Thursday, February 25, 2010

Zara, Kamu Kelihatan Bodoh Dan Hodoh Bila Menyarung Kasut Sukan Dengan Berbaju Kurung. Sangat Hodoh! - Ahli Sihir, Aku Sedang Berkabung!


Pertama sekali, sila maafkan aku kalau kamu jumpa perkataan kesat dalam penulisan kali ini.
Ya, aku menulis dengan membiarkan emosi menguasai dan sumpah, disebabkan aku keletihan akibat perjalanan semalam serta kurang tidur, jangan ambil mudah disebabkan aku muda.

Pagi ini ada acara sukantara yang tidak sempat dihabiskan dua minggu lepas. Hanya ada satu acara dan dua kategori sahaja. Aku datang ke sekolah dengan semangat yang waja walaupun harus diakui yang aku kekurangan tidur serta terlalu penat untuk memulakan kerja. Tidak mengapa, demi anak bangsa, manusia yang bernama Zara ini harus tabah.

Aku tahu juga hari ini ada sukantara cuma sebagai ketua rumah pasukan merah serta bertugas sebagai pengelola peserta, aku rasa aku tidak perlu menukar pakaian hari ini. Selalu, aku manusia pertama yang akan tercacak di hadapan perhimpunan pelajar untuk acara sukan. Cuma hari ini sahaja, dan aku sedang berkabung.Tidak percaya? Lihat pakaian aku.



Tapi macam biasa, aku hanya suka diri aku sahaja.
Kalau aku suka dengan gaya aku, kamu bukan di tempat yang setepatnya untuk menghina sesuka hati.
Dan hari ini, ahli sihir sudah melampaui batas yang tidak sepatutnya.

Ahli sihir : Eh, kenapa pakai baju kurung dan kasut sukan?
Aku : Hari ini saya tak tukar baju. Jadi pengelola sahaja.
Ahli sihir : Eh, budak-budak tengok sahaja kau pakai kasut sukan dengan baju kurung.
Aku : Biarlah, bukan salah apa pun.
Ahli sihir : Nampak bodoh je.
Aku : Saya biasa pakai macam ini di universiti. Tiada apa yang aneh pun.
Ahli sihir : Hodoh sahaja. Mana ada orang pakai macam ini?
Aku : (mula menyumpah dalam hati) Ada kak. Ramai sahaja orang pakai macam ini. 
Ahli sihir : Yang penting, nampak hodoh sangat.
Aku : Ada saya peduli? Takkan saya nak pakai kasut tinggi dan berjalan atas padang? Saya bukan orang macam itu.
Ahli sihir : Ye lah, nampak bodoh pakai macam ini (sambil tunjuk aku).

Oh Tuhan!
Sila berikan aku kekuatan dari terajang muka manusia durjana itu.
Berikan aku ketabahan agar aku tidak menempelak di muka dia.
Bantu aku Ya Allah.
Aku sedang membajai kesabaran dalam hati.

Ahli sihir, kamu bukan di posisi yang sesuai untuk mengata aku.
Kamu laungkan pada pelajar untuk menutup aurat ketika bersukan, tapi pada masa yang sama kamu pakai baju lengan pendek.
Kamu jeritkan pada aku tidak boleh memakai baju warna selain putih ketika mengajar pendidikan jasmani, tapi kamu pakai baju warna warni.
Kamu mengata aku kelihatan hodoh, tidak mengapa.
Cuma aku mahu kamu berdiri dahulu di depan cermin sebelum mengata aku dengan lantang.
Lihat ahli sihir.
Adakah cermin akan pecah?
Aku tidak peduli.


Kasut sukan aku yang tidak bersalah.

Kenapa masih ada manusia begini dalam dunia ini?
Tiada sekelumit ucapan simpati bila aku kehilangan.
Tidak mengapa.
Tapi perlukah malukan aku di hadapan rakan sekerja?
Sila pergi dengan kata-kata kamu.
Itu mengganggu.
Berbulu.

Zara : Doakan aku sabar. Doakan aku mampu tersenyum sentiasa.

Aspirasi aku pada cinta dan seni.
[Sila tekan INI dan cari ruangan komen di bawah sekali]

32 comments:

NAZ said...

baju kurung itu cun :)

Aini said...

akak tu jeles masa muda tak dapat pakai baju kurung ngan sport shoes macam kita muda mudi ni..huhu.

Abaikan ahli sihir tu zara... Kasi dia penyapu, suroh dia terbang jauh2 dari situ.. =)

Anonymous said...

Ok jer pun.

Eh.. Memang sesuai awak panggil manusia tu ahli sihir
:)

paan said...

apa masalah pompuan sorang tue ?? perlu ke dia ulang perkataan "hodoh" dan "bodoh" tue berkali - kali ??

Khaizarien said...

xde msalah pown pkai cam tu. atie pun pnh wat n penah d pndang serong. ckp dalam hati, apa aku peduli...

Khaizarien @ atie Blog

KERAK NASI said...

aku selalu je pakai baju kurung dengan kasut sukan..ape yg ahli sihir tu nk menyibuk?
asalkan menutup aurat sudahhh...

vidadarisakura said...

konon cikgu. tapi suka guna perkataan bodoh. bodoh betul.

