Tuesday, November 02, 2010

Perlukan Seseorang Untuk Berbual Adakalanya Seperti Masa Menunggu Kedatangan Pengangkutan Awam.


Senyum.
Sejak kebelakangan ini, aku buka aplikasi pesanan segera hanya untuk menunggu seorang teman muncul di atas talian. Seringkali, tanda itu hanya berwarna kelabu, satu simbol yang menyatakan dia tiada di situ atau dia mungkin menyembunyikan diri dari pandangan yang lain.

Mungkin juga.
Kadangkala tidak perlu menunggu sebenarnya, disebabkan orang yang kita tunggu itu tidak akan muncul seperti yang kita mahukan. Kalau muncul sekalipun, kebarangkalian untuk disapa adalah amat tipis sekali dan itu sudah menunjukkan yang kita tak perlu langsung menunggu.

Ketawa.
Kadangkala manusia ada yang gila. Benda yang tidak sepatut dibuat, dilakukan juga demi memuaskan hati dan kehendak diri. Acapkali, ia bukan sesuatu keperluan, tetapi tetap dilaksanakan.

http://farm3.static.flickr.com/2431/3756645031_50d9cb8432_z.jpg?zz=1

"Cinta bagaikan masa menunggu teksi.
Tak datang juga walaupun sudah lama berdiri, tapi bukan pula tiada.
Kerana tiada teksi yang kosong, inilah yang paling membuatkan diri ini berasa marah.
Mungkin akan dapat jika menunggu di jalan yang sebelah lagi.
Akibatnya, hanyalah dalam sekelip mata sahaja teksi telah dinaiki orang.
Tunggu dengan senyap pun teksi tidak akan datang.
Mencari dengan sedaya upaya pun tidak akan dapat.
Kalau tidak dapat, memang tidak akan dapat.

Tidak!
Sepatutnya, orang yang tidak akan datang, memang tidak akan datang.
Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."

Hasil tulisan di sini dan sini.

Tidak.
Ia bukan tentang cinta (barangkali).
Itu cuma satu penantian terhadap seorang teman.
Benar.

*******

Rasa memerlukan dan diperlukan.
Entah bila kali terakhir aku rasa begitu.
Maksud aku yang berlainan jantina dan melibatkan perasaan.
Ketawa.

Yang aku tahu, aku sudah terlampau lali dengan rasa berkongsi dengan mereka yang rapat dengan aku tidak kira di alam realiti atau sekadar maya ini. Tetapi ada sesuatu yang buat aku terfikir, adakah aku manusia yang diperlukan, dan apakah aku masih belum cukup puas dalam memerlukan sesuatu?

Masih banyak yang manusia perlukan sebenarnya. Begitu juga dengan aku walaupun aku manusia beku. Ah, bercakap tentang manusia beku, aku teringat dengan apa yang dibualkan dengan seorang kenalan tadi.

HY : Saya rasa awak memang kena tulis blog setiap hari?
Aku : Eh, kenapa?
HY : Sebab blog awak adalah perkara pertama yang saya baca sebelum mula kerja.
Aku : Eh, bacalah doa.
HY : Memanglah baca doa. Tapi sebelum saya mula baca surat khabar, saya akan baca blog awak dulu.
Aku : Terima kasih. 
HY : Blog awak membuatkan saya bersemangat, macam awak sedang bercakap dengan saya, walaupun kita tak pernah jumpa.
Aku : (simbol ketawa) Terima kasih banyak-banyak. Biasa-biasa sahaja.
HY : Boleh saya tahu, awak biasanya akan baca blog siapa?
Aku : Oh, ada beberapa blog yang saya wajib baca setiap hari dan kalau saya terpaksa kerja luar sekalipun, saya akan baca lepas saya balik ke rumah.
HY : Blog siapa?
Aku : Oh, orang yang saya baca blog mereka, mereka tahu betapa saya ketagih pada tulisan mereka walaupun biasanya mereka tidak akan menulis kembali buat saya. Dan saya selalu singgah semula blog yang datang blog saya. Cuma mungkin tak sempat komen.
HY : Antara blog yang awak suka?
Aku : Ada 4 blog lelaki yang wajib saya masuk dan beberapa blog perempuan yang menjadi kemestian.
HY : Blog lelaki?
Aku : Ya.
HY : Siapa?
Aku : Rahsia.

Senyum.
Adik perlukan aku untuk buat Matematik dia, aku perlukan adik untuk tolong aku untuk buat kerja-kerja yang ringan. Saling memerlukan, dan itu hanya satu contoh sahaja. Setiap manusia memerlukan seseorang atau sesuatu dalam hidup mereka. Yang pastinya, semua orang memerlukan Yang Maha Kuasa dalam hidup mereka. Itu kenyataan yang tiada siapa dapat menidakkan.

