Thursday, November 11, 2010

Bila Sedih, Bengang Kau Cari Aku. Bila Gembira, Ketawa Berdekah Kau Cari Orang Lain. Adilkah Kau?


Senyum.
Aku baru balik dari kursus selama 4 hari 3 malam. Kursus peningkatan tali temali dan aras tinggi. Belajar mengikat tali sebanyak 16 ikatan serta belajar bagaimana mahu membuat menara di pokok, memasang musang terbang (baca : flying fox), 'rappeling' dan banyak lagi. Alhamdulillah, aku sudah lulus dalam memasang dan melepaskan orang untuk kedua-dua aktiviti lasak itu.

http://www.rickrduncan.com/wp-content/uploads/2010/05/danbo-3219.jpg
[Gambar : Keletihan yang amat]

Senyum.
Keletihan. Memang ada harapan aku tidur depan komputer lagi (baru bangun sebenarnya, tertidur depan komputer). Tapi, dalam keadaan mamai dan penuh dengan bintang dalam kepala, aku menerima panggilan telefon daripada seorang rakan.

Kawan : Eh, aku nak cakap sedikit ni.
Aku : Apa dia?
Kawan : Kekasih aku buat hal lagi.
Aku : Apa jadi?
Kawan : Macam biasa. Setiap kali dia pergi kerja luar, setiap kali itulah dia berubah.
Aku : Kan aku dah kata, tinggalkan sahaja.
Kawan : Tapi sayang.
Aku : Kalau dah sayang, kau kena tahan.
Kawan : Penat aku bersabar tahu?
Aku : Tahu. Kau nak tahu sesuatu tak?
Kawan : Ini entah kali ke berapa ribu kau mengadu pasal dia pada aku. Bila aku bagi nasihat suruh kau berbaik-baik, kau tak nak dengar.
Kawan : Habis dia asyik buat aku marah.
Aku : Betul. Tapi bila kau sedih, kau marah, bengang kau cari aku. Bila kau gembira apa semua, ada kau ingat kawan kau ni?
Kawan : Eleh, takkan marah kot?
Aku : Bukan marah. Cuma aku nak kau buka mata dengan siapa yang kau bersama sekarang ni. Kau marah-marah, membentak dengan aku, macam aku pula kekasih kau. Kenapa kau tak nak cakap dengan dia terus?
Kawan : Takut dia kecil hati.
Aku : Kau takut dia kecil hati? Sampai bila dia akan berubah kalau kau tak tegur dia?
Kawan : Kau tak nak dengar lagi tak mengapa.
Aku : Bukan tak nak dengar, tapi kau tak nak ambil peduli nasihat orang.
Kawan : Macam mana aku nak cakap dengan dia? Bila nak cakap, dia penat baru balik kerja.
Aku : Aku nak tanya kau ni, kau ada baca FB aku?
Kawan : Tak, kenapa?
Aku : Tak ada apa-apa. Kau rehat, sabarkan diri dulu. Fikir apa aku cakap tadi.
Kawan : Ya, baik.

Telefon diletakkan dan aku cuba untuk menyambung semula rehat yang terganggu. Menikmati keseronokan aktiviti dan aku tahu, badan aku memang akan tidak bertenaga sebegini. Tidak mengapa, yang penting aku dapat belajar ilmu baru dan menggunakannya di tempat sepatutnya. Eh, siapa sangka aku sudah boleh membuat pelepasan peserta?

http://photointerview.ru/wp-content/uploads/2010/09/A-Late-Night-for-Danbo1.jpg
[Gambar : Mari mendapatkan rehat secukupnya]

Telefon berbunyi lagi.
Macam cerita Binatang Peliharaan Yang Menakjubkan (baca : Wonderpets)
Ketawa.

Kawan : Kau baru balik kursus ke?
Aku : Ya.
Kawan : Empat hari tiga malam kan?
Aku : Ya.
Kawan : Bila kau tiba rumah?
Aku : Baru je tadi.
Kawan : Maaf, aku tak tahu yang kau kursus.
Aku : Tak mengapa.
Kawan : Kau lagi penat tapi kau masih nak dengar.
Aku : Tidaklah aku nak suruh kau cakap seorang diri.
Kawan : (ketawa) Rehatlah.
Aku : Sedang.

#Kawan.
Setiap kali kekasih dia menghadiri apa-apa kegiatan di luar kawasan kerja, biasanya akan berlaku perkara begini. Kekasih itu mudah jatuh hati dengan orang lain yang menolongnya di satu-satu acara. Senang cerita, sesiapa yang berbuat baik dengan dia, pasti akan membuatkannya tergoda. Aku tiada komentar akan perkara begini disebabkan ianya terpulang kepada hati manusia itu sendiri.

Hidup kau, kau yang tentukan.
Walau apapun, kau masih kawan aku yang baik.

