Sudah terhantuk, baru terngadah.
Kepala terhantuk, lalu berdarah merah.
Kepala merekah, hayat terjejas, nafas mendesah.
Zara dahulunya adalah seorang yang agak kelam kabut. Acapkali tersasar dalam membuat keputusan dalam hidup menyebabkan diri sendiri agak terkilan bila hasilnya tidak seberapa. Makanya, peribahasa yang sangat sesuai untuk menyimpulkan perangai yang tidak semenggah itu adalah sudah terhantuk baru terngadah.
Benci sungguh dengan diri sendiri kalau terbit perasaan kesal. Makanya, mulai saat terkena suatu peristiwa yang telah merubah segalanya, Zara selalunya akan duduk dan memikirkan sesuatu dari pelbagai aspek - positif dan negatif - lihat kebaikkan dan keburukannya. Ah, memang tidak menyenangkan sikap itu. Bila sudah mengambil pendekatan berjaga-jaga, syukur, sifat dan perangai itu sudah dapat dikikis sedikit demi sedikit walaupun kadangkala ia terbit.
Eh, cepat-cepat tolak ke tepi. Senyum. Ajar diri sentiasa tabah dan jangan merungut. Oh, ini memang aspek penting yang dipelajari untuk mengubah naluri sikap itu. Ah, kalau tersilap, itukan dugaan serta pelajaran buat diri?
Senyum lagi.
Kalau tidak pernah melalui kegagalan atau kesilapan, mana mahu lihat tauladan bukan? Gagal itu sakit. Lagi sakit kalau sentiasa dikenang. Hidup untuk hari ini dan akan datang. Buang rasa kesal dan sentiasa fikirkan yang terbaik dalam hidup. Lakukan yang paling cemerlang agar rasa kesal tidak akan pernah diundang.
*******
Petikan di atas adalah jawapan untuk soalan minggu kedua Pertandingan Top 100 Wanita.
Ya, yang kamu semua undi untuk aku itu.
Aku berada di tangga keempat.
Memang jauh pungutan undi, tetapi tidak mengapa, jasa kamu semua sudah lebih hebat daripada yang aku jangka. Mari aku berikan sedikit pelukan dan ciuman mesra.
Ketawa.
Mulai minggu ini semuanya bukan berdasarkan tekan kotak di tepi.
Aku mohon jasa kalian tekan INI dan masuk ke ruangan komen, undilah aku aku dengan meninggalkan komen sukakan peserta nombor 52.
Malu juga merayu undi begini.
Tetapi kalau kamu suka dengan penulisan aku seperti di atas, dan juga ada dalam halaman itu, alangkah indahnya kalau kamu juga menolong aku.
Senyum.
Dengan menulis aku lebih kenal diri aku.
Aku kenal kamu semua dengan menulis di sini juga.
Pelukan hangat dan kasih sayang buat kamu semua.
Ya, kamu tidak silap.
Kamu boleh lihat Tok Rimau sudah mengundi untuk aku.
Terima kasih Tok!
Kamu boleh lihat Tok Rimau sudah mengundi untuk aku.
Terima kasih Tok!
Zara : Hari ini ulang tahun kelahiran tuan ketua keluarga. Sudah berumur 49 tahun bakal wali aku itu. Moga dipanjangkan usianya dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan sejahtera.
16 comments:
naikkan tempat ke juara pula!
nak tolak posisi paling tidak dapat gangsa nih...yeeehaaa!!! =]
hahahha sudah di undi......
good luck!
Bang head here! hahah. cute.
Anyway Zara, you've been tagged! sila sila...
moon pun kelam kabut...
hehehhe
kalau buta kej.. adalah barang pecah jke.. ilang ke..
zara lahir bulan 8 ke? saja mau tanya
gud luck :)
sudah diundiii... juga... selamat maju jaya....
good luck!eh ketua kampung tu bapa u ke..
belajar dari kesilapan..
:)
Lily dah tarik diri pun coz x jumpe soalan no. 2 tuh, anyway i'll vote for u tau! good luck
wohooo...!!!!!! salam zara..
amboi promotion kencang ya.....
btw all da best!!!! hantuk2 kepala kat dinding mikiran nak undi atau tidak. hahaha!!!
btw, my blog update: http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/take-hike.html
semoga melonjak naik ke tempat pertama.. akan diundi sekali lagi... ;)
~hepi bestday buat yg tersayang :)
undi. tak undi. undi tak undi. undi! he he. zara, pic nampak kurus. gembira. :")
jalan hidup ini kekadang berliku...dan bersimpang...silap pilih simpang...itu yang sering terjadi
kamu nampak kurus dik..stress ka?
inilah namanya
entry yg berlainan
di tgkap di tempat yg sama
;)
Post a Comment