Dia hanya guru sekolah tadika biasa.
Tapi dia juga penulis blog wanita.
Dia menulis tentang perkara yang sering berlaku dalam kehidupan dia.
Bertatih dan akhirnya dia dikenali setelah menulis sesuatu mengenai Lelaki Idaman.
Siapa sangka perbualan empat sahabat menukar segalanya?
Fitnah, persahabatan hancur, kecaman hebat diterima.
Tetapi di sebalik sesuatu dugaan, pasti ada hikmahnya.
Dilamar oleh insan yang dia taruh hati dan mahu mengukir bahagia.
Tapi siapa tahu dalam menelusuri kehidupan rumahtangga dan amalan pengikat suami isteri, kekecohan berlau dan berakhir dengan tragedi.
Ditarik di khalayak ramai, pengakuan tidak dipeduli.
Usaha menghukum dengan membakarnya ditahan dengan alasan tidak mahu udara tercemar.
Lebih tragik, akhirnya dia mati disula.
Sekejap.
Aku sedang berbicara tentang siapa?
Oh, aku bercakap tentang wanita yang juga seorang guru tadika.
Aku tulis trivia tentang Leha Kebaya Jarang.
Leha Kebaya Jarang adalah hasil nukilan Mat Jan.
Leha Kebaya Jarang adalah hasil nukilan Mat Jan.
Salah satu watak dalam Siapa Kekah Bidan Sepiah.
Mahu lebih kenal dia, sila tekan SINI dengan mesra.
*******
Ahad hari yang indah.
Sekali lagi aku malas mahu menulis tentang mereka yang mahu buang tahi dalam blog ini.
Oh sayangku semua, aku bukan terkenal untuk kamu sengaja menghina-hina.
Tidak berbekas walau sekelumit pun.
Sebab aku tetap aku walaupun betapa banyak kamu laungkan fitnah ke atas langit yang tidak merah.
Ada orang kata suka gambar ini. Terima kasih Emora.
Tok Rimau pula suruh aku buat lagu untuk Kampung Fatimah Kacip sebab dia kata aku adalah Yuna.
Eh Tok, Yuna tidak besar seperti aku.
Ketawa.
Hidup orang macam aku perlukan senda, gurauan dan ketawa.
Aku manusia yang suka mengumpul tenaga.
Tenaga buat aku kuat dan tabah menghadapi hari muka.
Orang mahu tikam aku dari belakang, aku tetap tadah dengan gembira.
Orang buat apa sahaja aku masih redha.
Cuma jangan curah asid pada aku, matahari sudah cukup panas membara.
Ketawa.
Pagi tadi aku ternampak sesuatu yang bisa buat sesiapa sahaja kecil hati.
Walaupun mulut kamu boleh kata itu gurauan semata, kamu tidak mampu bohong hati.
Tidak, hati di sana, bukan hati di sini.
Aku senyum nampak gigi.
Tapi hati aku telah mati.
Mereka adalah manusia yang punya topeng sekepala.
Jangan buat onar dengan manusia yang namanya Zara.
Bukan sekali kamu curah nama periuk rezeki aku dengan muntah celaka.
Kalau aku yang kamu benci, jangan kaitkan bentuk fizikal aku yang tidak sempurna.
Tidak sempurna di mata kamu, bukan pada Maha Pencipta.
Sujud syukur, menghulur terima kasih yang tidak terhingga.
Aku diberikan sekeping hati yang terjal perilakunya.
Segumpal darah yang pernah merasai segalanya.
Sedih, gembira, kecewa, suka, duka dan lara.
Terbukti, aku lengkap juga sebagai manusia.
Ketawa.
Orang macam aku memang perlukan kasih sayang sentiasa.
Orang macam aku juga sentiasa dambakan cinta.
Apa yang aku suka?
Sesuatu yang buat aku gembira.
Bila gembira, aku tahu aku bahagia.
Bila bahagia, aku tahu aku insan yang boleh melakukan apa sahaja.
Sebab aku adalah pemilik diri yang berupaya.
Upaya menentukan baik buruknya sesuatu bicara.
Senyum mesra.
Terima kasih wahai pengunjung Dunia Sebelah Zara.
Separuh tulang belakang aku ditampung dengan kekuatan yang kamu doakan.
Senyuman ikhlas yang dilayang adalah lagi satu cabaran.
Cabaran dalam kehidupan yang sentiasa menekan.
Tetapi memberangsangkan.
Hari ini hari terakhir cuti sekolah.
Esok bakal kembali bertugas, memikul amanah.
Tanpa simpan sekelumit rasa amarah.
Dunia ini bukan tempat bertempur, masing-masing derma darah pada tanah.
Zara : Kehidupan terlalu indah untuk dipersiakan begitu sahaja. Melihatnya dari segi sudut kebaikan sudah berjaya sebagai seorang manusia. Ceduk dari sudut keburukan sudah melayakkan kamu tinggal di celah-celah kekotoran yang nyata.
