Tuesday, November 23, 2010

Dia Pilih KLCC Pun Semua Orang Kecoh? Aku Pilih Yang Lebih Baik Tahu?


Semenjak dari minggu lepas semua orang gempar (dan kecoh) dengan video yang tersebar luas di Internet, sepasang remaja yang berkucupan di tepi jalan raya. Tidak perlu aku letak video tersebut memandangkan aku percaya semua orang yang menggunakan Internet secara tegar (apa kau ingat semua orang macam kau Zara?), sudah menonoton video itu.

Sengih.
Aku tengok sekali cukup.
Sebenarnya aku lebih perhatikan reaksi orang di atas jalan raya. Bukan pasangan itu. Kalau setakat orang berkucupan, dalam filem-filem atau drama lebih bagus. Ketawa. Sumpah, bangang gila kenyataan tersebut.

http://s3prod.weheartit.netdna-cdn.com/images/699789/37223902_large.jpg?1252293865
[Gambar : Dua kotak bercium, boleh buat kau teruja ke? Ketawa]

Aku tidak akan buat komentar tentang itu. Hak masing-masing, cuma apabila disensasikan dan tidak kena dengan budaya negara dan mengacau sensitiviti masyarakat, memang sengaja cari masalah. Itu sahaja. Baiklah, aku nak kongsi sedikit perbualan aku dengan kawan aku yang kononnya baru terjumpa video itu dan nak aku tulis dalam blog dengan alasan - "Tulisan dan ayat kau kan sarkastik dan kejam Zara". Ceh!

Aku dalam perjalanan ke tempat kursus sewaktu dia menghubungi aku. 

Sakura : Eh, kau dah tengok video budak bercium di Mukabuku? Gila betul.
Aku : Dah tengok. Apa yang gila?
Sakura : Gila sebab buat di tempat awam.
Aku : Tak gila mana.
Sakura : Kau betul ke tak ni? Kenapa kata tak gila mana?
Aku : Sebab tak boleh salahkan budak-budak tu sahaja. Salahkan sekali orang yang merakam, yang memuatnaik, yang menyebarkan video tersebut dan salahkan KLCC sekali.
Sakura : (ketawa) Kenapa KLCC pun salah?
Aku : Sebab KLCC seksi sangat, jadi dia lebih mencolok mata untuk dipilih.
Sakura : (ketawa) Gila kau. Tapi kalau kau kena ayat macam tu apa kau buat?
Aku : Ayat apa?
Sakura : Contohnya, kalau kau ada teman lelaki dan teman lelaki kau tanya siapa yang akan kau pilih. Dia atau KLCC, apa kau akan jawab?
Aku : Oh, aku akan jawab aku pilih Kaabah.
Sakura : Tak menjawab soalan.
Aku : Ada aku kisah?
Sakura : Kenapa pilih Kaabah?
Aku : Binaan teragung, tempat yang suci dan mulia, aku nak tengok ada lelaki sentap tak kalau teman wanita dia pilih Kaabah.
Sakura : Aku suka jawapan kau.
Aku : Kau jangan jadi gila pergi tanya teman lelaki kau pula.
Sakura : Nak pergi tanya!
Aku : Risiko tanggung sendiri.

http://berrylipglossxpumps.files.wordpress.com/2010/03/danbo9.jpg
[Gambar : Awak tak pilih saya kan? Awak duduk luar walaupun musim sejuk. Tiba-tiba]

Sebenarnya tidak kira lelaki atau perempuan, kalau kekasih kamu pilih Kaabah, bersyukurlah disebabkan dia mungkin menyimpan niat ke sana. Jujurnya, aku pernah ke sana sekali dalam tahun 2005. Memang punya impian untuk menjadi tetamu Allah sekali lagi. Senyum.


Irsyad cium lebih menarik tahu? Ketawa.

Ganas, garang, sarkastik - itu semua punya makna berbeza.
Ada yang menyatakan dalam penulisan aku sebelum ini [Perkara Yang Membuatkan Aku Menekan Butang X Dengan Laju Bila Melayari Internet] adalah garang dan ganas. Alahai. Mana ada garang dan ganas kawan-kawan sekalian. Itu cuma cuit-cuit manja. Macam kita main permainan zaman kecil-kecil dahulu.

Saya sentuh awak, awak jadi.
Saya cuit awak, awak jadi.
Saya jumpa awak dulu, awak jadi.
(Main sembunyi-sembunyi)

Ala, macam tak biasa pula kan?
Ketawa.

Peniru 1 : Kak, tulisan akak jadi inspirasi pada saya.
Ya dik, memang beri inspirasi, lepas tu kau ceduk tulisan akak, kau curi?

Peniru 2 : Saya mana ada curi kak. Saya tak curi pun. Saya pinjam je.
Adik, ada kak kata kau curi? Yang kau menggelupur nak mengaku kenapa? Pinjam buat cara pinjam kau.

Peniru 3 : Kalau saya tiru, awak nak saman ke?
Alolo (sambil ketawa gedik), kak bukan jenis saman-menyaman ni dik oiii...Kak bukannya artis! (Wah gitu!)

