Monday, February 08, 2010

Shafaza Zara Syed Dan S.F. Zahrah - Tipis Penghadang Dua Dunia. Layakkah Kamu Hukum Aku Dengan Mengatakan Aku Tidak Layak Menjadi Guru?


Shafaza Zara Syed.
Itu aku.
Aku yang secara dasarnya orang yang kamu tahu.
Orang yang secara harfiahnya berhati batu.
Kepala batu, tetapi masih berkepala satu.
Senyum, gigi bukan lagi gigi susu.


Itu tempat aku bermesra secara peribadi dengan manusia yang tidak pernah tinggalkan aku.
Di situ tempat aku menjalinkan urusan peribadi dengan mereka yang selalu ingin tahu tentang aku dan sering bertukar ilmu.
Di situ juga tempat aku berkongsi kasih sayang dengan mereka yang memerlukan aku disebabkan aku tetap manusia yang tidak kaku.
Mereka yang kenal aku tidak akan membunuh aku kembali di Mukabuku.
Tiada istilah keji mengeji dalam mengenali hati yang satu.
Ya, satu.
Itu aku.
Wujud kerana masih punya Tuhan Yang Satu.
Masih kekal ceria kerana ada kamu.



Itu juga aku.
Tetapi aku yang kamu tidak boleh sentuh hatta dengan hembusan bayu.
Itu aku yang kelilingnya sudah diletakkan kubu.
Hidup dalam satu arena perguruan - bergelar guru.

Terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku di Mukabuku.
Maaf, sila gunakan akaun yang pertama ya?
Yang kedua hanya untuk kegunaan rasmi - atas arahan Pengetua.
Maaf bagi mereka yang aku tolak permintaan untuk menjadi rakan di akaun kedua.
Sila cari aku di tempat yang kita boleh menggila.
Bukan di tempat yang aku kelihatan sunyi sepi tanpa berita skandal melata.
Ketawa.

Orang yang kenal aku tidak pernah menghakimi siapa aku.
Tetapi kenapa kamu yang baru pertama kali muncul terus hukum aku dengan mengatakan aku tidak layak menjadi seorang guru?
Besarkah diri kamu?
Jangan selindung disebalik identifikasi tanpa nama.
Kamu bakal kehilangan lebih banyak bulu kalau kamu menderita.
Senyum.
Goyang kepala.
Senyum lagi.
Ketawa.

Zara : Seperti biasa, malam ini malam merentas rancangan televisyen yang paling digemari oleh aku yang gila dengan siri pembunuhan. Kamu beri aku cinta, aku beri kamu kasih sayang. Kamu beri aku lara, kamu akan dibalas lebih dari sekadar tuba.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

18 comments:

acap2405 said...

lol..
saper laa yang tak caye cikgu ini merupakan cikgu..
saye percaya..
klau bukan cikgu..
cikgu aper yang ajar kimia ngan sejarah..??
hahaha

alysha_alia said...

wah.
mmg namanya manusia, suka menuding salah org lain dulu dari diri sendiri.
tapi bagi saye,saye suka cikgu ^^
sebab, kalau takde guru, takde lah peguam,doktor sekarang ni.
kan2??

guru itu satu pekerjaan yang saye junjung lah!

sy mmg jenis org yg hormat guru, walaupun die tak ajar saye.^^

faqhrule said...

cikgu mata hitam;

cikgu juga manusia. bersosialisasi juga bukan?

chegu mata choklat pun pernah kena sebegitu sebab ada kugiran musik keras.

Anonymous said...

sharifff!!
ak kenal ko dr zaman kite matriks lg...
ak xpernah pertikai ko jadi guru..
hatta ko nk jadi doktor, polis, cendekiawan mahupun angkasawan...
yg aku tahu, kau adalah kau... dan kau adalah kawan aku!!!

sayang kau!!!

muaaahhhh (3x)

p/s: ok, beday ak dh dekat...
muahahahahahaha~

Eyqa Zaque said...

Salam,

senyum.
garu kepala yang tak gatal, geleng dan kata: Dunia

vidadarisakura said...

persetankan org itu. bukan dia yg bayar gaji ko.

zan xray said...

Belum ada lagi akaun FB huhu.

zara said...

best giler ayat cikgu.. kagum. senyum. alamak. sawan pulak. [tetibe jerh] gahahha~ :P

Cik Akma said...

wahhh cik zara ni cikguu eh? ajar ape ehh? ;)

EISENHOUR said...

eisen percayakan cikgu zara..yeahh!!!idop cikgu zara..muahaha

Hizami Li said...

jangan risau.
sy di blkg ada.
sy juga bakal guru!
;D

hans said...

uish
tenang jer zara
ko kena ingat bukan semua suka kita dan ada manusia yang suka cari masalah dengan orang lain
just ignore the person and doing ur job
that all
take it easy okay

NAZ said...

haha wahh publisiti meluas nie

pak long said...

salam cikgu...
fuhhh cam sajak la citer ni...

Unknown said...

hahaha, nanti ajak pengetua bkak akuan kat fb.hahaha
kadang2 kite kene ikut kate hati, kalau semue org kite nak ikut or patuh, kite hilang indentity diri, rite?

ariff said...

tak tahu pulak sekarang wajib untuk guru ada akaun facebook sendiri.

menarik2.

boleh main mafiawars dengan anak murid nanti.

Anonymous said...

malam tadi NCIS dik

Dak Wan® said...

Lantakkan jewr dik.... bior dia sengal sorang2..