Dulu siapa yang putuskan hubungan?
AS : Aku. Sebab aku tak tahan bila dia ada orang lain.
Aku : Oh. Jadi sila tabah sahaja dan abaikan dia.
AS : Kalau teringat benda ni, rasa nak menangis pula.
Aku : Eh?

*******

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/6-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-with-flower.jpg
[Gambar : Adakah perlu memberikan bunga untuk menarik perhatian?]

Semalam ada seorang rakan mengutarakan soalan, bagaimana cara untuk menarik minta pembaca lelaki ke arah blog kita. Aku sejujurnya kurang mengetahui bagaimana caranya, disebabkan kebanyakan orang yang membaca blog aku rata-ratanya adalah perempuan, kecuali ada sesetengah lelaki yang memang rajin ke sini dan membaca tulisan aku. Tapi ini dari segi pemerhatian peribadi aku sahaja.

1. Tajuk yang menarik dan menangkap perhatian (baca : catchy)
Selalunya begini tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tajuk yang digunakan boleh menarik perhatian (dan tidaklah perlu menggunakan perkataan yang perlu ditapis setiap kali). Dan seharusnya jalan cerita ataupun tulisan itu pastilah berkait dengan tajuk.
Contoh : Selamat Hari Hantu (ramai orang yang berminat pastinya).

2. Penulisan yang berkaitan dengan isu lelaki.
Sebagai contoh, sewaktu aku menulis mengenai tajuk hantaran perkahwinan, aku menerima banyak maklum balas daripada pembaca lelaki yang selama ini mungkin hanya baca secara senyap sahaja. Mereka menghantar pendapat melalui komentar blog, pesanan di Mukabuku dan juga Twitter serta Formspring bagi berkongsi pendapat tentang isu ini.

3. Sesuatu yang berkait rapat dengan minat lelaki.
Bola sepak, kenderaan seperti kereta, motorsikal dan sebagainya yang sering dikaitkan dengan lelaki. Pelbagai tips yang berkaitan dengan penampilan dan sebagainya serta penggunaan alatan teknologi mungkin boleh menarik minat pembaca lelaki. Kamera dan sebagainya (tetapi aku pun baca juga benda sebegini). Jadi, tulislah benda yang universal.

Senyum.
Tapi pada aku, kalau blog itu aku suka, apa sahaja yang ditulis, pasti aku akan baca.

Nota Kaki :
Esok aku sudah mula bercuti sehingga Ahad. Senyum. Semua kerja menanda telah disiapkan. Maka, hari Isnin nanti aku hanya perlu memasukkan markah ke dalam sistem. Senyum.

Zara : Aku sudah menemui cara membanteras budak meniru. Oh, mereka mungkin tidak dapat dihalang, tapi aku sudah tahu bagaimana mahu mengajar mereka akibat menipu aku. Ketawa.

26 comments:

izulman said...

first! \(^_^)/

catchy title wuuuu~ XDDD

Hizami Li said...

hehe.
tu ah.
kdg2 ada yg baca.
tp tak tinggalkan jejak (komen).
XD

saya_arief said...

vote for number 3..
:D

Hazzy Ishak said...

part paling susah dlm blogging, letak tajuk entry. benci gila

Blog Eazy Izzuddin said...

pembaca lelaki dtg...
xD

[sutera kasih] said...

i like kata2 : "Tapi pada aku, kalau blog itu aku suka, apa sahaja yang ditulis, pasti aku akan baca" :D

Amni said...

ingat lagi Dr. Razali.. dia banteras budak meniru dalam kelas dengan amik video kitorang kat dewan kuliah.. hahaha... budak2 skang berkesan ke? aku rasa mcm tak masuk ajar je budak2 skang ni... huh!

aku lebih suka pegi blog popuan dari laki.. tapi sama macam ko, kalo dah minat, macam mana sekalipon isi dan tajuk dia, aku baca jugak..

aku budak kuching.. tapi tak sama course ngan ko.. juge bukan budak pendidikan.. aku dok KRP... Wahahahah..... kalo tu pon tak cukup klu dia, aku memang tak de kat hati ko la tu...=P

Inche gabbana said...

saya antara jantan (eh?) yg suka membaca tulisan anda. ada sesuatu yg sesuatu pada tulisan anda. ah sukar untuk dijelaskan!

Syabas! teruskan! ;)

Unknown said...

aku rasa kan.. jangna terlalu berusaha untuk menarik... pembaca akan datang sendiri tak kisah ler lelaki or wanita.... keep on blogging about anything ehehh
kuman "tulisan di langit.." Entry

nabilpotter said...

saya juga lelaki :)

Frodo Baggins said...

boleh ... report dgn polis.
serius.


p/s: slu wa masuk yg dah jadi
"geng upin ipin", ni wajib.
belog lain pun masuk jg tp jarang.
hahahahha

Fuz said...

masalah sama.follower aku asyik prempuan je.adoi.haha

PuanPepel said...

hah...kongsi cara membanteras peniruan! :)

Pojiepooh Abdullah said...

Tertinggal 1 lagi, sila letak pic diri sendiri yang cumel² dengan mata sebesor anime sure lelaki semua datang blog sebab geram nak tgok owner ;p

P/S: Mana dapat pic comel2 ek? cute!

Love,
PojiePooh Abdullah

izee said...

ber useful tips! and really helped as a new blogger like me..heheee jemput jenguk blog sy yer sis...salam ziarah :)

SHM said...

sgt setuju dgn no.1...sbgi contoh tajuk entry ni mnarik perhatian untuk dbaca...^_^

kak gojes said...

erm./..mungkin kena guna gambar awek cantek baru dapat tarik pembaca lelaki

IRAH HAJERAH AZMAN said...

*nak komen yang atas tu.Act your fren maseh sayang.Kalo tak mesti dia dah tak hirau. Serius.*

Fnd Rocka said...

Suka yang kelakar

Bazzstary said...

cane tgkp budak?nk tawu!

Pocket said...

camana nak tarik perhatian pembaca lelaki?
alamak senang jer kalau anda blogger pompuan. pic of senyuman n some skin!!
u can never go wrong.
(I'm putting 'skin' as the word to describe everything else that is in concerns)

masaalahnya kalau blogger lelaki yang tak ensem lagi bergerutu. now that is a chalenge :D

stalker mintak kembali.
report polis. ada undang undang dia kot. pasti.

syaftome said...

nice tips...
but not really interested on number 3...hahaha...

The lady said...

tapi ramai jee actually lelaki yg rajin menuleh ni kn ;)

NAA said...

kak zara, aku amik pengajaran drpd entry ini. sebab aku pun tengah putus cinta nih. hahaha.

thanks.

starzieti said...

sy suke bace semua blog sbb dari situ sy boleh tau bnyak gaya pnulisan..

takky said...

be carefull with that men....
coz takut dye akan ganggu kawan kak zara 2 siang dan malam....
kawan saye dah penah kene n dh repot polis...
ex-dia kaco dia sampai kat umah sewa...
n the result is...

tuan umah sewa n kawasan kejiranan kejar dia sampai dia ilang dari kawasan situ...
huhuhuhuhu