Zara : Kehidupan terlalu indah untuk dipersiakan begitu sahaja. Melihatnya dari segi sudut kebaikan sudah berjaya sebagai seorang manusia. Ceduk dari sudut keburukan sudah melayakkan kamu tinggal di celah-celah kekotoran yang nyata.
34 comments:
hahahaha..
esok kak zara dah start mengajar balik..
saya pulak esok tetap sekola walaupun penat macamaner pon..
saper laa yang suka hina ciptaan tuhan..??
manusia semuanya tak sempurna..
termasuk saya..
p/s:kali pertama tulis komen panjang lebar..3 perenggan tuu..
hehehe
banyak betol sahabat die
ku pasan
entry kamo smkin best
hehe
keep blogging ye
hurm.
sukahati je kutuk orang.
meh sini aku ketuk kepada dia.
ahha.
Takpe cik zara.
kesabaran cik zara akan ada balasannya.. nanti saya nak bca plak perempuan kebaya tu.. tragisnyer cerita.
suka gambar dgn gitar tu... :)
teringin dengar,
petikan gitar dari
jari jemari comel itu!
saya datang mempersembahkan salam hormat buat tuan puteri gunung sejinjang cawangan kuala lumpur
*ampun salah fakta lari topik*haha
permintaan;
mainkan lagu yuna untuk saye malam ni sblm tidur.
bolehkah?
hihihi =)
cikgu zara..
saya tergerak hati nak vote awak..
good luck k..
zara yang dikenali kuat..
tabah..
so, u go girl..=)
suke btol aku bc cara penulisan ko ni..walopon kdg2 pening gk aku nk paham..hehe..btw slamat kembali bekerja!
ko reti main gitar ke weh? ajarrrrr
suke btol aku bc cara penulisan ko ni..walopon kdg2 pening gk aku nk paham..hehe..btw slamat kembali bekerja!
life is wonderful satu hehe ;)
hidup ini menyeronkan jika diisi dengan betul....betul tak zara de zoro?hehe sedap ah name ko jd zara de zoro..aku panggil ah!!!=)
kamu nampak hebat...
\lagi hebat dari yuna..
zara seorang cikgu...
wah... itu sangat chumel..
Sok dah nak start keja balik.. selamat bjumpa ngan anak2 murid.. hahaha
kata2 orang.. kalau teguran dan boleh jadikan panduan bolehlah terima..
kalau penghinaan & cacian... abaikan..
Ku tulis dngn phone ni. Tabah x? Huhu
joegrimjow
aku suka dengan positive energy yg ada pada kamu!
Salam ziarah, Cikgu Zara.
Pertama kali berkunjung ke sini. Bagus blog ni ya.
oh leha kebaya jarang...
abg kerangka batu melompat lalu memecut honda c70 yang pecut cam x memecut
BroFramestone Blog
mcm fezal tahir la zara...nk dengar n amek kisah org kata buruk kat kita sakit ati je
Oh perempuanku.
(Sungguh wadefak statement)
Gosh!
U looked awesome sweetheart.
Know something?
No matter your arms looked fats (lols), u deserved a better life.
Go fuck the hell - shout to those people who never understand my baby girl.
Fuck!
Fuck!
Fuck!
Eh, I shouldn't curse a lot right?
Anyway, going to make a post for your new voting stuff. Stay tuned baby.
Fuck!
I mean, hugs.
lols.
P/S : Pretty busy this week. Suck. Need to be more patience I guess. Till then, my bisexual friend already wait for me. =]
Dikk...ko memang pandai susun ayat gaya sastera la...malu akak kejap orang terer sastera masuk baca blog akak yang errr..errr..
abaikan.
panjang btul entry dia kali nie... dan sesungguhnya semakin best... hehehe...
keep it up gurl... ;)
Kak Zara!
mana nak dapat buku ni?
Kak Zara penulis untuk Sindiket Sol-Jah jugakah?
Nak beli buku ni. Takde pulak kat kedai buku...=[
sempoi sungguh gaya dengan gitar.suke2~
Esok dah start mengadap muka patient...arhhh~ agak malas.
Ingin mengadap muka budak2....
laaaa.ingatkan ni blog yuna tadi. ;p
Seriously zara, aku nak buat pengakuan ni.
Aku tak pernah faham apa yang kau tulis sebab aku pun belajar tak abis, tak se-intelligent macam kau, maka, aku nak cakap lagi, aku tak tau apa kau tulis. Hahah.
Cuma, aku benci kau sebab buatkan aku terkejut bila blog kau load tetiba satu rumah ada lagu. Hahaha gugur jantung aku, tapi dah kutip balik dah. Jap nak pi pasang.
Kengkadang pening jugak memikir kan kenapa? Kenapa harus dengki-mendengki? Kenapa perlu mencerca? Kenapa ye? Kuat kan iman tabahkan hati ye Zara?
salam ziarah..
begitulah kehidupan..mcm2 ragam..
hidup. sungguh banyak persoalan padahal cuma punya satu jawapan. mati
Yoohoo Zara! makin cutenya dah u!
cikgu, cikgu bila nak kawen? haha
boleh jadi yuna kamu dik
Post a Comment