Wednesday, November 24, 2010

Cara Menjawab Soalan Sejarah SPM Dengan Betul : Mengikut Pengalaman Peribadi


Sabtu lepas, aku ternampak cikgu Sejarah aku.
Cikgu Sejarah yang pernah menangis disebabkan aku dapat A1 dalam SPM untuk mata pelajaran tersebut. Aku tidak akan pernah lupa tangisan itu. Tangisan yang menunjukkan, cabaran dan kata-kata tekanan dia telah membuatkan aku memberikan segala yang terbaik demi memastikan dia kesal berkata demikian pada aku.

"Kenapa Sejarah awak asyik dapat 7D, 8E dan 9F sahaja? Bapa awak kan mengajar Sejarah? Kenapa awak tak boleh buat?"

Dan aku, didorong oleh darah muda yang pastinya menggelegak, menahan marah dan belajar dengan bersungguh-sungguh.

http://28.media.tumblr.com/tumblr_kp8uco4NqA1qz5njko1_500.jpg
[Gambar : Aku ingat lagi dulu pegang buku latihan sejarah dan buku teks sekali harung]

Dua bulan terakhir sebelum SPM 2003, selepas dikutuk oleh cikgu itu.
  • Sentiasa baca buku teks dan buat latihan secara gila-gila.
  • Hanya buku teks sebagai panduan. Setiap soalan yang dijawab akan aku catatkan di tepi nombor soalan dengan catatan dari mana aku dapat jawapan. Sebagai contoh, muka surat, perenggan adalah menjadi kewajipan (aku suruh anak-anak murid aku buat begini juga)
  • Disebabkan buat secara menggila, aku hampir sampai ke tahap menghafal buku teks. Gila.
  • Buat latihan sebanyak-banyaknya sampai kalau tengok soalan dah boleh kenalpasti jawapan daripada muka surat mana.
Bukan aku tidak minat, cuma aku secara jujurnya merasakan bahawa Sejarah sewaktu diajar oleh guru tersebut adalah tidak seganas guru-guru sewaktu di menengah rendah (Tingkatan Satu hingga Tiga) yang menyebabkan aku sangat takut kalau tidak siap ataupun kurang pengetahuan Sejarah.
  • Tingkatan 1 dan 2 - Cikgu yang ajar sangat menarik tapi juga sangat garang. Lelaki kalau tak siap kerja ataupun beri jawapan yang salah akan kena pukul di punggung dengan kayu beluti pemadam papan hitam yang tebal dan berat. Perempuan akan kena pukul dengan pembaris besi. Apa kau ingat ada sesiapa nak buat salah dalam kelas?
  • Tingkatan 3 - Alangkah salah eja nama cikgu ini boleh kena potong markah kerja kursus, agak-agak kalau salah jawab soalan apa yang kau kena? PMR dapat A.
  • Tingkatan 4 - Cikgu selalu tiada, sukan, bola sepak dan entah apa-apa lagi. Bila muncul dalam kelas, tona pengajaran adalah sekata dan tidak marah-marah. Baik cikgunya, mungkin sebab kami (ke aku seorang?) yang dah terbiasa dengan kaedah garang cikgu sebelum itu, maka keputusan adalah bangang semata.
  • Tingkatan 5 - Cikgu ini bekas anak murid Emak. Baik, lemah lembut tapi disebabkan ayat makan dalam dia, ya, aku berjaya. Alhamdulillah. Apa kau ingat suka dapat 9F, 8E dan 7D dulu? Nak kredit pun boleh separuh mati, bila peperiksaan percubaan meningkat ke 4B ke 3B, apa kau ingat tak meluap bangga dapat 1A bila SPM? Lebih-lebih lagi cikgu tu menangis? Hadiah tidak ternilai tu!

http://farm5.static.flickr.com/4002/4348426818_6bc7422cdc.jpg
[Gambar : Dulu aku pernah terfikir, kenapa kita mesti belajar Sejarah. Dah mati pun menyusahkan orang lagi sebab nak kena ingat tarikh, tempat dan peristiwa entah apa-apa. Tapi bila fikir semula, kalau aku mati pun, aku akan jadi sejarah, walaupun mungkin hanya pada keluarga aku. Heh!]