Jard The Great said...

chumel kasut sukan ko. ehehe

hasifi b hasnan said...

klw aku la, aku lagi suke pmpuan berbaju kurung.. pd aku bju kurung ni fleksibel abes la.. klw kurus x nmpk kurus sgt.. klw besar x nmpak besar.. so, pkai la baju kurung.. ader lak stgh2 org yg pndang baju kurung ni kolot.. huh.. x paham tol...

Anonymous said...

aku dulu selalu pakai baju kurung sekolah..pastu sport shoes. cantik je aku rasa.hahahha

Winnie Agnes Ritchie said...

dulu,baju kurung sekolah and kasut..ok jek.. Xyah kesah apa org cakap,janji kita senang hati.. Cheers~~ XD

jijie said...

fuh! stylo tuh...berbaju kurung dengan sport shoes..

next time, cuba kamu pakai selipar toilet pula depan dia.
nanti apa lak reaksi si ahli sihir tu...huhu...

susah sebenarnye nak memuaskan hati orang. cukup la sekadar kita bahagia.
kebahagiaan sendiri lagi penting

Hizami Li said...

oh.
kejam ahli sihir tu.
baca jampi kat ida.
fuhh~

nrfy said...

ahli sihir tu kejam.

Mr feckry said...

sape cakap macam tu. nampak cute kalau budak perempuan pakai kasut sukan dengan baju kurung. Tapi kasut bia yang cool..

Eyqa Zaque said...

Pelik gak ahli sihir tuh.

Okay apa pakai kasut ngn baju kurung, bukannya nampak bodoh cuma luar biasa jak.

Tapi yang penting, tutup aurat.. kan cik zara?

Izza - Jiejah said...

org yg bodoh saja yg suka membodohkan org lain ..

mari kita jadi org pandai hehehe

Husna Hadzarami said...

adoy la.. apa la masalah ahli sihir tu.. banyak lagi kot benda lain yg perlu diambil kisah..
dah2, jangan hirau.
proud to be yourself ok! ;)

ezzati said...

wahhh..suka suki dia ckp hodoh...mulut laser gilaaaa

lavidalabelle said...

apa yg penting tutup aurat dan masih sopan.

dia cakap mcm tu sebab dia teringin nak pakai tapi tak berani.


pakai je ikut suka zara asalkan selesa ;D

wanita mutalib said...

ahli sihir itu dengki dengan kamu sayang... semoga kamu oke saja ya..

chamn said...

baju kurung + sport shoes??? walla.. nice bebeh..

mcm simple + crucial.. takgittu?? hahah

peace no war!

Menderas said...

Orang yang paling kuat, ialah yang mampu mengawal kemarahannya. Kamu kuat. Tahniah.
Biarkan mereka berkata, selagi kita tak menyalahi undang-undang Tuhan.

Mrs Poyo said...

aku pun pkai jugak mcm tu dlu masa belajar..
x guna..maknanya dia kutuk aku skali..
siapa makhluk itu???
biar aku hapuskannya..
hiyakkkk!!!!

Anonymous said...

ok je aku rs. stylo n cool.
pedulikan sj my dear zara..
kalo dia mengata lagi..
tanya dia pnh tgk filem sepet x?
kan ke cun amani pakai bj kurung n sport shoe? dia ketinggalan zaman la tu.huhuhu..

miss young said...

babe.....lantak dier...karang dier penat dier senyap .....muaaakkkss...luv u

joegrimjow said...

kalau baju kurung dengan slipar jepon camne?

iklan skit
;)
jom teka disini dan menang sehingga 10 pound!

[z@ck] said...

weyh..
selesa ka pakai baju kurung dgn sport shoes? tak tersadung ka..
isk

acap2405 said...

manusia nih banyak ragam...
saya tengok kawan saya pakai baju melayu tapi kat dalamnya baju sekolah..
tak nampak pelik jer..
kecantikkan luaran tidak mengambarkan kecantikkan dalamam..
sabar jer ngan wizard tuh kak zara..

~batrish♥~ said...

xsalah kalu nk pakai baju krung dgn kasut sukan...xhodoh jugak kalu paki kasut sukan dgn baju kurung...

kat uni brlambak student pakai bju kurung dgn kasut sukan...xde orang kesah pon...knape ahli sihir tu ksah...ish2...jahat btol mulut die ni...xpatut2...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ahli sihir macam tu harus dihambat dengan penyapu ahli sihir juga zara...grrr...tumpang geram sekali

Anonymous said...

dah lama sangat-sangat saya pakai baju kurung sekolah dengan kasut sekolah, sejak 27 tahun lepas.

mula pakai baju kurung biasa dengan kasut sukan masa tingkatan 3. itu 22 tahun lepas.

masa tu zara ntah2 baru setahun, masih bertatih, berjalan-jatuh.

dan saya seorang cikgu.

pedulikan apa orang kata. tahniah sebab boleh tahan marah. saya pernah dimalukan ketua sekolah di depan semua rakan sekerja. bertahan zara! kita perlukan cikgu seperti zara untuk masa depan anak-bangsa & negara.

-kakyat-