Senyum.
Bila aku lihat wajah dan senyuman di atas beberapa kepingan kenangan beku masa di hadapan mata, aku tahu, aku tidak diperlukan dalam hidup manusia itu. Kewujudan aku mungkin hanya dalam bentuk nano (untuk mencapai tahap mikro ternyata agak mustahil) dan entah kewujudan itu juga mungkin samar-samar dan langsung tidak nyata.

http://www.pixel-ellipsis.net/wp-content/wallpapers/Moyashimon_Loves_Takoyaki_1920-500x312.jpg
[Gambar : Entah macam mana aku rasa suka sebab ia comel]

Dan itu sahaja.
Aku kurang ceria sejak kebelakangan ini.
Benarkah?

Nota Kaki :
Kalau aku nampak bulat kuning itu muncul sekalipun, aku tidak mampu untuk atur bicara dengan manusia itu. Entahlah, aku ini tidak wujud agaknya.

Zara : Mahu jadi berani. Mahu sangat dapat menyatakan apa yang aku mahu. Mahu sangat buat sesuatu yang sangat bermakna pada diri sendiri. Senyum. Sakit sendirian lagi dan entah mengapa, aku sudah jadi manusia beku yang sepi dan tekun memerhati. Sendiri.

19 comments:

Unknown said...

oooyehhhh...!!!!

Frodo Baggins said...

mgkin yg kepala kelabu tu sngaja?
tunggu disapa? ehhhh ... hahhaha


>>___<<


simbiosis? saling memerlukn? yeah2

noorafzan.blogspot.com said...

zara..
4 blog lelaki..
dan beberapa blog perempuan.
sah pasti2 bukan blogku.
ahaha..

tapi ku tetap suka baca blog zara juga. =)

Unknown said...

Kalau aku nampak BULAT KUNING itu muncul sekalipun, aku tidak mampu atur bicara dgn manusia itu. Entahlah, aku ini tidak wujud agaknya <-- situasi kita sama huuu T___T

utmbloggers said...

akak senior, jom support ni..Beru punya..utmbloggers.com..--> http://www.utmbloggers.com/

Munsyi said...

sapa je. ko rmai kwn. die xjwb, ko sapa org lain :)

hafizmohamad said...

like!

Asfan Ash said...

cikgu harus ambil BM xpon tukar profesion jadi penulis
tp pahalanya xsebesar jadi cikgu :)

Nad Rahmat said...

kata-kata zara menusuk hati saya..>_<
follow your blog...and follow me back ;p ..masih baru lam blogspot..
rasa nak jadikan blog ni sebagai rujukan...can i?..:D

hestyrezyuda said...

MELIBAT HATI DAN PERASAAN....
puan @ tuan zara dah mula berbicara tentang bunga hati.. hihi =)
tp kalau setakat menunggu dan tidak menyapa... kemungkinan dia tak sedar kehadiran kita... ^_^

kemungkinan sebelum ini dia cuba untuk lembut bicara.. tp ketegasan kamu buat dia curiga.. mungkin!
ya mungkin sahaja...

boleh jadi memang kamu bukan sesiapa di dinding hati nya... siapa tahukan... tapi.. tanpa apa-apa sebarang emosi.. baik dari riak kata.. riak muka..riak tubuh.. atau mungkin sahaja riak kewarasan minda... sampai ke sudah 2,2 memendam rasa...

siapa tahukan... ^_^

intankuterpilih said...

ayat seperti ada memendam rasa je..sabarla kalau yer..

hans said...

blog munsyi kan?
heheheheh

P/S : Movies Download: Senario Asam Garam & Phua Chu Kang The Movie

Amni said...

aku rindu ko! setelahs ekian lama, baru aku jumpa blog ko... dulu ko selalu cerita apsal ben masa kat UTM, tapi aku cam tak minat je.. alih2 hari ni aku jumpa blog ko dari blog ben,.. haha.. kelakar!

ayat ko cam best bila kat blog ni... hilang dah syafaza kecoh.. haha.. ko mesti kenal aku...=P

mariea mnayan said...

cik zara.
suke dengan kata-kata anda.
kata2 dari hati yang menceritakan kebenaran.

syaftome said...

hmmmm....
ayat2 terakhir tue mengingatkan aku...
yg ko pernah bg nasihat spy kawan ko jd berani...tp ko plak yg jd takut...

see...things are easier said than done...
if only things would be so simple...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Syaftome :

Perkara yang aku lalui tak sama dengan dia.
:)

Sebab ini bukan cinta ke apa.

syaftome said...

isunya mungkin tidak sama...
but the point here is this...
we all have our own fear...
we all have our own scare factor...
so, untuk menjadi berani...
bukan suatu perkara yang mudah...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

syaftome :

dan saya dah buat.
cuma ambil masa sahaja.
:)

so, in easy word, I already overcome my fear.

syaftome said...

hmmm~we'll see...
coz i'm eager to find out...
whether its true...:P