Soalan Ramalan.
Buatlah apa sahaja soalan ramalan yang cikgu sekolah atau cikgu kelas tambahan atau pengajar peribadi berikan. Tapi jangan lupa baca semua. Ya, baca semua selepas jawab. Tapi kalau aku, sumpah aku tidak akan percaya lagi dengan soalan ramalan satu negara (kalau di universiti, pensyarah sendiri buat soalan, jadi kalau dia meramal, memanglah biasanya keluar kan?)

Aku SPM 2003, semasa umur aku 16 tahun. Ambil awak setahun berbanding kawan-kawan sebaya aku yang lahir tahun 1987. Masa aku, soalan yang diramal akan keluar untuk Sejarah, tidak kira peringkat sekolah, daerah, negeri, SBP, MRSM, semuanya pasal candi. Candi Borobudor dan candi entah apa lagi. Bahagian tamadun dan peradaban dunia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrQl9sv_1zXa9SkdKjdzcxBP92Kw_To0Dex4pq1uVfrHCR1hLbn94bhT42kcofCMctM0llBV-aB2_EPg82kC0l8uLJoLM-xvXI2pACE2LQy6Pb2sOCotNeyJncHOH55o9de0sSu1Wfo18/s1600/borobudur1.jpg
[Gambar : Buka kertas soalan, tengok tiada soalan candi, semua terus menggelupur pandang satu sama lain. Padan muka kita semua!]

Tapi, nasib baik ada soalan yang berkaitan dengan pendidikan (walaupun cikgu tak ajar dalam kelas), boleh dijawab dengan kaedah Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam iaitu kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan kembangkan fakta secara berilmiah. Ya, nasib baik! Sebab cikgu ajar 4 bab sahaja, soalan katanya akan masuk benda tu semua. Sekali candi tiada, tak melopong ke? (Pitam)

Dah kata ramalan, janganlah percaya semua kan? Macam Profesor Sybill Trelawney dalam Harry Potter, apa kau ingat Harry Potter percaya semua ke? Itu pun masa dia dirasuk, macam kena sawan, baru boleh kau percaya. Kalau dalam keadaan normal? Mata Dalaman konon! (Tiba-tiba meracau cerita Harry Potter)

http://www.aceshowbiz.com/images/news/00016210.jpg
[Gambar : Soalan Sejarah yang akan keluar adalah Sejarah Hogwarts. Sila baca tentang bagaimana keadaan Dewan Besar boleh kelihatan seperti semulajadi walaupun sebenarnya disihir. Oh, berhati-hati dengan serdak teh.]

  • Apapun adik-adik, menjawab soalan Sejarah bukanlah bermakna kau perlu menulis panjang gila tanpa arah tujuan. Fakta itu penting dan kembangkan sedikit isi berdasarkan fakta, bukan merapu tidak tentu hala. Penggunaan peta minda sebelum merangka jawapan adalah sangat penting supaya markah yang banyak (biasanya hingga 20 markah untuk satu soalan), dapat dipenuhi dengan baik.
  • Baca kembali soalan dengan baik dan fikirkan jawapan. Jangan terlampau lama, akan membazir masa.
  • Perhatikan, kadangkala ada soalan yang berulang.

Selamat menjawab!

Nota Kaki :
1. Cuti bermula dengan jayanya hari ini.
2. Perlu mengemas rumah dan peti ais disebabkan peti ais baru tiba semalam.
3. Bila nak mulakan latihan mengayuh untuk ke Batu Pahat pada 30 November ini? 60 km waktu malam.

Zara : Kadangkala, apa yang kita tinggalkan itu jauh lebih baik daripada apa yang kita tunggu selama ini. Kepedihan dan kesengsaraan adalah ayat yang terlampau naif untuk diperkatakan lagi. Helaian kertas dan corak kain berwarna coklat seakan mocha sudah lama dicampak ke tepi. 

