Thursday, November 04, 2010

Kadangkala Kita Senyum Bukan Disebabkan Semuanya Baik Tapi Semuanya Baik Disebabkan Kita Senyum.


Senyum.
Faham dengan apa yang dimaksudkan?

We smile not because everything is fine. But everything is fine because we smile. 

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/22-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-wanna-hug-body-language.jpg
[Gambar : Ada sesiapa yang mahukan pelukan atau memeluk?]

Tadi petang aku menerima panggilan telefon daripada sahabat aku. Dia mengerti, daripada tutur kata dan suara aku, keadaan tidak berapa terkawal di sebelah pagi. Ah, betapa sukar menyembunyikan sesuatu daripada sahabat itu. Mungkinkah disebabkan dia pernah mendengar tangisan kuat hati lemah suatu ketika dahulu?

Senyum.
Alhamdulillah. Segalanya memang sudah kembali pulih dan aku tahu, mendengar suara yang menenangkan itu, aku tersenyum lebih lebar daripada sebelumnya. Sentiasa begini keadaannya.

Dia : Kenapa kau tak beritahu aku?
Aku : Kau sibuk. Lagipun musim peperiksaan.
Dia : Hari ini aku tiada kertas.
Aku : Manalah aku tahu jadual kau kan?
Dia : Satu dah lepas, ada lagi 4 kertas. Esok (4 November), 9, 12 dan 13.
Aku : Oh, baik.
Dia : Kalau ada apa-apa, kongsi sahaja.
Aku : Baik. Aku cuma takut ganggu kau.
Dia : Tak. Kalau aku tak muncul di atas talian, hantar sahaja SMS ke telefon.
Aku : Ya. Kau jaga diri baik-baik.
Dia : Sama dengan kau juga.

Walaupun baru dua kali bersua muka, aku tahu, dia hadir dalam hidup aku sebagai seorang sahabat yang memahami walaupun aku mungkin tidak sebaik dia. Alhamdulillah, dengan teguran dan nasihat dia secara halus dan berhemah, aku mudah menerima apa yang mahu dikatakan pada aku.

Terima kasih teman.
Arigatou nakama.

*******

Sahabat baik, teman pijak kepala aku juga membuatkan aku gembira malam ini. Gembira dengan kata-kata serta tulisan yang secara jujurnya memuji dan mengutuk dalam satu perenggan yang membuatkan aku kagum, betapa dalam dua tahun ini, persahabatan ini dapat bertahan walaupun perbezaan nyata wujud antara kami.

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/14-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-cheer-up-bud.jpg
[Gambar : Aku cuma mahu kau gembira sahabat]

Dia : Baca blog aku cepat.
Aku : Dalam puji ada kutuk.
Dia : Oh mesti. Aku kan tepung gandum.
Aku : (ketawa) Boleh diuli ke maksudnya?
Dia : Ibarat menarik ___________ dalam tepung. (ketawa)

Ya.
Memang ada tempat kosong. Sengaja aku kosongkan. Orang yang bercakap itu lebih tahu apa yang patut ditulis di dalam ruangan itu. Mungkin kalau dia baca. Kalau dia tidak baca, biarlah, ia akan tetap kosong disebabkan aku tidak akan mengisinya.

Sahabat ini tidak akan banyak bercakap, tetapi sekali dia bercakap, aku tahu, aku akan menerima satu bebelan yang panjang dan selalunya akan berkesan dalam otak aku. Kelainan pada diri masing-masing membuatkan kami terus bertahan sehingga hari ini dan walaupun aku bukan sahabat yang baik, aku gembira bila dia menyatakan yang dia tidak pernah kesal mengenali aku.

*******

Hidup memang tidak selalu cerah, tetapi aku percaya, hidup ini kita yang tentukan perjalanannya. Kita membuat keputusan akan sesuatu dan bila kita mengikut jalan yang kita mahukan, pastilah kita harus menanggung segala risiko yang seharusnya kita lebih jelas.

 Kawan : Kau sakit, tapi kau terus senyum.
Aku : Disebabkan aku takut kalah, maka senyuman itu penting.
Kawan : Adakah akan semakin kuat kalau kita senyum?
Aku : Pada aku ya. Aku buang segala masalah aku dan hadapi dunia dengan senyuman.
Kawan : Adakah itu senyuman palsu?
Aku : Tidak, ini lebih kepada peribadi.
Kawan : Senyum banyak-banyak.
Aku : Nanti aku menyeringai.

Aku manusia beku yang seringkali senyum tidak mengira dengan siapa. Mungkin aku sudah terbiasa dengan konsep, senyum dengan sesiapa sahaja dan aku biasanya menambah kenalan di mana-mana dengan dimulakan oleh senyuman. Ah, memang di saat ini aku merasakan dengan senyuman, aku lebih kuat untuk menghadapi apa sahaja. Ya, semuanya baik apabila aku senyum dan merelakan apa yang terjadi.

Kita senyum.
Adakah kita tahu mengapa kita senyum?

Allah itu sentiasa ada.
Adakah kita sentiasa ada untuk Allah?

Nota Kaki :
Jika ada sesiapa yang menyedari, hasil karya picisan aku di sebelah tepi sudah berkurangan disebabkan aku sudah memindahkan sebahagian daripadanya ke dalam halaman tersendiri untuk mempercepatkan kadar aliran masuk ke blog aku. Maka, sesiapa yang mencari pautan itu, kamu boleh lihat di bahagian atas bertajuk KARYA ZARA dan anda akan dibawa ke pautan halaman tersebut.

Zara : Esok pagi (4 November) dijangka akan ke Kuala Lumpur (kawasan Keramat) untuk bertemu dengan ibu saudara dan bapa saudara yang bakal menunaikan fardhu haji tahun ini. Dalam pagi atau tengah hari, semuanya terpulang kepada perancangan Abah.

10 comments:

Afizz said...

wah...dalam makna ayat tuh... Bila saya baca entri ni saya rasa...entahlah , tak terkata ( tergamam ) saya bila baca entry ni... :)

syaftome said...

senyum memang mudah...
tp mentafsir makna senyum amat sukar...

hadapi hidup dengan senyuman...
dan pd ms yang sama...
jgn mudah t'pedaya pada senyuman...
yg mmbawa pelbagai erti dan tipu daya...

p.s: senyum sahaja tidak berguna...
lebih penting...ceria sentiasa...

Anonymous said...

terima kasih

farhah adeli @ far said...

well written... tak tahu nk cakap pe. but i loike! :)

W3 tOgetHer said...

senyum itu bukan sahaja sedekah..tp sebagai pengubat jiwa...
senyumlah walaupun jiwa bergelora...
smg zara siaht2 selalu hendaknya...

Paan Ovrtd said...

There's a mystery in all of our smiles. And in every mysteries, there's a cryptic yet sacred beauty in it.

You know what kak? I always proud of being your mentee. With pride. Always.

suffer8zine said...

ayat2 penuh maksud mendalam :P

Terkini : Katak makan tikus

fezaL Mohd said...

mendalam sgt ! sngt smpi .

Amni said...

Buat orang tersenyum lebih senang daripada membuat diri sendiri tersenyum...=)

Eila Rosli said...

dear...
baru jer terbaca satu tulis kat wall fb member bunyi dia mcm ni 'zaman sekrg org hanya senyum pada org yg dikenali shaja...'

then zara lak post pasal senyum... rasa mcm terpukau sekejap... senyumlah pada sesiapa sahaja... kerana senyuman yg ikhlas membawa seribu erti....