Monday, February 15, 2010

Pendedahan Eksklusif : Seorang Wanita Muda Yang Ketagihan. Tidak Pernah Halang Kamu Mencuri Hati Tetapi Jangan Dadah - Ratu Kopi Sedunia.


Salam hari Isnin di mana aku tidak perlu ke sekolah.
Rasa agak pelik tidak bangun jam empat setengan pagi dan mandi manda sambil menyanyi seorang diri.
Dan yang paling aku benci, bila tidak mandi jam empat setengah pagi, aku mula kena selsema.
Gila bukan?
Wacana seorang wanita muda yang mencari pawana.

Oh, terima kasih atas undian kalian minggu lepas.
Aku dapat melangkah ke minggu kedua pertandingan.
Sempat juga aku menulis jawapan untuk soalan pertama yang kamu boleh baca jawapannya di SINI.
Mungkin ada yang tertanya mengapa aku menyertai pertandingan ini.
Secara jujurnya disebabkan ia berlandaskan soalan walaupun aku sedar aku tidak mungkin akan menang dari segi pengundian (ayat sedih - sila beri perhatian - penampar!)

Soalan kedua sudah diberikan.
Aku sedang berkira-kira mencari jawapan.
Entah boleh atau tidak berkongsi buah fikiran di sini.
Nanti aku tanyakan pada penganjur, Ben Ashaari. (Ben, aku perlukan jawapan dan pandangan kamu)

Jadi aku mohon pada kalian, teruskan mengundi aku selama seminggu ini.
Ya, undilah cikgu Zara yang merasakan dirinya kacak walaupun ada yang menuduh aku pondan.
Sekejap. Ketawa.
Tahan gelak.
Tarik muka ketat.
Ini serius (sambil buat bunyi macam kartun animasi di kaca televisyen).

*******
Sedikit petikan daripada jawapan aku.

Shafaza Zara Syed adalah nama yang kelihatan di Mukabuku. Lahir dua hari sebelum Malaysia menyambut saat kemerdekaan ke dua puluh, gadis ini dahulunya adalah bayi pra-matang. Ah, tentu sahaja kamu kagum bila lihat betapa besarnya gadis ini sekarang.

Ketawa.
Senyum.
Ukir wajah suka.

Memilih untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang guru, dia berusaha keras untuk menolak kehadiran kafein dalam badannya. Ah, dia dulunya Ratu Kopi sedunia. Kalau kamu suling darahnya, pasti ketemu celahan molekul dibawah dalam aliran darah. Senyum dan hanya ketawa. Sukakan kasih sayang, cinta dan pelukan, mungkin kamu boleh luangkan masa di Dunia Sebelah Zara.

*******

Nah, itu jawapan aku.
Sudah seharusnya disertai dengan gambar bukti ketagihan aku.
Molekul dadah kegemaran.

http://www.thinkgeek.com/images/products/zoom/caffeine-stainless.jpg

Yang pentingnya, kalau kamu lihat molekul kafein dan kod 52, sila undi aku.
Senyum.
Eh, siapa pernah jumpa benda dalam gambar di atas?
Boleh tolong belikan untuk aku?

Sesiapa yang mengikuti Twitter aku, aku sedang mencari seseorang yang sudi membuatkan poster untuk aku.
Segan juga orang lain sibuk berkempen, tetapi aku kekal senyap begitu sahaja.
Andai kata ada yang sudi membuatkan poster untuk aku, sila beritahu ya?
Aku menunggumu.
Senyum.
Pelukan mesra.

Sila berikan undi anda selama seminggu ini di SINI.

Zara : Sedang menderita akibat selsema. Padah pula bila terlupa memakai selimut malam tadi. Alahai.


Gambar ini adalah simbol aspirasi aku pada kopi. Tidak ada kena mengena dengan hidup atau mati.
Yang penting, teruskan mengundi di sini  dan sini.

14 comments:

acap2405 said...

hahaha..
selsema..??
sama laa kita..
bangung tido jer kepala dah rase berdenyut..
mata berair..
adoi..yang palas poster tuh kan..
try kak zara mintak bantuan dari bro acapz..
dier tuh pakar photoshop..
;)

meo188 said...

cik zara.. ailabieeeuuuuu....

Anonymous said...

wah..cik zara selsema ye...
makan panadol ek...
erm..xreti la plak wat poster..heheh
gudluck ye....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

jawapan kamu sgt miss universe! =D

Rara said...

wah..jawapan yg agak menarik!suke2!
nk watkn poster! =p

DeeN said...

;)

noorafzan.blogspot.com said...

goodluck sis..

eddie dewanaga said...

kesian dia, selsema ye...
semoga cepat sempuh dan kembali bergaduh dgn gua di mukabuku.

Ben Ashaari said...

digalakkan sama sekali berkongsi dengan rakan rakan lain..tu antara tujuan pencarian ini...

Mrs Nurul said...

go baby!

Anonymous said...

cik zara yg kacak..

xpenah lagi jumpe benda itu di kedai atau dipasaraya...

huuhuh

hans said...

awalnya ko mandi
tak baik untuk paru2 maaa

hans said...

dah undi dah kod 52
gudluck zara

Anonymous said...

undi sekali sahaja kan?