14 comments:

Hazzy Ishak said...

matapelajaran ni lemah sikit lah, cikgu garang macam mana pun tapi mata asyik jadi kecik je tahan ngantuk.hehe

Munsyi said...

ku xstudy sgt tp sejarah A je. haha. pdhal A2. :P

buat past year insyaAllah boleh. Addmath, math..paper yg kire2 ni.

All the best to your students. :)

suffer8zine said...

den dulu sejarah antara yg excelent, memeranjatkan, heheh, time test mandang result hampeh je,sekali spm, fuhh. dalam clas tu paling teruk pun dapat B- tersenyum lebar puan latipah hehe

Terkini : Wanita Paling Rendah Di Dunia

fasham said...

hai zara...tentang sejarah ni memang menangis nak menghafalnya masa spm haritu...banyak sampai rasa masa yang ada tu x cukup untuk menghafal...

Fara said...

yeah, sejarah pun A1.. akak dulu pun gelabah jugak bile soalan ramalan tu tak keluar, haa amek padan muka sendiri. Tp nasib baik soalan pasal getah tu hafal bagai nak gila keluar jugak! yea yea

Paan Ovrtd said...

Ayat pada gambar kedua memang superb! "Dah mati pun menyusahkan orang lagi..."

Hahahahaha!

Oh, bab tamadun2 tu memang best. Hamurrabi la hape la... rasa macam tengah main game Age of Empires!

PuanPepel said...

aku tak dapat kenalpasti lagi faktor aku dpt sejarah B ms SPM

mungkin
1-cikgu dia slow gile ngaja..msuk kelas suh bkk buku wat nota...slbihnye kmi dbenarkn wat keje sniri n tido

2. aku memang tak minat sejarah.peduli lah candi2 tu sume

3. aku terget 7A dan dgn gigihnye..sejarah tak masuk dalam senarai...

4. aku cam yakin diri sgt kot sbb ms PMR dpt A..haha

EmanTheHalia said...

tapi sygnye sejarah hari ni mostly "CREATED"

*Mami Damia Aisyah* said...

"kenapa kita mesti belajar Sejarah. Dah mati pun menyusahkan orang lagi sebab nak kena ingat tarikh, tempat dan peristiwa entah apa-apa. "
muahahha.. selalu merasa begitu.. sama la pada fizik dan kimia.. kerana cita2 ku tak kearah ali fizi dan ahli kimia.. kenapaa kene belajarrrrr..

huhuhu disebab kan kesedaran ku lewat.. maka terpaksa bertabah terhadap sehelai kertas putih(kertas result) yang sangat tak menarik keputusannya.. huh

takky said...

minat belajar sejarah tyme form 1-3 aje....
masuk form 4 dah bosan coz cikgu asik kusus2 dan kusus but result still bagus...
but form 5 aje, 1 klas dpt bad result...
sebab cikgu 2 ajar terlalu sopan santun, sampai x dgr suare...

penah ckp kat cikgu psal 2 tapi dye kuat sikit je...
slamat tyme spm result dpt B...
kire ok la kan drpd x kedit lgsung spt pekse2 sebelum spm...
huhuhuhuhhu.....
-_-;

Anonymous said...

yup2...mengalami sama seperti yg kamu alami...cikgu ajar 4 bab yang pertama tp exam kuar 4 bab yg terakhir...sentap x igt...tp still leh dapat A....hahahah

Unknown said...

terima kasih cikgu :)

Anonymous said...

As salam, anak sy minat sejarah drp sekolah rendah..markah ujian/exam dpt A atau B ..tiba2 bila naik ke tg 4..awal2 dia dah menunjukkan stress dan malas ke sekolah bila ada subject sejarah.sy heran..smpaikan bila ada subjeck sejarah,dia minta utk tdk kesekolah dgn alasan sakit..mmg dia jd sakit...pening ,mual dan muntah..kdg2 sukar bernafas...Bila di siasat,dia rupanya x tahu jawab kertas 2 dan selalu dimarah dan didenda cikgu.sy ckp kenapa x ckp dgn cikgu x faham,x tahu nk buat? dia kata dah,tp cikgu gandakan denda dan menjdkan dia semakin stress...bgmana nak selesaikan masalah begitu..?

Anonymous said...

Sejarah A+