Sungguhlah muka comel, tapi tak boleh jadi adik ipar Kak Zara kau ni (sambil konon-konon singsing lengan).
Sengih lebar.

Perut tengah kenyang makan daging lembu.
Lebih enak dari jadi kanibal.
Eh?
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Sangat berdoa budak rambut lawa muncul malam ini. 
2. Nakama sedang sibuk membuat kerja akhir dia. 
3. Kembar masih sakit perut, sampai tak pergi kelas, tapi main permainan komputer.

Zara : Berbual dengan seorang guru sekolah kebangsaan petang tadi membuatkan aku tersenyum. Ah, hidup ini kadangkala agak signifikan walaupun hakikatnya jalur perjalanan kita tidak sama. Sama ketua nakhoda tetapi laluan perjalanan berbeza.

23 comments:

apezs shah said...

betol tu itu pon nak kecoh..apolaaa kan,

Nana S. said...

tahape2 budak2 dkt dlm video tu.

Fara said...

publisiti murah tu namenye! hehe

Cheno Zainordin said...

PILIH KAABAH satu jawapan yang tepat! :)

btw, lepas baca entry ni, baru tercarik2 kat fb pasal video tuu..haha lambat betul. lepas tgk mengucap panjanggg.........err TERtengok sebenarnye :P

Unknown said...

teransang pulak tengok kotak tu dok cium cium. haha.


pilih kaabah? good answer! =)

suffer8zine said...

hekkk mcm2

Terkini : Bukan untuk wanita sahaja

Pojiepooh Abdullah said...

Sarkastik gila jawapan.. Hahah, i loiikkkee!

Love,
PojiePooh Abdullah

Azrul Hisham said...

jawapan yang tepat yang boleh bikin sesape je sentap..hehe :)

Anonymous said...

wa..naseb bek ms zaman bcinta ngn en.suami dulu entry zara ni blm wujud..klu wujud mst jwb pilih kaabah..tp ms nsb bek dia tak penah tny soklan psl pilihan..

psl video tu...hmm..setelah mnjadi seorang ibu ni..ya ALLAH minta jauh dr segala keturunan ku dr melakukan kemungkaran...

En iLHAM said...

hohoho
memang hampeh video tu
mcm tak logik je pilih KLCC ngan pakwe..
tinggi sungguh tahap kebodohan diorang

part pilih kaabah tu mmg mantap.hehe

bungacahaya said...

Ye Zara...beratus rasanya blog yg buat tampalan pasal video tu. Bosan sudah. Akhirnya tidak ke mana jugak. Budak2 tu yg rasa tambah hot (baca : hebat).

CI_ said...

auntie imah,
kitapun nak cium kamulah!
muahhhhhhxxxx!

Anonymous said...

nape tak pilih skybridge? HAHA

Azah Rahaman said...

setuju ngan akk, pssst, saya takleh tgk bideo macam tu, nnt rosak mata, mama tak kasik so saya tanak bagi komen pape. salam blogging, jemput singgah ke rumah saya plak ea, budak baru, hehe, salam kenal (:

fatian athiea said...

sumpah gua nak try cara ni..hahaaha

hans said...

hahahah
ko tahu tak
aku siap cakap dkt kawan aku

"kalau aku jadi pompuan tu memang aku pilih KLCC"

kawan aku tanya kenapa?

"sebab KLCC lagi kacak dari laki yg muka macam mat Indon tu"

heheheheh

P/S : Review Film : Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 Menarik Walaupun Agak Berat

Pocket said...

pocket pernah tengok awek ngan awek kissing kat bangsar, ok jer pon..
both awek tu seksi n menarik..
tapi that's it..
tak teringin pun nak merakam..


oh terlupa plak.. tak mampu nak merakam.. nampak tahun 1998 dulu nuu haa!! :D

Legasi Piston Pecah said...

memang kecoh betul kan..kalau lah boleh tolonglah buang video tersebut dan sewaktu dengannya...buat malu bila dilihat orang-orang diluar sana..betapa rendahnya maruah mereka-mereka itu

takky said...

skunk mcm2 hal berlaku dekat kapel2 nie...
nangis tgh jalan...
rajuk merajuk (mcm kes nie lor)
n jerit+marah2+maki tyme call balak dye dlm ktm...
(ade tgk kat FB kawan semalam)
dorg tak rase malu ke?????

Aidy Shahiezad said...

dia baru nk merangkak dlm hidup tue... rase teruja berpanjangan dlm semua hal.. hehehe... :P

--------------
my new latest entry:-

Tiga Hari Terasa Mati...
http://aidyshahiezad.blogspot.com

Mrs Nurul said...

TAK DPT PLAY VIDEO TU..FB AKU MENGONG !

sharamli said...

s0k0ng!!
sangat xsuka 0rang yang asyik nak p0st vide0 tu.
cukup2 la..

syanabel said...

salam singgah dan salam kenal. Yup. Nak ikutkan ramai dah wat adegan comolot kat public ni. yg beza cuma adegan tu di rakam, upload dan sebar or tak aje. suka la part pilih Kaabah..hehe

Http://syafiqa-belle.blogspot.com