Sudah lama aku peram berita ini.
Banyak menulis tentang perhimpunan penulis blog buat aku tiada kesempatan untuk menulis tentang dia.
Tulang belakang penyangga sebuah persahabatan.
Setelah bersahabat lebih setahun, takdir akhirnya menemukan Si Busuk dan Si Tengik.
Walaupun seketika cuma, tetapi kegembiraan yang Si Tengik rasakan sudah cukup untuk jadikan dia lebih hebat daripada apa yang dilalui selama ini.
Si Busuk dan Si Tengik.
Tuhan, pelbagai perkara telah kami lalui bersama dalam persahabatan ini.
Lebih setahun meladeni sebuah kehidupan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Kalau ada antara kami yang terjatuh, seorang lagi akan menarik ke atas kembali.
Nah, kalau tidak cukup kuat, tahankan sahaja, asalkan jangan jatuh dan sengsara.
Peribadi.
Antara benda yang menyokong kuat diri mereka.
Jika seorang jatuh, seorang lagi akan menarik ke atas dengan kuat.
Tiada batasan dalam komunikasi mereka - integriti dan telus melihatkan sebuah kebenaran apabila mereka bersama dalam mengharungi hidup.
Aku pernah melontarkan komentar mengenai siapa itu Si Busuk dalam penulisan ini.
Ah, Busuk dan Tengik memang sahabat istimewa.
Persahabatan kekal tanpa perlu melontarkan butir bicara alasan semata.
Hidup Busuk dan Tengik bukan satu pura-pura.
Kerana kami tahu, legasi ini kami yang punya.
Busuk, Tengik mahu ucapkan terima kasih.
Terima kasih atas curahan kasih sayang dalam persahabatan kita yang gila.
Pertemuan singkat kita harap ada kesinambungan sebuah ceritera.
Agar legasi tidak akan terkubur malahan terus kekal bercahaya.
Busuk, kamu sahabat terbaik Tengik!
Senyum.
*******
Nantikan kemunculan kelibat Danish Aryan atau Syahmi Hanis dalam penulisan seterusnya.
Ah, masih ramai yang bertanya, mana penulisan bab tiga?
Kamu tekan ini, kalau kamu suka.
Zara : Menunggu Bunga Jiwa dengan hati gundah gulana dari sepanjang malam hingga menjelang petang. Ya Allah, aku sungguh-sungguh berdoa agar kesihatannya semakin baik dan terus tabah.

Sudah bersama lebih daripada setahun. Dia muncul dalam hidup aku dan memberikan sinar kegembiraan atas penderitaan yang aku alami. Busuk menarik aku keluar dari belenggu pemikiran yang kadangkala tidak teratur sistemnya. Dia sahabat terbaik dan kami akur dengan takdir yang menemukan kami. Persahabatan yang mungkin pelik kerana kami tidak mungkin sama jika dilihat dari luaran dan penampilan. Itu semua tidak penting. Yang kami tahu, keutamaan harus diberi kepada perjuangan meneruskan legasi. Dia sahabat sejati.
Ah, Busuk dan Tengik memang sahabat istimewa.
Persahabatan kekal tanpa perlu melontarkan butir bicara alasan semata.
Hidup Busuk dan Tengik bukan satu pura-pura.
Kerana kami tahu, legasi ini kami yang punya.
Busuk, Tengik mahu ucapkan terima kasih.
Terima kasih atas curahan kasih sayang dalam persahabatan kita yang gila.
Pertemuan singkat kita harap ada kesinambungan sebuah ceritera.
Agar legasi tidak akan terkubur malahan terus kekal bercahaya.
Busuk, kamu sahabat terbaik Tengik!
Senyum.
*******
Nantikan kemunculan kelibat Danish Aryan atau Syahmi Hanis dalam penulisan seterusnya.
Ah, masih ramai yang bertanya, mana penulisan bab tiga?
Kamu tekan ini, kalau kamu suka.
Zara : Menunggu Bunga Jiwa dengan hati gundah gulana dari sepanjang malam hingga menjelang petang. Ya Allah, aku sungguh-sungguh berdoa agar kesihatannya semakin baik dan terus tabah.
5 comments:
persahabatan tak mengira sesiapa.. suka tgk kamu gembira.. :)
best friends are hard to find =)
Alhamdulillah.....teruskan & jaga persahabatan
hmm hmm cikgu zara:)
oh....ini lah orgnya.hehehe
Post a Comment