Nota Kaki :
1. Aku suka berpergian kerana saat beginilah, aku tahu dan lebih kenal apa aku mahukan dalam hidup.
2. Tangan masih menggigil kesan menggunakan tali secara maksima. Ketawa.

Zara : Entah bagaimana penghias paparan komputer aku lupa untuk ditukar bila aku di kem. Sebelum itu menggunakan gambar seorang rakan dalam pakaian sukan disebabkan pemandangan langit dibelakangnya kelihatan menarik dan kena dengan tona kuning bajunya. Ah, cepat-cepat tukar bila ada orang berdehem.

27 comments:

gadis said...

sabarlahh. kawan memang macam tuu kadang kadang :)

PointBlankShot said...

perkara mcm ni bese la. kalo susah baru nak cari member. masa ngan couple msg2 trus lupa member =)

izulman said...

cerita binatang peliharaan yg menakjubkan. ketawa. hahahaha. u made my day.

n yeh amazon.com masuk exam esok!!

suffer8zine said...

sabar, relax, cool okess

Terkini : Contoh gurauan manja

Anonymous said...

finally...
have something to read...
like ur writing...

Cikgu Mizi said...

kah3.. jadi tuan penasihat la ko ei... biase la, cinta itu tidak buta tapi kita yang buta disebabkan cinta..

En iLHAM said...

masalah jugak kalau mcam tu, bila senang bersuka-suka dengan si dia, bila susah, kawan jugak yang die carik balik. tu maksudnya berkasih-kasihan masa senang jer..masa susah carik lain.huhu

p/s: memang banyak berlaku pada kawan-kawan saya kak. tak larat nak nasihat dah

Samelah Sakimin said...

patutlah tak nampak kamu update..hehe..tahniah2 dah pndai main tali =)))

wanita mutalib said...

macam itu pun ada ya dik?

macam2..

geleng kepala perlahan lahan pastu terus laju2 :p

Mrs Nurul said...

GRRR AKU SUKE GAK MEN TALI2 NI..TAPI AGAL LEMBAP SIKIT LA NAK FOLLOW

saya_arief said...

sabar je la..
;D

PuanPepel said...

kebiasaannya camtu la...bila da sedey baru cari kawan.

Anonymous said...

TAPI aku ada kawan baik yang bila nak enjoy cari org, ada problem senyap je. tanye awek dia baru tau. HAHA

nyetok said...

Memang ada kawan yg mcm tu.. Dia bkn nk dgr nasihat kita pn sebenarnya, tapi nk kita dengar luahan dia je

syarifah radiah ibrahim said...

sy pun ada kawan yang bila kita bagi nasihat, taknak dengar
ada je alasan yang dia beri
tapi masih cerita masalah pada sy
sabar je la

4feet8 said...

syiokkan musang terbang..hehe..
abseiling pun besh. wall climbing pun bes.

anizsDANbintang... said...

manusia tak pernah kenal makna adil. hanya Allah yg mampu berlaku adil pada umatNYA

asnidahani said...

agreed!!! selalu mcm tu..bukan ape..kadang2 rase menyampah cerita2 mende yg same je setiap kali..

mariea mnayan said...

much better ada rasa bersalah yang macam tuh, tp ada juga yang tahu tp butakan mata seolah2 masalah mereka itu akan membelahkan dunia. hahah...
tpi bila mereka bercerita itu, sekurang2 mereka tahu kita ada untuk mereka... tolak ketepi dulu rasa marah... sabar pengubat segala..

Paan Ovrtd said...

You need some boyfriends right now, kak. Yes, Adam Auraq and sape lagi tuh...ala...lupa nama... (cabar diri ingat tanpa tengok entri lama - gagal!)

Paan Ovrtd said...

Oh ya, lupa nak cakap : SELAMAT PULANG KAK! ^0^

Unknown said...

sabar2...
semua ini dugaan! :)

takky said...

kawan kak zara mungkin masih belum cukup kekuatan untuk menegur teman die....
mungkin dia memerlukan seseorang seperti don untuk membantu dia...

kawan kak zara akan paham jika kak zara dapat menerangnya dengan cara baik dan guna sikit psykologi...
mane taw dia akan lebih mengerti...

harap kak zara dapat lebih tabah tempuhi cabaran hidup...
btw, im really happy coz can read ur entry back...
^O^

MamaFarhan said...

sabar zara...manusia kadang2 begitu...tp x semua...

Anonymous said...

Jarang jumpa kalau yang dah berteman tu nak ingat kawan masa-masa senang dia.

Hmm.. kalau temannya mudah jatuh hati dengan sesiapa sahaja, he/she isn't worth waiting. Patience is the best policy in relationship. :)

noorafzan.blogspot.com said...

mmg ada kan orang yang macam tu..
terlalu mudah jatuh hat idengan orang.
sebenarnya benda pokoknya di ri sendiri kan.
kalau tak diikut perasaan tu tak adalah jadi macam tu.umpama lalang la pula kita tgk.

Anonymous said...

Good job. I'm definitely going to bookmark you!